Baru-baru ini, saintis temui haiwan yang mampu hidup panjang tanpa memakan apa saja yang biasanya memberikan tenaga untuk haiwan ini melakukan aktiviti. Haiwan tersebut ialah sengkenit atau tick Afrika dari spesis Argas brumpti.

Argas brumpti ialah sengkenit bersaiz 20 milimeter panjang. Biasanya sengkenit ini hidup dalam timbunan debu dan habuk kayu hasil gigitan anai-anai, menunggu perumah datang (termasuk manusia) untuk dijadikan sumber makanan baru.

Walaupun sengkenit ini hidup sebagai parasit, namun ia tidak membawa sebarang penyakit seperti kebanyakan spesis sengkenit lain. Malah, tubuh sengkenit ini lebih lembut berbanding spesis sengkenit lain yang biasanya bertubuh keras.

Kajian selama 45 tahun oleh ahli entomologi bernama Julian Shepherd dari Binghamton University di New York menunjukkan sesetengah spesis sengkenit ini mampu hidup selama 27 tahun, bertentangan dengan kebiasaan sengkenit hidup selama 2 atau 3 tahun.

Tambahan lagi, sesetengah haiwan dari kumpulan araknida (labah-labah dan sengkenit) mampu hidup selama 8 tahun tanpa makanan. Keupayaan ini amat menarik bagi haiwan untuk berevolusi sehingga kurang untuk makan atau minum.

Satu lagi kelebihan spesis sengkenit ini ialah si betina hasilkan telur pada tahun keempat selepas kematian pasangannya. Maka, sengkenit betina mampu menyimpan sperma si jantan dalam tempoh masa yang lama. Keupayaan spesis A. brumpti ini juga ditemui dalam spesis sengkenit lain.

Berbalik kepada kajian Shepherd, sekumpulan spesis sengkenit terawal ini diberikan kepada beliau pada tahun 1976 untuk mengkaji perkembangan komuniti sengkenit ini.

Kemudian, Shepherd mengkaji spesis sengkenit ini dalam keadaan makmal yang terkawal: 21 darjah Celsius dan kelembapan sebanyak 81 peratus. Kumpulan pertama sengkenit ketika itu mampu hasilkan generasi baru tanpa masalah.

Sumber makanan juga tersedia seperti daging arnab, tikus, dan darah tikus. Namun sumber makanan ini telah habis pada tahun 1984 dan sengkenit-sengkenit ini terpaksa kelaparan sehingga 8 tahun lamanya. Dan keputusannya seperti apa Shepherd saksikan, sengkenit ini mampu beradaptasi dengan keadaan ekstrem tanpa makanan dan kehadiran perumah baru bertahun-tahun lamanya.

Generasi baru kumpulan pertama sengkenit ini tidak diketahui lagi keupayaannya tanpa makan atau minum. Sengkenit-sengkenit muda ini dibawa ke Afrika Selatan untuk melakukan kajian DNA.

RUJUKAN:

Nield, David. 25 January 2022. These Ticks Can Survive For Years Without Eating, And Live to Nearly 30 Years of Age. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply