Mungkin ramai yang hanya mengenali beliau sebagai pelakon aksi melalui filemnya yang popular seperti Enter The Dragon dan Dragons Forever. Namun, mungkin ramai yang tak tahu perjalanan awal anak seni ini, sehinggalah ke hari ini. Terbaharu, pemilik nama sebenar Hung Kam Bo atau lebih terkenal dengan Sammo Hung ini akan kembali beraksi dalam filem Hong Kong bertajuk Twilight of The Warriors: Walled In yang akan ditayangkan pada 1 Mei nanti.

Sebenarnya, kerjaya Sammo Hung ni bermula seawal usianya 12 tahun, apabila beliau memasuki China Drama Academy untuk belajar ilmu akrobatik dan seni mempertahankan diri. Selepas itu, dia debut dalam filem pertamanya ketika usia 12 tahun. Apa yang menarik, Sammo Hung ini bukan sahaja bergelar aktor, malah beliau juga menjadi pengarah, produser serta koreografer untuk seni mempertahankan diri dalam pelbagai filem untuk ramai pelakon terkenal seperti Jackie Chan, King Hu dan John Woo.

Disebabkan itulah, Sammo Hung ini dikenali sebagai ‘Biggest Big Brother’ (Dage) dalam kalangan pelakon yang aktif seni kungfu, kerana dianggap sebagai ‘yang sulung’ di antara mereka, yang terdiri juga daripada Jackie Chan. Sammo Hung yang kini berusia 72 tahun telah dilahirkan pada 7 Januari 1952. Jika nak cerita tentang perjalanan seninya, beliau ini figura penting yang sudah mengubah gelombang filem aksi di Hong Kong pada sekitar tahun 80-an.

Sammo Hung telah membantu mencipta semula genre seni mempertahankan diri dan memulakan genre jiang shi (hopping vampire). Malah, beliau turut membantu ramai rakannya yang lain, yang mahir dalam seni mempertahankan diri untuk memulakan langkah dalam industri filem Hong Kong sama ada sebagai pelakon aksi (stuntman) atau kru produksi. Sebagai seorang pengarah filem, Sammo Hung turut mencipta banyak babak perlawanan yang ikonik dalam filemnya, termasuklah dalam filem Eastern Condors dan Iron Fisted Monk.

Pada sekitar 1970-an, beliau turut mengasaskan Sammo Hung Stuntmen Association yang mengumpulkan para pelakon lagak ngeri dalam sebuah persatuan khas. Malah, ia juga berfungsi untuk melatih lebih ramai pelakon lagak ngeri secara profesional demi kerjaya dalam industri perfileman.

Hari ini, Sammo Hung masih lagi aktif dalam industri filem dan masih tidak jemu mengajar serta melatih barisan pelapis pelakon baharu yang ingin mengikut jejak langkah beliau sebagai aktor handalan dalam seni mempertahankan diri. Seperti mana yang pernah beliau nyatakan dalam sebuah temubual khas, “Saya tak pernah berfikir untuk bersara kerana saya masih diberi anugerah untuk berfikir, makan dan tidur. Jadi, kenapa saya harus berhenti?”

 

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply