Baru-baru ini, seorang petani di Ismailia, 60 batu di timur laut Mesir membuat satu penemuan besar semasa sibuk bertani. Sebaik saja menemui tablet Astone atau stele di tanahnya itu, dia terus melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Hasil pemeriksaan mereka mendapati stele tersebut berusia 2,600 tahun dan ada kaitan dengan Firaun Apries yang memerintah dari 589 hingga 570 SM.

Tablet Astone atau stele yang dijumpai di Ismailia, Mesir yang ada kaitan dengan Apries. Sumber: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir.

Setiausaha Agung Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir Mostafa Waziri dalam satu kenyataan memberitahu tablet tersebut berkemungkinan merujuk kepada kempen keten.te.raan baginda di sebelah timur Mesir. Pada bahagian atas tablet, terukir cakera matahari bersayap yang merujuk kepada Dewa Ra, dewa matahari Tamadun Mesir Purba.

Selain ukiran cakera berkenaan, terdapat simbol yang mewakili Apries dan 15 baris tulisan hieroglif di bawahnya. Ketika ini, usaha penterjemahan stele membabitkan ahli-ahli kaji Mesir Purba sedang giat dijalankan.

Apries menaiki takhta sebagai Firaun pada tahun 589 SM selepas kemangkatan ayahandanya, Psamtik II. Baginda merupakan pemerintah keempat bagi dinasti ke-26 dan turut dikenali dengan nama Wahibre Haaibre. Dalam Book of Jeremiah yang merupakan sebahagian daripada Old Testament, Apries turut dikenali dengan nama Hophra.

Begitupun, era pemerintahan baginda diselubungi dengan kekacauan dalam negeri dan kegagalan beberapa kempen keten.te.raannya. Salah satu kegagalan berkenaan ialah kegagalan Apries membantu pemerintah Palestin ketika itu, Raja Zedekiah of Judah mengekang asakan kerajaan Babylon. Semasa tempoh awal pemerintahan baginda, Babylon di bawah pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II menjarah Jerusalem termasuk memus.na.hkan Haikal yang dibina Nabi Sulaiman a.s.

Nebuchadnezzar II

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kempen keten.te.raan yang disebut Waziri merujuk kepada kegagalan mempertahankan Jerusalem atau kempen keten.te.raan lain. Selepas kejatuhan Jerusalem, Apries mengalami kekalahan teruk di tangan pihak Yunani di Libya. Ini mengakibatkan pe.ra.ng saudara tercetus antara baginda dengan jeneral Amasis II yang mengisytiharkan dirinya sebagai Firaun pada 570 SM.

Sesetengah sejarawan percaya Apries terbu.n.uh di medan pertem.pu.ran semasa cuba menamatkan pemberontakan Amasis II. Tetapi sejarawan Yunani, Herodotus mempunyai pandangan berbeza tentang nasib baginda. Beliau percaya Apries pergi ke Memphis sebelum ditangkap oleh rakyat yang marah dengan ketidakcekapannya. Herodotus menambah baginda kemudiannya dice.k.ik oleh mereka sehingga ma.ti sebelum dimakamkan bersebelahan Psamtik II.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Era pemerintahan Apries merupakan sebahagian daripada Zaman Akhir Mesir Purba yang bermula dari 664 hingga 332 SM. Tempoh ini menyaksikan pengakhiran Mesir Purba sebagai sebuah empayar bebas di mana ia ditakluk oleh Iskandar Agung (Alexander the Great) dan permulaan Dinasti Ptolemy yang berdarah Macedon-Yunani. Menerusi dinasti ini, ia turut menandakan permulaan era Mesir-Yunani.

Antara artifak yang dikatakan berasal dari era Apries ialah sebuah obelisk yang didirikan di Sais sebelum dipindahkan ke Rom pada abad ketiga Masihi. Ia kini terletak di luar Gereja Santa Maria sopra Minerva, Rome. Sementara patung kepala dan sphinx baginda kini menjadi bahan pameran Muzium Louvre di Paris, Perancis.

RUJUKAN:

Avery, Dan. (2021). Egyptian farmer stumbles across 2,600-year-old stone tablet carved during reign of pharaoh mentioned in the Bible who was strangled to death by his own subjects.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.