Atas alasan apa pun, soal penjajahan Siam ke atas Kedah bukanlah bahan jenaka. Jerit perih dan lelehan darah nenek moyang kita bukanlah suatu permainan. Kalau kita tahu penderitaan rakyat Kedah masa dijarah Siam, pasti darah kita juga mendidih.
Selama dua dekad, Siam menghuru harakan tanah Kedah. Peperangan yang lebih dikenali sebagai Perang Musuh Bisik terjadi pada 1821-1839. Ia rentetan daripada kedegilan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang berhenti menghantar Bunga Mas ke Bangkok dan tidak membantu Siam semasa menyerang Burma.
Rakyat Kedah takkan melupakan tragedi yang melanda Kuala Kedah. Pada 12 November 1821, orang Melayu yang sedang sibuk meraikan majlis perkahwinan digemparkan dengan hujan panah dan rejaman lembing. Apa lagi, mereka bertempiaran lari dan menyelamatkan diri ke Pulau Pinang. Tidak semua yang meloloskan diri dapat menyeberangi Sungai Muda.
Ada yang lemas di tengah perjalanan. Ada juga segerombolan yang menaiki kapal tetapi kerana terlebih muatan, kapalnya tenggelam. Ada yang lebih malang, tidak sempat menyeberang dan dikejar Siam di tengah laut. Tiada istilah ampun dalam kamus hidup Siam.
Siapa yang ditangkap mengalami nasib lebih sadis. Orang kedah mengalami penyiksaan yang amat memilukan. Di antaranya, seorang ibu mengandung diikat pada pokok. Mereka cuba teka apa agaknya jantina bayi yang lahir. Bila ibunya selesai bersabung nyawa melahirkan anak, mereka yang berjaya meneka tepat bersorak girang. Ibu dan bayi itu dibunuh setelahnya. Bagi mereka, ia tak lebih daripada satu permainan.
Siam juga menyeksa orang Melayu dengan dimasak hidup-hidup. Mangsa dimasukkan ke dalam sebuah pokok yang berlubang dan kepalanya disapukan minyak. Pokok itu dilumurkan lumpur sebelum dinyalakan api agar mangsa tidak terus mati tetapi merasakan seksaan sedikit demi sedikit.
Ada juga warga bernasib malang yang dibawa ke kuala sungai. Mangsa didudukkan secara bersila atas pokok-pokok yang baru tumbuh dan sangat tajam. Siam membiarkan mangsa yang ditangkap menderita sampaikan pucuk pokok yang tumbuh menembusi ususnya.
Tempoh duka itu adalah saksi bisu Kedah sentiasa bermandi darah. Penduduk Kuala Kedah dibunuh beramai-ramai tanpa belas kasihan. Orang perempuan ditangkap, diperkosa dan dijadikan gundik. Apa yang lebih menyayat hati, gadis-gadis malang itu dipaksa berjalan kaki ke Bangkok untuk mengalami nasib yang lebih buruk di sana.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih