Khaibar jadi kubu kuat bagi Bani Nadhir, suku Yahudi Madinah. Mereka ingkar perjanjian damai di Madinah.

 

Selepas dibuang negeri, mereka cetuskan permusuhan di kalangan kabilah Arab dan membentuk tentera untuk menyerang Madinah.

 

Kisah ni diabadikan dalam kitab Tarikh al rusul wal muluk (Tarikh al-Tabari).

 

Rasulullah (saw) bersabda sebelum perang, “Aku akan berikan panji kepada orang yang disukai Allah Taala dan Rasul-Nya. Allah akan menaklukkannya dengan tangannya dan dia tidak akan lari.”

 

Rasulullah SAW hantar Saidina Ali (ra) dengan panji di tangannya menentang kubu Khaibar. Apabila beliau sampai berhampiran kubu, orang-orangnya keluar menyerangnya dan Saidina Ali bin Abi Talib turut terlibat dalam pertempuran itu.

 

Semasa pertarungan itu, salah seorang Yahudi memukulnya dan melepaskan perisainya dari tangannya. Ali kemudiannya meraih pintu besi kubu itu dan kemudian menggunakannya sebagai perisai. Pintu besi itu kekal di tangannya ketika dia bergelut sehingga dia menakluki kubu itu dengan tangannya.

 

Setelah perang selesai, Saidina Ali melemparkan pintu itu sehingga jauhnya 80 jengkal. Abu Rafi’ beserta 7 orang yang lainnya cuba mengangkat pintu itu namun tidak termampu.

 

Menurut Jabir (ra), setelah dilempar Ali, pintu itu cuba diangkat oleh 40 orang namun tidak termampu. Setelah itu, 70 orang pemuda mengangkat pintu itu dan meletakkannya di tempat asal.

 

Syaikh Ahmad Ibn Hajr al-Haytami berkata dalam as-Sawaq Muharaqa bahawa Ali bin Abi Talib berkata, “Aku tidak merampas pintu Khaibar dari tempatnya dengan kekuatan tubuhku, tetapi dengan kuasa Ilahi.”

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Banyak peristiwa ajaib yang berlaku di tangan para sahabat, dengan rahmat dan izin Allah SWT. Selam lebih dalam mengenai sejarah Islam bersama KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan segera dengan diskaun setinggi RM15 di Shopee!

bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply