Zaman sekarang rakyat Malaysia tak boleh merantau Indonesia sesuka hati. Begitu juga rakyat Indonesia tak boleh datang sini tanpa permit bagai. Tapi kalau tengok lembaran sejarah dulu, orang Melayu di Tanah Melayu ni selamba jer merantau di Sumatera.

Malah ramai jer orang asal Jawa merantau di Tanah Melayu.Memang betul, pembelahan Alam Melayu ni berlaku kerana penjajahan British dan Belanda. Tapi soalnya, apa yang sebenar-benarnya berlaku? Macam mana Alam Melayu yang bersatu dulu berpecah jadi macam harini?

Nak faham benda ni, kena tengok Eropah dulu. Tak ramai tahu macam mana percaturan Concert of Europe ni memberi tamparan sangat pedih pada Alam Melayu. Malah, saya rasa tak ramai tahu pun pasal Concert of Europe ni. Pertama sekali, ia bukan konsert lagu. Gagasan ni diasaskan kerajaan-kerajaan Eropah pada tahun 1815 sebagai langkah nak imbang kuasa supaya tak berperang lagi.

Waktu tu Napoleon Bonaparte dah kalah di Waterloo. Jadi mereka nak buat “Eropah Baru”, guna dialog dan perbincangan asalkan tak berperang. Tapi tiba-tiba Britain ambil keputusan nak keluar dari Concert of Europe. Kira macam Brexit lah. Mereka malas masuk campur dalam urusan Eropah masa tu dan nak fokus empayar mereka jer.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ini yang mendatangkan masalah sangat besar pada Alam Melayu. Masa tu Empayar Johor-Riau ada krisis pewarisan takhta antara Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman, masing-masing nak rebut takhta mewarisi Sultan Mahmud III yang mangkat pada tahun 1812. Dah ada krisis macam ni, kalangan pembesar pun berpecah belah antara kedua-dua tengku.

Tengku Abdul Rahman disokong Belanda. Jadi British nak cucuk angin kenalah sokong Tengku Hussain. Ikut logik, memang Tengku Hussain ni bijak. Dapat sokongan Britain, kira monopoli Belanda dah dilemahkan. Kira cekap main game politik.

Tapi apa jadi kalau tiba-tiba Britain dan Belanda berbaik? Itulah yang berlaku selepas Britain angkat kaki keluar dari Concert of Europe. Dah Britain putus persahabatan dengan negara-negara Eropah, kenalah berbaik dengan Belanda. Bahagikan persaingan ikut kepentingan masing-masing.

Maka mereka buat Perjanjian Inggeris-Belanda, yang memecahkan Alam Melayu. Kesannya? Sampai harini Alam Melayu dah teruk terbahagi dengan nama “Malaysia”, “Indonesia” dan “Singapura”.

Buku JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU II meluaskan lagi pasal hal ni. Korang akan tahu lagi mendalam pasal perebutan kuasa… pasal pembahagian Alam Melayu… dan sebagainya. DISKAUN RM10 disediakan kepada semua pembeli PRATEMPAH sekarang: https://bit.ly/jssm2pratempah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply