Tak, tajuk dekat atas tadi bukan lagu. Tetapi, tahun yang menggambarkan dua era Rom yang jauh bezanya. Kerajaan Rom merupakan sebuah kerajaan dan kuasa yang pernah menjadi kuasa besar kemudiannya telah menjadi sebuah kuasa yang boleh dipertimbangkan keputusannya dan diperkotak katikkan keputusannya.
Empayar Rom Timur: 566 Masihi
Pada waktu ini merupakan era pemerintahan Justinian I. Justinian I merupakan maharaja Rom Timur yang telah meluaskan empayarnya sebermula ibu kotanya, Konstantinopel, Anatolia, kemudiannya mencakupi daratan Syria dan kemudiannya menjejakkan kakinya ke Itali dan Afrika Utara.
Tidak cukup itu, dunia mengenali Empayar Rom Timur merupakan sebuah kuasa yang sangat ampuh dan mampu menewaskan musuhnya seperti Parsi yang terkenal juga dengan kehebatannya dalam medan tempur. Ibu Kota Rom Timur, Konstantinopel merupakan sebuah kota yang terkenal dengan kemegahan seni bina Hagia Sophia dan kekebalan benteng ini dari mana mana serangan kuasa luar.
Apa yang menyebabkan Empayar yang hebat ini mulai berjalan menuju ke zaman kejatuhannya?
Pada tahun 602–628 Masihi, telah tercetus pertempuran panjang antara dua kuasa besar pada waktu itu iaitu Empayar Rom Timur dan Kerajaan Sassanid Parsi. Berbeza dengan siri peperangan yang sebelumnya, peperangan kali ini telah berlangsung selama 2 Dekad lamanya. Situasi ini telah mengubah landskap kedua dua negara ini selepas perang.
Kedua dua negara ini mulai keletihan dan menunjukkan tanda kelemahannya ekoran pertempuran yang panjang ini. Banyak tentera mereka telah tewas, infrastruktur mereka musnah, ketiadaan bekalan makanan dan kesemua ini telah menjadikan dua kerajaan telah menunjukkan kelemahannya.
Bak kata pepatah, yang menang jadi arang yang kala jadi abu. Ya, dua dua kuasa ini telah tewas walaupun pada zahirnya kerajaan Rom Timur menang mutlak ke atas Parsi. Namun, harga yang perlu dibayar mereka adalah kerosakan yang hanya boleh diperbaiki dalam jangka masa yang bukanlah singkat.
Kelemahan ini dimanfaatkan bagi memberi laluan kebangkitan sebuah kuasa baru dari Tanah Arab bagi menjadi kuasa besar dunia yang baharu. Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin mulai membina namanya dalam tinta sejarah apabila mereka mulai mencabar kuasa besar ini dalam siri Perang mereka. Pertempuran Yarmuk (636 Masihi) menyaksikan bermulanya petanda awal Kerajaan Rom Timur akan tumbang di Tanah Arab.
Akhirnya, Rom Timur telah ditewaskan di Tanah Arab setelah Pembebasan Al-Quds yang telah dipimpin oleh Panglima Abu Ubaydah Al-Jarrah. Di sebelah Timur pula, Kerajaan Sassanid juga sedang mengalami situasi yang sama iaitu sedang bergulat dengan kuasa Khulafa Rashidin. Pertempuran Qadisiyyah (636M) menyaksikan Empayar Parsi ini tewas mutlak di tangan kerajaan Khulafa Rasyidin dan akhirnya, ibu kota Ctesiphon telah dikuasai oleh pasukan Khulafa Rasyidin di bawah pimpinan Panglima Saad Ibn Abi Waqqas.
Kelemahan Kerajaan Rom Timur ini telah menyebabkan kebangkitan kuasa baharu dunia pada waktu itu yang didominasi oleh Bangsa Arab. Perkembangan ini terus berlaku sehingga pemerintahan Kerajaan Umayyah dan Kerajaan Rom Timur tidaklah seperti pendahulunya yang merupakan penakluk Asia dan Barat.
Pada era tahun 717 Masihi, Kerajaan Rom Timur yang dahulunya dasar luarnya agresif kini berubah polisinya kepada diplomasi dengan kerajaan sekitarnya dan bernegosiasi dengan kuasa besar yang di sekitarnya iaitu Kerajaan Umayyah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih