Terdapat seorang sahabat Rasulullah yang masyhur apabila disebut tentang syahid di kota Konstantinopel. Beliau adalah Abu Ayyub Al-Ansari.

 

Abu Ayyub merupakan seorang sahabat mulia  Rasulullah SAW. Sewaktu Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, baginda telah tinggal sementara waktu di rumahnya Abu Ayyub sebelum siapnya pembinaan Masjid An-Nabawi.

 

Semasa Era Pemerintahan Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan, sebuah seruan oleh pemerintah untuk berjihad menakluk Kota Konstantinopel dari arah laut.

 

Sebuah armada disiapkan yang dipimpin oleh Yazid Bin Muawiyah untuk menakluk kota ini. Abu Ayyub turut tidak mahu ketinggalan dalam merebut kota yang dibisyarahkan oleh Rasulullah SAW.

 

Setelah pertempuran sengit, Abu Ayyub akhirnya beliau cedera parah dalam pertempuran tersebut.

 

Cedera itu membawa kepada kematiannya dan beliau mewasiatkan agar mayatnya ditanam di samping benteng Kota Konstantinopel bagi mendengar derapan kuda Bisyarah Rasul iaitu Sang Raja yang Terbaik dan Tentera Yang Terbaik.

 

Mayatnya ditanam di samping benteng kota Konstantinopel. Pada awalnya, Maharaja Rom ingin menggangu makam Abu Ayyub namun Yazid Bin Muawiyah dengan tegas memberi amaran.

 

Jikalau kuburnya diganggu nescaya tiada lagi loceng gereja akan berdenting di muka bumi ini. Akhirnya, kuburnya tidak diganggu. Namun, zaman bergulir zaman pemerintah Rom bersilih ganti dan akhirnya mereka mengalihkan makam Abu Ayub ke tempat lain.

 

Usai penaklukan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, baginda mencari dimana makamnya Abu Ayub Ansari. Setelah dicari akhirnya dijumpai dengan bantuan gurunya Sheikh Akshams Addin.

 

Sultan Muhammad Al-Fatih ingin mencium kakinya Abu Ayyub, namun tulang itu seakan bergerak dan mengelakkan dicium oleh Sulran Muhammad Al-Fatih.

 

Sheikh Akshams Addin menjawab, Barangkali Abu Ayub malu kakinya dicium oleh seorang yang dibisyarahkan oleh Rasul dalam hadisnya.

 

Akhirnya, Makam Abu Ayyub dimakamkan semula ditempat yang layak dan perkuburan itu boleh di ziarahi di Eyup Sultan Mosque.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply