Kini, para pengkaji China sedang berusaha mencipta sebuah AI (Artificial Intelligence) yang berperanan sebagai penjaga embrio dalam rahim buatan atau artifisial. Usaha ini sebenarnya dilaksanakan bagi membendung masalah kekurangan kadar kelahiran dalam sesebuah negara yang mengalami kritikal dalam mengembangkan populasi.

Saintis China dari kota Suzhou yang terletak di timur wilayah Jiangsu menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan sistem AI yang berfungsi sebagai pemantau dan menjaga embrio bagi memastikan pertumbuhan menjadi fetus dalam rahim buatan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Buat masa ini, penjaga AI sedang mengawasi jumlah embrio haiwan yang besar. Kajian ini telah dilaporkan dalam Journal of Biomedical Engineering sejak bulan lepas. Mereka percaya bahawa sistem AI ini mampu selesaikan masalah reproduksi dalam manusia.

Rahim buatan atau ‘long-term embryo culture device’ ialah sebuah peranti berbentuk kontena yang menempatkan embrio tikus dalam sebuah kiub yang penuh dengan cecair nutrien. Rahim buatan ini dijalankan oleh kumpulan saintis dari Suzhou Institute of Biomedical Engineering and Technology yang diketuai oleh professor Sun Haixuan.

‘Rahim buatan’ yang dicipta oleh saintis Suzhou. (Sumber: South China Morning Post)

Pada awal penjagaan embrio, proses pertumbuhannya direkod secara manual seperti diubahsuai keadaan embrio dan dokumentasikan pertumbuhan embrio. Dalam erti kata lain, saintis sendiri merekod pertumbuhan embrio. Namun penjagaan manual ini biasanya berlaku ralat jika lebih seorang saintis atau kumpulan lain yang melakukan tugas penjagaan.

Maka, penjaga AI diperlukan untuk mengawasi embrio haiwan secara menyeluruh tanpa sebarang ralat, merekod pertumbuhan lebih teliti, 24 jam tanpa henti mengawasinya. Kelebihan teknologi AI ini ialah menbantu mesin mengesan tanda perubahan yang kecil dalam embrio seperti penghadaman nutrien dan keluar masuk gas-gas seperti oksigen dan karbon dioksida.

Sistem AI ini juga mampu kelaskan kesemua embrio menurut taraf kesihatan dan potensi pertumbuhan. Apabila sebuah embrio mengalami pertumbuhan yang lambat atau mati, penjaga AI memberikan amaran kepada ahli teknikal untuk keluarkan embrio tersebut dari rahim buatan.

Kumpulan pengkaji Suzhou juga menyatakan bahawa penjaga AI mereka mampu mengenalpasti, mengesan, dan mengimbas perkembangan embrio. Teknologi AI ini juga membantu mesin untuk mengesan dan memahami kecacatan yang manusia tidak dapat kesan. Dengan wujudnya penjaga AI ini, pengembangan embrio dalam rahim buatan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, undang-undang antarabangsa mengharamkan sebarang kajian terhadap embrio manusia melebihi 2 minggu pertumbuhan. Tapi saintis China ini tetap pastikan usaha Ai menjaga embrio manusia tercapai kerana keperluan untuk merungkai kemisterian fisiologi pembentukan embrio ini.

Tambahan lagi, perlaksanaan teknologi AI bukan sekadar membantu memahami pembentukan embrio manusia, ia juga membantu selesaikan masalah kelahiran dan pelbagai masalah reproduksi. Kini, China berhadapan dengan penurunan kadar kelahiran di mana jumlah bayi dilahirkan menurun secara mendadak sejak tahun 2016.

Kadar pertumbuhan populasi bersih pada tahun lepas adalah paling rendah selama 6 dekad, menurut laporan dari National Bureau of Statistics. Tambahan pula, bancian terkini menunjukkan bahawa ramai warga wanita China menolak tradisi keutamaan perkahwinan dan kelahiran anak walaupun polisi ‘one-child’ telah dilaksanakan.

Kadar kelahiran yang rendah amat merisaukan bagi masyarakat negara yang membangun. Semasa pelopor SpaceX bernama Elon Musk memulakan diskusi di media sosial tentang ‘keruntuhan populasi’ pada dua minggu lepas, golongan mahir teknologi mengusulkan pembinaan ‘makmal rahim’.

Usul ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengurangkan rasa sakit, risiko, dan kos melahirkan anak oleh golongan wanita. Masyarakat di China terutamanya ahli akademik mula membincangkan usul ‘makmal rahim’ dan meneliti adakah usul ini baik untuk menambahkan populasi atau sebaliknya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Teknologi rahim buatan adalah teknologi yang telah lama dicipta seawal 2019. Pada tahun tersebut, kumpulan penyelidik dari Institut of Zoology di Beijing mengambil ovum yang disenyawa dari spesis monyet betina, kemudian diletakkan dalam rahim buatan. Hasilnya? Embrio primat terhasil di luar rahim ibu. Manakala di Belanda, kumpulan saintis mula membina ‘makmal rahim’ dalam tempoh 10 tahun demi selamatkan bayi pramatang.

Projek rahim buatan dan penjaga AI sangat memberikan manfaat yang baik bagi memulihkan populasi dunia, namun bagaimana dengan kesan dari sosial dan psikologi masyarakat? Inilah cabaran seterusnya. Sistem ibu tumpang diharamkan mengikut undang-undang China. Dan pembinaan ‘makmal rahim’ dianggap serupa dengan sistem ibu tunggal namun canggih. Maka, tidak hairan jika hospital menolak teknologi sebegini.

Masalah moral dan sosial dalam kalangan masyarakat berlaku jika wujudnya bayi ‘artifisial’. (Sumber: South China Morning Post)

Permasalahan moral dalam kalangan masyarakat China juga akan hadir tanpa sedar. Bagaimana jika wujudnya golongan manusia lahir dari ibubapa dan golongan manusia dari ‘makmal rahim’? Tidak mustahil akan berlaku ‘pertengkaran sosial’ antara kedua-dua golongan ini.

Tuntasnya, projek ‘makmal rahim’ dan penjaga AI belum mampu lagi terlaksana dalam skala besar. Masyarakat dunia harus meneliti sebaik-baiknya tentang kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi sebegitu, agar moral manusia dititkberat seiring dengan penyelesaian kadar kelahiran negara yang semakin merundum.

RUJUKAN:

Chen, Stephen. 31 January 2022. Chinese scientists create AI nanny to look after embryos in artificial womb. South China Morning Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply