Singapura baru sahaja melepasi pilihanraya umum mereka dan menyaksikan PAP mengekalkan kemenangan walaupun undi popular mereka agak merudum. Tidak lama lagi, Singapura juga  menyambut Hari Keharmonian Kaum yang kebiasaannya disambut menjelang 21 Julai setiap kaum.

Hari Keharmonian Kaum ini diadakan rentetan dari sebuah peristiwa yang mana ia juga merupakan antara faktor pemisahan Singapura dari Malaysia. Julai 1964 di Singapura menyaksikan umat Islam di sana menyambut Hari Kelahiran Nabi SAW sebagaimana di negara-negara Islam yang lain. Namun, pada tahun itu, lain perkara yang terjadi.

Pada petang  21hb .Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan ‘bersabar, tabah dan rajin berusaha’. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.

Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar jam 5 petang, dia telah dis3rang.

Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenay4h membak4r bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan.

Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. 50 orang yang c3dera, kebanyakannya dengan keced3raan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30 malam.

Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuh4n itu, 4 orang terbu*uh dan 178 lagi mengalami keced3raan. Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki dis3rang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai.

Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari.

45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan. Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari. Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbu*uh dan 460 orang lagi ced3ra.

Segalanya bermula dari sentimen oleh politikus yang dimainkan oleh sebilangan ahli politik. Pada 12hb.Julai 1964, UMNO mengadakan persidangan yang disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di Singapura. Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agong UMNO di Malaya.

Beliau telah membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari kerajaan PAP memandangkan mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi material.

Selain itu, seorang menteri dari parti MCA, Khaw Kai Boh, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan, mendakwa bahawa kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di Singapura.

Pendirian PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Singapura, yang dibayangkan.

Faktor-faktor ini telah menjadi punca mengapa rusuhj4n ini boleh merebak dengan begitu teruk sekali dan merupakan rus7han selepas peristiwa Rusuh4n Natrah. Kerajaan Singapura kemudiaannya mengisytiharkan perintah berkurung sehingga 2 Ogos 1964. Disebabkan ini jugalah, Tunku mengambil keputusan untuk memisahkan Singapura bagi mengimbangkan populasi kaum di dalam negara pada ketika itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.