Selepas menubuhkan sebuah komanwel yang menjadi negeri Massachusetts pada tahun 1620, bangsa Eropah membawa satu arus pemikiran baru. Mereka bersetuju bahawa komanwel ini harus bebas daripada ceng.kaman gereja.

Golongan ini dipanggil Puritan, yang berpendapat bahawa kehidupan mereka tidak boleh dikongkong Gereja England. Pada masa itu, pihak Inggeris banyak menggunakan kuasa gereja dalam mencapai matlamat kolonialis. Dari sini tersematnya pengaruh agama begitu kukuh sampai perbezaan pendapat mengundang hµkµman pengµsiran (Kazin, et al., 2011).

Massachusetts mempunyai sebuah perkampungan yang dipanggil Salem. Di sini, ada seorang paderi bernama Samuel Parris yang agak disegani ramai. Beliau mempunyai seorang anak bernama Betty, yang baru sembilan tahun pada tahun 1692.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bermula Februari, Betty dan sepupunya Abigail Williams diser.ang suatu “penya.kit yang jauh lebih teruk daripada apa-apa penya.kit semulajadi”.

Dua anak gadis ini melolong, membaling barang, berdengus, merangkak bawah almari dan terkejang kejur dengan kedudukan serba pelik (Bass, 2011). Tidak lama kemudian, beberapa gadis lain turut melaporkan gejala sama seperti Ann Putnam Jr. dan Elizabeth Hubbard.

Memang pelik dan menghairankan. Setelah menyiasat, Kampung Salem mendapati seorang perempuan berbangsa Caribbean menjadi punca. Nama perempuan tersebut adalah Tituba.

Lukisan Tituba.

Selain beliau, Kampung Salem turut menuduh Sarah Good dan Sarah Osborne. Semasa perbicaraan, Sarah Good tidak dapat membela diri. Kerana beliau dituduh atas dasar menolak hukum-hakam Puritanisme.

Sarah Good.

Oleh kerana menolak, beliau mahu meros.akkan anak-anak gadis lain. Sarah Osborne pula jarang pergi gereja. Ini pun satu prima facie kerana Osborne terlalu menjaga harta warisan anaknya.

Untuk memudahkan pemahaman, Sarah Good dituduh kerana miskin. Sarah Osborne dituduh kerana kononnya tidak alim. Tituba dituduh kerana warna kulit. Tiga motif pertuduhan dalam satu kes sihir.

Sarah Osborne

Sesiapa yang tidak bersetuju dengan tuduhan-tuduhan ini akan dituduh sekali. Itulah nasib Martha Corey. Rebecca Nurse pun kena tuduh juga. Dua wanita ini merupakan ahli gereja yang sah dan berdarjat tinggi.

Sepatutnya orang ramai mula skeptikal – “takkan orang gereja nak buat kerja gila begini?” Tetapi ini tidak, mereka fikir – “haish, kalau penyihir boleh menyamar sebagai orang gereja, habislah kita’.

Anak Sarah Good yang baru empat tahun pun kena tuduh sekali. Semua jawapan mereka ditolak kalau tidak kena dengan naratif semasa.

Sekumpulan kecil ini dikembangkan dengan suspek-suspek lain. Semakin lama, semakin ramai pula berdepan dengan tuduhan menyihir. Antara Februari 1692 hingga Mei 1693, lebih daripada 200 orang diheret ke muka pengadilan atas motif yang sesuai dengan naratif kampung.

Perbicaraan. Boleh nampak macam mana orang taksub.

Daripada sinilah wujud perkataan “witch hµnt” yang hari ini digunakan untuk cakap pasal penyiasatan bermotif politik. Kerana motifnya serba berkepentingan.

Keputusan tidak berpihak kepada 16 sµs.pek yang dijatuhi hµkµman bµnµh. Sarah Good menemui aj.al pada 29 Julai 1692, digan.tµng bersama Osborne dan Tituba.

Dan apabila didapati bersalah, Sarah menjerkah terhadap hakim, “kalau kau ambil nya.wa aku, Tuhan akan lak.nat kamu dengan dar.ah!” Ada lagenda mengatakan hakim tersebut ma.ti kerana tercek.ik dar.ah sendiri (Rosenthal, 1995).

Kejadian ini menghitamkan sejarah Massachusetts terutamanya di Kampung Salem, yang dinamakan sempena Jerusalem. Kerana jelas sekali agama Kristian disalah guna golongan pelampau yang melemparkan tuduhan palsu terhadap golongan kerap menyendiri.

Untuk faham implikasinya, cuba keluar rumah dan cari 14 jiran perempuan dan dua jiran lelaki yang suka bawa diri seperti pergi balik kerja dan tidak terlalu kerap hadir kuliah kerana malas dengar naratif agama.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Perbicaraan yang tidak menepati piawaian undang-undang asas ini takkan dapat dilupakan. Kerana inilah batu yang memec.ahkan kepala teokrasi Kristian di bumi Amerika Syarikat. Jangankan dulu – sampai sekarang peristiwa ini dipetik, apabila orang tidak bersalah dipersalahkan. Dan penafian mereka dianggap satu penipuan. Tetapi pengakuan, jika ada, dianggap kata-kata benar.

RUJUKAN:

Bass, B.S. (2011). Wind Chimes. Dog Ear Publishing. Halaman 16.

Kazin, M., et al. (2011). The Concise Princeton Encyclopedia of American Political History. Princeton University Press. Halaman 376.

Rosenthal, B. (1995). Salem Story: Reading the Witch Trials of 1692. Cambridge University Press. Halaman 87.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.