Nabi Zakariyya AS merupakan ayah saudara kepada Nabi Isa AS. Baginda merupakan seorang Rasul yang diutuskan bagi mengajak kaumnya iaitu Bani Israil untuk kembali kepada Allah. Baginda juga merupakan ayah kepada Nabi Yahya AS. Nabi Yahya AS juga merupakan seorang Rasul yang diutus untuk kaummya.

Peranan dan kisah Nabi Zakariyya ini dapat dilihat dengan peranannya menjaga ibunda Nabi Isa AS sewaktu Maryam AS beribadah didalam Mihrab yang telah dibinanya di Masjid Al-Aqsa. Kesemua mereka ini merupakan berasal dari galur yang sama iaitu Keluarga Imran. Keluarga yang diberkati Allah SWT.

Keluarga ini tinggal dalam era Kerajaan Judah yang merupakan sebuah kerajaan Yahudi di Filistin pada waktu tersebut. Kerajaan Judah pada waktu itu tidak seperti sebelum penjajahan Nebuchadnezzar II, kerajaan Judah pada waktu itu merupakan kerajaan Boneka di bawah kekuasaan Rom (63 SM – 135 M).

Pemerintah sewaktu era Nabi Zakaria dan Yahya ini adalah Raja Herodes Agung (37-4 SM). Pada waktu itu, Raja Herodes telah berkehendak untuk menikahi anak saudaranya iaitu Herodias. Tindakan ini telah melanggar norma dan syariat kerana pernikahan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Nabi Yahya AS dan Nabi Zakariyya AS telah membantah isu ini dengan sekerasnya kerana ia jelas melanggari batas hukum hukum. Herodias yang terhina akan desakan dan bantahan Nabi Yahya dan Nabi Zakariyya ini kemudiannya meminta Raja Herod Agung untuk membunuh keduannya ini.

Nabi Zakariyya AS dan Nabi Yahya AS ini sedikitpun tidak gentar akan ancaman Raja Herod ini. Akhirnya, Nabi Yahya dan Nabi Zakariyya ini kemudiannya telah dibunuh dengan kejam oleh Raja Herod Agung. Begitulah kisah pengakhiran Nabi Allah yang berani menentang kekufuran dan kebatilan dan baginda menemui Syahidnya semasa dakwah ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.