Buaya merupakan reptilia yang berevolusi daripada “buaya zaman dinosaur”. Penjelasan ini lebih mudah difahami jika kita tengok dari segi bahasa saintifik. Buaya adalah haiwan yang tergolong dalam keluarga Crocodylidae.

Manakala “buaya zaman dinosaur” pula tergolong dalam order Crocodilia. Bermakna semua Crocodylidae adalah Crocodilia. Tetapi bukan semua Crocodilia adalah Crocodylidae. Ada keluarga-keluarga lain seperti alligator dan buaya bermuncung.

Sini semua boleh bayangkan yang suatu masa dahulu, ada spesis “buaya” yang besar gergasi sampai buat buaya sekarang nampak seperti cicak.

Tengok buaya ini. Bayangkan ia macam cicak.

Memang benar. Ada buaya gergasi yang sudah lama pupus. Dan saintis baru-baru ini menemui fosilnya.

Zaman Yang Menggerunkan

Tidak terbayang nasib haiwan 95 juta tahun dahulu. Setelah puas lari daripada dinosaur pemangsa darat, singgah sekejap minum air di tebing tasik.

Tidak sempat letak lidah, air berkocak dan sebuah muncung bertaring keluar membaham. Itulah nasib seekor dinosaur herbivor dalam clade ornithopoda.

Dinosaur ini masih kecil, mungkin sedang menghirup air sebelum tiba-tiba seekor buaya keluar membaham dan menelan tanpa kunyah.

Diulangi semula, telan tanpa dikunyah.

Gambaran digital

Tidak lama selepas membaham, buaya ini mati. Saintis takkan mungkin dapat kenal pasti punca kematian. Mungkin ia tercekik tulang.

Entah kenapa ia mati. Tetapi memang ia mati dan tenggelam ke dasar, dimana rangkanya menjadi fosil… bersama rangka dinosaur dibahamnya.

Jadi ini adalah kali pertama saintis menemui fosil dinosaur dalam fosil buaya. Untuk faham macam mana buaya boleh telan dinosaur, saintis cuba kenal pasti saiznya dulu. Ada satu masalah di sini.

Buaya tersebut kehilangan ekor dan bahagian pinggulnya. Hanya tempurung kepala dan bahagian badan saja difosilkan.

Maksudnya, rangka buaya ini tidak lengkap. Dalam keadaan tidak lengkap itulah saiznya mencecah 2.5 meter (Weisberger, 2022). Dapatan tulang pula mengesahkan usianya masih muda. Bermakna buaya ini boleh mencecah 5 meter pun jika mencapai usia matang.

Nama Saintifik Buaya Tersebut

Selalunya penemuan spesis baru akan disusuli nama saintifik. Untuk buaya ini, saintis berkenaan memberi nama confractosuchus sauroktonos yang bermaksud “buaya patah pemusnah dinosaur”.

Nama ini memang nampak macam diberi saintis yang mungkin mabuk. Tetapi ada ilmu di sebaliknya. “Buaya” merujuk pada jenisnya iaitu crocodilian. “Patah” pula adalah rujukan fosilnya yang patah semasa digali keluar.

Malah patahnya fosil ini membawa berkat saintifik juga… kerana dari situlah saintis perasan ada fosil dinosaur dalam perut buaya tersebut, yang memangkinkan nama “pemusnah dinosaur”.

Takkan kerana satu buaya terus diberi nama “pemusnah dinosaur”. Tidak, sebenarnya. Crocodilia memang selama ini diketahui sudah hidup bersama dinosaur… sejak barangkali 251.9 juta tahun yang lalu (Conger, 2021).

Sebelum ini pun saintis pernah jumpa rangka fosil dinosaur lain yang mempunyai gigi buaya pada tulang.

Buaya yang giginya panjang seperti pisang.

Cuma memang susah untuk jumpa buaya yang “berisi dalam perut”. Ini adalah kerana perut buaya penuh dengan asid kuat yang menghakis makanan.

Oleh yang demikian, inilah kali pertama saintis jumpa buaya bermakanan. Dan dapatan ini tentu sekali menganugerahkan keberkatan ilmu untuk dimanfaatkan semua.

Kerana rata-ratanya orang ingin belajar selok-belok buaya, supaya dapat mencegah diri daripada buaya reptilia dan buaya mamalia.

Buaya mamalia? Alah, buaya yang bawa korang masuk hotel mewah sementara isteri mereka merempat dalam rumah.

RUJUKAN:

Conger, C. (2021, April 28). Did Crocodiles Descend from Dinosaurs? Howstuffworks.

Weisberger, M. (2022, Februari 16). ‘Killer’ Cretaceous croc devoured a dinosaur as its last meal. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply