“Anda mesti tidak takut untuk bermimpi lebih besar, sayang.” (Eames (Tom Hardy), Inception)
Selalunya bila kita bermimpi, kita berada di tengah-tengah dan tidak menyedari apa yang berlaku. Tetapi bila kita sedar kita sebenarnya sedang bermimpi atau lucid dreaming, kita mampu mengubah apa yang kita mimpikan mengikut apa yang kita mahukan. Dan menerusi satu eksperimen baru-baru ini, saintis mendedahkan kita boleh berkomunikasi walaupun semasa sedang bermimpi.
Lucid dreaming atau mimpi secara sedar merujuk kepada kesedaran seseorang semasa sedang bermimpi. Bagi sesiapa yang mengalami keadaan minda yang aneh ini mendapati mereka dapat mengawal kebanyakan aspek mimpi itu sendiri. Mengikut satu laporan, separuh daripada penduduk dunia pernah pada satu ketika mengalami lucid dreaming dalam kehidupan mereka.
Tetapi bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan orang lain walaupun semasa bermimpi? Untuk mencapai tujuan ini, sekumpulan saintis yang mengkaji fenomena mimpi secara sedar menggunakan satu kaedah yang dipanggil pengujian realiti. Pengujian realiti ialah satu situasi di mana seseorang sentiasa menguji diri sama ada mereka sedar atau tidak secara berterusan. Teknik ini dianggap berkesan dalam mencetuskan fenomena mimpi secara sedar dengan kerap.
Kesan pengujian realiti akan menjadi lebih kuat apabila digabungkan dengan teknik pencetus memonik mimpi secara sedar (MILD). Caranya ialah seseorang itu tidur selama lima jam sebelum dibangunkan semula. Dari situ, peserta berazam untuk mengalami mimpi secara sedar sebelum menyambung semula tidurnya.
Bagi ketua penyelidik, Professor Ken Paller dari Universiti Northwestern, mereka boleh mencetuskan fenomena mimpi secara sedar kepada subjek yang tidur dengan menggunakan bunyi. Misalnya, bila penyelidik mengemukakan soalan ringkas “anda bermimpi atau tidak?” kepada peserta kajian, ia mencetuskan kesedaran kepada peserta yang tidur dan mengalami fenomena mimpi secara sedar.
Prof Paller mendedahkan beliau berjaya berkomunikasi dengan sesetengah peserta kajian semasa mereka mengalami mimpi secara sedar. Malah, dalam sesetengah kes, ada peserta berjaya menjawab soalan matematik ringkas dengan hanya memberi jawapan melalui isyarat mata.
Sesiapa saja yang mendengar fakta sebegini pasti merasa teruja. Bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan tentang mimpi secara sedar ini termasuk perbezaan aktiviti otak bagi mimpi biasa dan mimpi secara sedar. Dengan lebih banyak kajian dijalankan, tidak mustahil fenomena mimpi dalam sedar yang ditonton dalam Inception menjadi realiti satu hari nanti.
RUJUKAN:
Taub, B. (2021). Researchers Can Now Induce Lucid Dreams – And Talk To People While They’re Dreaming. IFLScience.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih