Anda rasa Donald Trump adalah presiden Amerika Syarikat yang paling sewel? Paling sav.age dan kelakar? Tak guna kalau gagal sambung penggal. Memperkenalkan presiden Amerika yang merupakan bapa segala keceluparan sebenar.

Pada 11 Ogos 1984, Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan cuba buat lawak berbentuk ‘gurauan’ tapi mencetuskan kontroversi mengenai pengeb.oman terhadap Rusia semasa dia sedang menguji kualiti bunyi mikrofon sebelum temubual radio yang dijadualkan bermula secara langsung.

“Ke hadapan sekalian rakyat Amerika Syarikat, sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menandatangani rang undang-undang yang akan mencabut perlindungan terhadap Rusia selama-lamanya. Pengeb.om.an terhadap Rusia akan bermula lima minit dari sekarang..”

Semua yang hadir termasuklah media dan setiausaha akhbar Reagan mestilah kena gelak mendengar ucapan yang lawak hambar itu. Kalau tak gelak nanti orang fikir dia serius.

Tapi lawak itu telah merisaukan pembangkang Demokrat yang dah lama seram dengan sikap tak berkompromi dan tak sayang mulut yang ditunjukkan Reagan terhadap Soviet sejak tahun 1981 lagi.

Ada juga orang lain yang buat tak tahu saja tentang lawak Reagan yang dilakukan di saat krisis yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Ya, tak berapa cerdik untuk melawak semasa krisis. Tapi kes Reagan ni berbeza.

Retorik anti-komunis yang kuat dipupuk oleh Reagan dengan dasar-dasar yang menggalakkan pertambahan bajet untuk tentera dan pertahanan Amerika Syarikat sangat bertentangan dengan dasar para presiden pendahulunya.

Nixon, Ford dan Carter lebih cenderung meningkatkan usaha memupuk hubungan yang lebih baik dengan Soviet di Rusia atas dasar persahabatan dengan menawarkan pertukaran budaya dan teknologi.

Dalam retrospektif berbeza, ramai penganalisis anggap dasar ‘acah-acah kuat dan gila’ yang dipamerkan Reagan ini berjaya menakut-nakutkan Soviet hingga negara komunis itu sanggup mengeluarkan banyak peruntukan besar untuk ketenteraan.

Semua itu kerana Soviet dan Amerika sudah saling berlumba-lumba dalam apa saja aspek yang dilihat memberi kelebihan kepada lawan masing-masing sejak berakhirnya P.erang Dunia Kedua.

Sama ada secara terancang atau kebetulan, kesan dasar ‘acah-acah kuat dan gila’ Reagan telah menyebabkan Soviet benar-benar mengikut langkah Amerika hingga mereka mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar untuk ketenteraannya.

Dan ini jelas membuktikan bahawa pengeluaran bajet tentera secara melulu mewujudkan kemungkinan yang sangat besar menyumbang kepada keruntuhan ekonomi Soviet dan sistem politik komunis negara itu mula merosot dengan drastik.

Walaupun Reagan menerima reaksi negatif kerana lawak “nak mengeb.om Rusia” itu dianggap oleh kebanyakan orang sebagai lawak bodoh politik Amerika yang kebudak-budakan, ini bukan lawak yang pertama.

Pada tahun 1969, semasa bertugas sebagai gabenor California, Reagan memberi respon kepada pelajar-pelajar yang sedang menyertai tunjuk perasaan di Universiti California di Berkeley.

“Jika benar pertumpahan darah tak boleh dielakkan, marilah kita selesaikan cepat-cepat.”

Beberapa lagi komennya yang lancang termasuklah perbandingan antara politik dan pelacuran dan sindiran kempen pemilihan presiden pada 1980.

“Kemelesetan adalah ketika jiran kamu hilang pekerjaan. Kegawatan adalah ketika kamu hilang pekerjaan. Pemulihan adalah ketika Jimmy Carter (bekas presiden Amerika Syarikat) hilang pekerjaan.”

Walaupun pernah menghadapi ancaman dan s.erang.an dalam satu cubaan memb.un.uhnya pada bulan Mac 1981, Reagan tak pernah serik buat lawak bodoh.

Ayat pertama yang keluar dari mulutnya kepada isterinya Nancy yang tiba di hospital adalah: “Sayang, aku lupa nak meniarap..”

Ia menyebabkan nilai tandatangan kelulusannya mengalami sedikit penurunan selepas kejadian itu, sementara itu ia meningkatkan harapan pemilihan presiden kepada calon Demokrat, Walter Mondale.

Tapi Reagan bangkit kembali dan menewaskan Mondale sebelum memulakan penggal yang baru pada tahun 1985.

Keberkesanan mengekalkan kuasa untuk penggal seterusnya walaupun suka buat lawak bodoh seperti Reagan telah memberikan Donald Trump inspirasi untuk menjadi Ronald Reagan 2.0, namun Trump gagal. Mungkin sebab Donald Trump bukan bekas bintang pelakon Hollywood macam Reagan?

 

Ronald dibesarkan oleh ibu bapanya di Tampico, tetapi memasuki alam dewasa di bandar Dixon, Pennsylvania. Keluarganya berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Dia menyambung pengajian di Eureka College dalam jurusan sosiologi dan ekonomi dengan ijazah Sarjana Muda Sastera.

Setelah tamat pendidikan, dia berpindah ke Iowa dan bekerja sebagai penyampai radio. Tahun 1937, dia berpindah lagi ke Los Angeles untuk mencuba nasib dalam ujibakat dan berjaya mengikat kontrak tujuh tahun dengan studio Warner Brothers.

Di sana dia menghabiskan tahun pertama kariernya dengan mengikut unit “B film” di Hollywood. Salah satu filem yang dibintanginya ialah filem ‘Kings Row’ pada tahun 1942.

Sebelum menjadi presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan pernah berkhidmat sebagai Gabenor California pada tahun 1966. Ronald Reagan berjaya menarik warga California dengan pandangan politik dan karisma yang bersemangat dalam setiap ucapannya.

Akhirnya Ronald Reagan mencapai kejayaan dan berjaya memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat tepat ketika dia berusia 69 tahun pada tahun 1981. Dia secara rasmi mengangkat sumpah pada 20 Januari 1981.

Beberapa dasar yang dilaksanakannya adalah proses pemutihan politik dan ekonomi. Ia mengurangkan kadar cukai untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mengawal peredaran matawang untuk mengimbangi inflasi, menstruktur kembali ekonomi, dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Namun, nasibnya mungkin berubah sekiranya satu lagi lawak bodoh yang dia lakukan secara tertutup ini berjaya didedahkan awal-awal lagi, namun ia hanya terdedah beberapa tahun yang lalu.

Ketika bertugas sebagai gabenor California, Reagan merujuk delegasi PBB dari sebuah negara di Afrika sebagai “monyet,” dalam satu rakaman perbualan telefon antara dia dengan Presiden Richard Nixon pada tahun 1971.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.