Korang pernah tak main PES? Sekarang ni PES dah tukar nama jadi eFootball.

Dan menariknya, sempena Piala Asia 2023, Konami mengeluarkan kad istimewa pemain lagenda negara kita iaitu Safee Sali.

Terkejut tak?

Jom kita lihat perjalanan karier Safee Sali sehingga persaraan beliau pada 2023.

Beliau bermula bersama Kuala Lumpur di dalam skuad Piala Presiden. Musim pertamanya di skuad senior Kuala Lumpur sangat cemerlang, Safee menjadi penjaring gol kedua terbanyak di belakang Azman Adnan di dalam saingan Liga Perdana.

Safee kemudiannya dipinjamkan ke Telekom Melaka sebelum berpindah ke Sarawak. Sarawaklah yang memberikan nombor jersi keramat iaitu nombor 10 kepada beliau.

Memang tak sia-sia Sarawak bawak masuk Safee. Safee jadi penjaring terbanyak tempatan dengan jumlah 19 gol dalam keseluruhan pertandingan di musim 05/06.

Safee mula mewakili skuad negara. Debut pertamanya, menentang New Zealand. Gol pertamanya pula juga ketika menentang New Zealand tetapi ketika caps kedua beliau.

Safee Sali turut menyertai skuad Piala Asia 2007. Namun, hanya 1 penampilan berjaya dilakukan ketika menentang Iran dengan keputusan berkesudahan memihak Iran 0-2.

Safee berhijrah pula ke Selangor. Di Selangor pun, Safee Sali diberikan nombor keramat 10 yang pernah dipakai oleh lagenda Mokhtar Dahari.

Bersama Selangor, Safee berjaya meraih Piala Sumbangsih dan Liga Super pada 2009 dan 2010 serta Piala FA pada 2009.

2010, Safee Sali berjaya membawa Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki. Tiada siapa yang rasa Malaysia akan buat kejutan selepas kalah 5-1 dengan Indonesia dalam perlawanan pertama kejohanan.

Safee Sali berjaya menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan sebanyak 5 gol dalam kejohanan tersebut.

Safee berkelana ke Indonesia untuk musim 2011 dengan menyertai Pelita Jaya FC. Setelah FIFA menggantung Liga Indonesia, Safee ditawarkan oleh TMJ untuk bermain bersama JDT.

Tahun 2013, Safee pulang ke Malaysia untuk menyertai Johor Darul Ta’zim. Siapa sangka, Safee berjaya bawa JDT memenangi Piala AFC 2015. Memang epik betul jaringan akrobatik Safee Sali kalau diingat balik.

Safee kemudiannya bermain untuk PKNS di musim 2017 dan berhijrah ke Perlis Northern Lions pada 2019. Tetapi apakan daya, Perlis dilanda masalah kewangan sehingga penyertaan Perlis dibatalkan. PJ City menandatangani Safee Sali setelah itu.

2020, Safee Sali kembali ke tempat beliau bermula sebagai pemain profesional iaitu Kuala Lumpur City FC. Bersama Kuala Lumpur, beliau berjaya merangkul piala terakhirnya iaitu Piala Malaysia 2021.

Pada 2022, Safee cipta rekod sebagai pemain bola sepak Malaysia pertama beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala AFC apabila bermain ketika menentang Al Seeb.

Safee menggantung but dan mengumumkan persaraannya sebagai pemain profesional di tahun 2023.

Selepas bersara pun Safee masih mencipta rekod. Safee menjaringkan gol menentang West Ham di Amerika Syarikat dalam kejohanan The Soccer Tournament.

Oleh: Azizul Farhan

___

Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya. Dapatkan segera LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:
https://shope.ee/5fPTPWY9UL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply