Sedih juga fikir nasib ummah. Ramai rata-ratanya sayang pada agama sampai sanggup meluangkan masa dalam dewan ceramah untuk mendengar bait-bait kisah agama.

Malangnya, nasib tidak menyebelahi kerana penceramah menunjukkan kedangkalannya pada ilmu sains.

Sampai selamba memfitnah umat Islam kononnya sudah dijαngkiti penyαkit tidak percaya pada nabi (tetapi percaya pada saintis) bab angkasa.

Cerita pendek: bab peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Sudah terbukti dari segi saintifik. Tetapi masih ada juak-juak yang mempertahan keralatan bahawa Bumi tidak mengelilingi Matahari.

Memahami Hukum Saintifik

Sebenarnya pembentangan mengenai Bumi dan Matahari sudah lama dibincangkan. Saintis silam siap diαηiαyαi hanya kerana menolak pegangan tentang hubungan ini.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Pihak gereja misalnya berpegang teguh pada konsep Matahari mengelilingi Bumi. Galileo Galilei cuba membetulkan pegangan ini dengan konsep Bumi yang mengelilingi Matahari. Malangnya beliau disoal siasat macam-macam seolah-olah kena pendakwaan antara tahun 1616 hingga 1633.

Umumnya, dua konsep ini berbalah begitu lama. Kesilapan Matahari mengelilingi Bumi dipanggil “geocentric model” (Bumi di pusat. Matahari mengelilingi).

Konsep yang ralat.

Kebenaran Bumi mengelilingi Matahari pula adalah “heliocentric model” (Matahari di pusat. Bumi mengelilingi.)

Konsep yang benar.

Cuba bayangkan pihak gereja dengan selamba cakap “heliocentric model” adalah dangkal, palsu dan tahyulan sesat (Ferngren, 2017). Pihak gereja mempertikai seolah-olah kita tidak langsung merasa pergerakan Bumi. Dan Galilei membuktikan kejadian pasang surut dan pergerakan objek angkasa.

Nampak tak perkaitannya dengan Dunia Islam sekarang?

Model Heliosentrik Adalah Benar

Amerika Syarikat dan Dunia Eropah sudah lama meninggalkan perbincangan pasal model heliosentrik/geosentrik kerana fakta ini sudah jelas.

Heliosentrik adalah model benar dan terbukti secara alami. Mereka menceburi bidang aeroangkasa untuk meluaskan cabaran sains. Amerika Syarikat berjaya mendaratkan manusia di Bulan. Sayang seribu sayang, ada golongan di Timur masih terperap dalam perbincangan yang ketinggalan.

Ada banyak bukti yang menunjukkan dengan jelas bahawa Bumi mengelilingi Matahari. Salah satunya adalah “retrograde motion”. Semua orang tahu orbit berbentuk bulat membujur. Tetapi atas sebab apa pemerhatian planet dari Bumi tiba-tiba buat pusingan U dua kali? Cuba tengok gambar di bawah:

Gambaran retrograde motion. Teruskan baca kalau kurang faham. Ada video YouTube.

Titik-titik bercahaya ini adalah pergerakan Marikh yang diperhati daripada Bumi. Hari ini titik itu. Hari esok titik ini. Tiba-tiba, Marikh buat pusingan U seolah-olah orbitnya ada flyover ke lebuh raya bertingkat. Dua kali pula.

Apa ertinya?

Sebenarnya Marikh tidak buat sebarang pusingan U pun.

Bumi bergerak dengan kelajuan 30 kilometer sesaat pada orbit bersaiz 149.60 juta kilometer. Marikh pula bergerak dengan kelajuan 24 kilometer sesaat pada orbit bersaiz 228 juta kilometer. Jadi ada masanya, Bumi buat pintasan dan “memotoηg”.

Paparan kiri adalah kedudukan dua planet. Paparanan kanan pula bagaimana planet kedua dilihat dari planet pertama.

Jadi pusingan U hanyalah pemerhatian sahaja. Tengok titik 1, 2, 3, 4, dan 5 betul-betul. Situ nampak pintasan.

Dan perkara ini berlaku dalam hubungan Bumi dan Utarid juga.

Gambaran retrograde motion dibuat pihak Vox.

Retrograde motion membuktikan kedua-dua objek angkasa bergerak. Tengok video dibawah untuk lebih faham. Mula daripada 1:08:

 

Maka Al-Qur’an Salah

Memang ada umat Islam yang sombong pada ilmu Allah (sains). Tetapi mereka tidak berani cakap secara terang-terangan. Mereka berselindung dan menuduh saintis macam-macam. Untuk memaniskan kesombongan ini, mereka cuba memintal dengan letak nama Nabi.

Kira ada persepsi saintis menentang Nabi. Orang akan terus benci saintis dan menjauhi diri daripada ilmu Allah (sains). Nauzubillah macam musang berbulu ayam pun ada.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Al-Qur’an menyatakan bahawasanya Matahari bergerak. Allah berfirman dalam Surah Anbiya 33: “Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”

“Tiap-tiap satu beredar di tempat edaran”. Jadi Matahari bergerak, bukan? Tetapi mana dalam ayat cakap Matahari bergerak MENGELILINGI BUMI? Tiada. Dalam perkara ini, saintis sendiri sudah lama mengesahkan bahawa Matahari ada “tempat edaran” sendiri.

Orbit Matahari.

Matahari sebenarnya bergerak mengelilingi Pusat Galaksi (Galactic Core) ke arah sebutir bintang bernama Vega yang terletak dalam kawasan perbintangan Lyra (NASA, n.d.). Jadi betullah apa Qur’an cakap. Cuma betul atau tidak pemahaman kita tentang sains?

RUJUKAN:

Ferngren, G. (2017). Science and Religion: A Historical Introduction. JHU Press.  Halaman 253.

NASA. (n.d.). Starchild Question of the Month for February 2000. Starchild GSFC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply