3 Julai 2019 (Hari 37) – Adib Cedera di Tendang di Pintu Van.
Profesor Dr Shahrom Abd Wahid, pakar forensik berkata kepada mahkamah bahawa beliau yakin 80 hingga 90 peratus kecederaan di dada kanan arwah Adib Mohd Kassim berpunca akibat tendangan di pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Menurut saksi inkues ke-29 itu, namun hanya ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) pada pintu van EMRS itu yang mampu membuktikan sepenuhnya dengan penemuan DNA kepunyaan anggota bomba itu.
“Pihak sepatutnya melakukan ujian itu (DNA) adalah Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak polis,” katanya ketika menjawab soalan peguam, Syazlin Mansor yang mewakili keluarga arwah Adib.
Profesor Dr Shahrom turut berkata, pihaknya mendapati hanya objek pada pintu EMRS yang sama dengan kecederaan dialami arwah Adib.
4 Julai 2019 (Hari 38) – Bedah siasat Adib tak menyeluruh.
Prof Dr Shahrom Abd Wahid dalam prosiding inkues telah memberitahu mahkamah bahawa bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) terhadap mayat arwah Adib Mohd adalah tidak menyeluruh, justeru tiada sebarang kesan lebam ditemukan di bahagian belakang badan anggota bomba itu.
“Bedah siasat bukan sekadar potong-potong sahaja, namun ia adalah pemeriksaan secara menyeluruh bagi mengetahui punca kematian seseorang, mereka (HKL) mengatakan melakukan bedah siasat, tetapi sebenarnya tidak,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin.
Menjawab soalan dikemukakan Faten, Prof Shahrom turut berkata, pihak forensik HKL tidak melakukan pemeriksaan, antaranya di bawah bahagian lapisan kulit dan jika dilakukan, pasti akan menemukan kesan lebam.
“Ini apa mereka katakan tidak ada, bagaimana hendak ada kalau tidak diperiksa,” katanya.
.
5 Julai 2019 (Hari 39) – Pakar Fizik Bidas Teori HKL
Saksi ke-30, Pakar Fizik Universiti Teknologi Mara UiTM tidak bersetuju dengan teori yang dikemukakan Pakar Forensik HKL, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berhubung teori kecederaan arwah Adib yang menyebabkan kepatahan pada tulang rusuk belakang 1 hingga 7.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UiTM, Dr Amir Radzi Ab Ghani berkata, mengambil kira berat van EMRS dan arwah Adib adalah tidak tepat, sebaliknya ia hanya melibatkan pengiraan berat terhadap berat pintu van EMRS sahaja.
“Dalam kes ini sepatutnya berat Adib tidak patut diambil kira, tidak boleh menghasilkan daya dalaman sendiri. Berat EMRS hanya boleh diambil kira sekiranya impak secara langsung tetapi hanya pintu van yang melanggar dia.Jadi saya tak setuju teori Hafizam mengambil kira berat kenderaan dan mangsa,” katanya kepada Mahkamah Koroner pada Selasa.
Tambahnya lagi, arwah Adib tidak mungkin akan terhumban jauh ke hadapan dan kecederaannya tidak serius sekiranya dalam keadaan bergerak berbanding kedudukan statik.
“Dia akan jatuh di situ juga dan tidak akan terhumban berbanding kalau dia statik,” katanya lagi yang merujuk kepada kecederaan seperti yang didakwa oleh Dr Hafizam.
16 Julai 2019 (Hari 40) – Bapa Adib Mohon ‘Heret’ AG ke Mahkamah
Bapa kepada arwah Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid telah memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri anaknya.
Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu difailkan Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates di Mahkamah Koroner.
Pada prosiding hari ini, saksi inkues ke-30, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Dr Amir Radzi Abd Ghani dipanggil ke mahkamah bagi memberi keterangan berhubung pengiraan daya hentaman ke atas bahagian dada arwah Adib.
17 Julai 2019 (Hari 41) – Inkues Adib: Sambung atau tutup?
Tarikh akhir inkues kematian arwah Adib ditutup atau bersambung lagi akan diketahui pada Rabu depan setelah pihak koroner telah menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh sama ada wujudnya keperluan untuk memanggil pakar patologi lain atau menamatkan prosiding inkues itu.
“Sama ada perlu memanggil saksi pakar patologi lain atau tidak akan diketahui pada tarikh itu (24 Julai),” katanya dalam prosiding inkues kematian arwah Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam masuk hari ke-41, hari ini.
Selain itu, Koroner Rofiah turut menetapkan tarikh sama bagi permohonan bapa arwah Adib untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anaknya.
Sekian.
Tandatangan Petisyen di sini >>http://chng.it/SK2ggjMQ
Tandatangan Petisyen di sini >>http://chng.it/SK2ggjMQ
Tandatangan Petisyen di sini >>http://chng.it/SK2ggjMQ
KONGSIKAN, SEBARKAN
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih