Apabila bercakap tentang evolusi, ramai akan terus terbayang perubahan daripada beruk menjadi manusia. Bayangan sebegini berlaku angkara salah faham dalam kalangan orang ramai. Ini bukan sama sekali proses evolusi.

Tiada siapa dalam dunia sains pernah mengusulkan proses evolusi sebegini rupa. Malah Charles Darwin sendiri tidak pernah berkata walau sekali pun bahawa manusia berevolusi daripada beruk. Asal-usul salah faham ini tidak dapat dikenal pasti. Guru-guru agama Islam pun tidak boleh dipersalahkan, kerana ada di Dunia Barat yang terbuai dengan bayangan tersebut.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dengan kata mudah, proses evolusi sentiasa berlaku. Pertama sekali, evolusi mengubah sesuatu spesis selepas satu tempoh sangat lama. 100 tahun tidak cukup untuk menokhtahkan perubahan angkara evolusi.

Memang benar manusia banyak berkembang kalau dibandingkan dengan generasi tahun 1820 hingga 1920. Namun perubahan ini adalah kerana perbezaan dari segi manfaat nutrisi, pengagihan makanan, penjagaan kesihatan dan didikan kebersihan… bukannya genetik (Blaszczak-Boxe, 2014).

Evolusi manusia adalah sebuah proses berpanjangan, barangkali 2 hingga 6 juta tahun dahulu. Berdasarkan bukti saintifik, manusia dan beruk (serta seangkatannya) berkongsi terlalu banyak persamaan dari segi fizikal dan tingkah laku.

Perkongsian ini terjadi kerana manusia dan beruk (serta seangkatannya) mempunyai leluhur yang sama (Potts, 2020). Ini adalah dapatan sains, bahawasanya 99 peratus DNA antara manusia dan cimpanzi adalah sama (Gibbons, 2012).

Perbandingan DNA.

Namun para agamawan terutamanya Islam mempunyai hujah balas yang selaras dengan akidah. Mereka tidak menafikan perihal dapatan sains.

Malah mereka mengiyakan persamaan DNA ini. Cuma ada satu hujah pengukuh – Tuhan mencipta haiwan-haiwan seperti beruk, bonobo dan cimpanzi untuk menunjukkan apa itu manusia kalau tanpa akal.

Walau apa pun, tiada masalah pun jika ilmu evolusi itu sendiri ditelusuri. Pengetahuan tidak menjejaskan akidah.

Dan pada tahun 1933, sekumpulan buruh China telah menemui sesuatu yang mungkin merombak semula pengetahuan saintifik tentang proses evolusi.

Memperkenalkan Targaryen Timur

1930-an memang satu lembaran yang sangat buruk dalam sejarah China. Setelah menggulingkan Dinasti Qing, sebuah republik baru ditubuhkan Sun Yat-sen. Walau bagaimanapun, nasib republik ini sangatlah teruk.

Bermula September 1931, negara baru ini perlu berdepan dengan bala daripada Jepun yang menyµsµp bukan main laju. Sekumpulan buruh di wilayah Harbin sedang membina jambatan. Harbin pada tahun 1933 sudah dipegang Jepun. Semasa membina, mereka terjumpa sebuah tempurung kepala yang sangat unik.

Gambar tempurung kepala.

Semua tahu pada masa itu – tempurung ini datang daripada zaman lampau. Untuk mengelakkan khazanah biologi ini jatuh dalam tangan Jepun, mereka menyembunyikannya dalam sebuah telaga… dimana ia bertapa selama 85 tahun.

Maklumat tentang tempurung ini menyapai telinga pemikir Universiti Hebei GEO pada tahun 2018. Lalu seorang profesor bernama Ji Qiang terus memulakan usaha penggalian.

Dan tersemadi dalam takungan air mutlak ini adalah tempurung kepala itu. Sesungguhnya semua yang menyembunyikannya sudah menjadi rangka dan tulang. Kini anak keturunan mereka menggalas amanah untuk kaji.

Tempurung tersebut dikenal pasti milik seorang lelaki yang hidup sekurang-kurangnya 146,000 tahun lalu (AFP, 2021). Penemuan ini membangkitkan persoalan tentang susur galurnya pula – sama ada Homo sapiens atau Homo neanderthalis. Sebelum menganalisis lebih dalam, mereka menimbangkan satu nama untuk lelaki ini – Dragon Man.

Susur Galur Berjambat

Dragon Man hidup sangat lama, iaitu sampai 50 tahun. Dalam pancaindera usia moden, usia ini baru pertengahan. Ini kerana sains telah memanjangkan ha.yat manusia, dengan perubatan moden dan vaksin berkesan. Industri makanan pula dimajukan dengan teknologi sains.

Lakaran Dragon Man.

Kiranya penya.kit dibendung dengan cara rawatan dan pencegahan. Dan pencegahan itu tentu sekali vaksin dan diet seimbang.

Namun bagi zaman purbakala sebegini, lima dekad adalah usia sangat lanjut. Hidung Dragon Man sangat besar, membolehkannya bernafas semasa bekerja berat.

Tempurung kepalanya bersaiz 1.3 kali ganda lebih besar untuk dibandingkan dengan tempurung kepala manusia hari ini. Bermakna badan Dragon Man sangat besar, barangkali sasa dengan lemak dan otot (Sample, 2021).

Saintis masih lagi sedang membuat anggaran secara rasmi. Kalau congak dari segi saiz tempurung kepala, tinggi Dragon Man mungkin mencecah 300 sentimeter (10 kaki). Namun ini adalah congakan sahaja.

Sultan Kosen (251 CM).

Sekalipun tidak sampai 10 kaki, ketinggian Sultan Kosen pun sudah cukup tinggi… sedangkan ramai manusia prasejarah yang renek belaka. Saintis juga belajar bahawa Dragon Man adalah jenis manusia baru, iaitu Homo longi.

Manusia moden (Homo sapiens) dan Dragon Man pula berkongsi satu jenis leluhur yang sama, sekali gus membangkitkan teori baru tentang proses evolusi manusia… kerana ada “jenis leluhur” lain sebagai jambatan.

RUJUKAN:

AFP. (2021, Jun 27). ‘Dragon Man’ may be our closest ancestor. The Star Online.

Blaszczak-Boxe, A. (2014, Julai 21). Taller, Fatter, Older: How Humans Have Changed in 100 Years. Live Science.

Gibbons, A. (2012, Jun 13). Bonobos Join Chimps as Closest Human Relatives. Science Magazine.

Potts, R. (2020, Oktober 27). Introduction To Human Evolution. Human Origins.

Sample, I. (2021, Jun 25). Massive human head in Chinese well forces scientists to rethink evolution. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.