Pada 24 November lalu, kita menyaksikan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri dibuat setelah YDPA memberi perkenan kepadanya untuk dilantik menjadi Perdana Menteri hasil dari mesyuarat Raja-raja Melayu bagi menyelesaikan krisis politik akibat tergantungnya Parlimen. Parlimen tergantung apabila tiada parti yang berjaya mendapat majoriti mudah dalam pilihanraya yang berlangsung pada 19 November lalu.

Tetapi keputusan yang dibuat oleh YDPA dilihat seolah-olah dibantah oleh pemimpin Perikatan Nasional seperti Muhyiddin Yassin & Haji Abdul Hadi Awang. Hal ini dilihat apabila Haji Abdul Hadi menuduh YDPA sengaja menangguhkan perlantikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas pengerusi PN itu memaklumkan bahawa terdapat majoriti 115 ahli parlimen yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri kepada YDPA. Ramai orang yang menuduh bahawa tindakannya seolah-olah cuba menderhakai Raja-raja Melayu.

Ironinya apabila sebuah parti yang membawa gagasan Melayu Islam cuba melawan titah Raja. Ini bukan pertama kali dilakukan oleh mereka, ketika mereka mengisytiharkan darurat pada 12 Januari 2021 jelas-jelas membelakangi YDPA dalam membuat pengisytiharan. Jadi, bagaimana sebuah parti yang membawa agenda Melayu Islam, menentang ICERD, menentang Statut Rom dan mendakwa kerajaannya pada suatu ketika dahulu sebagai kerajaan pintu Istana pula hendak melawan Raja. Mengapa tidak PH, budak-budak Twitter, budak-budak anti Establishment seperti Fahmi Reza yang melakukan sedemikian. Inilah yang akan dibahaskan oleh penulis dalam artikel ini.

Jika kita ingat kembali, Revolusi Rusia 1917 digambarkan sebagai revolusi komunis yang berjaya menjatuhkan dinasti Romanov yang memerintah Rusia hampir 300 tahun. Lenin terus dilihat sebagai syaitan komunis yang bertanggungjawab menjatuhkan Tsar Nicholas ini. Peristiwa menyebabkan komunis menjadi ancaman kepada negara yang masyarakatnya mendukung raja. Komunis terus dipersalahkan terhadap jatuhnya sistem beraja disesebuah negara. Namun, mengapa hanya selepas 300 tahun sistem beraja berjaya dijatuhkan di Rusia. Sedangkan, fahaman sosialis & anarki sudah wujud di Rusia sejak dari zaman pemerintahan Tsar Nicholas I (1825-55). Malah, rakyat Rusia telah ditindas sekian lamanya di bawah Rejim Tsar.

Izinkan penulis memberi pencerahan, kejayaan Revolusi Rusia 1917 bukanlah hasil dari usaha penat lelah oleh kaum pekerja & gerakan Revolusioner. Tetapi, kejayaan revolusi tersebut adalah hasil pengkhianatan dari golongan Warlord Rusia yang dilihat tidak lagi mendukung pemerintahan Tsar. Konsep Warlord Hegemony merupakan konsep yang penting dalam mengekalkan sebuah rejim pemerintahan. Bagaimana Nicholas I mampu mengekalkan pemerintahannya yang autokratik adalah daripada dukungan para Warlord yang berjaya menggagalkan gerakan Decembrist pada tahun 1925.

Tsar Alexander II (1855-81) pula, gagal mengekalkan pemerintahannya akibat daripada usaha reformasinya seperti penghapusan perbudakan yang tidak disenangi oleh golongan Warlord. Akibatnya, baginda akhirnya terbunuh dalam serangan bom yang dilakukan oleh puak anarki. Manakala, anaknya Alexander III (1881-94) mampu mengukuhkan kekuasaan autokratiknya apabila tidak lagi berminat untuk meneruskan usaha reformasi ayahnya dan tunduk kepada kehendak Warlord. Namun ketika Nicholas II menaiki takhta, baginda mendapat dukungan para Warlord pada peringkat awalnya. Namun, dukungan para Warlord berubah apabila keengganan baginda untuk tunduk kepada nasihat para Warlordnya ketika perang Rusia-Jepun 1904-05. Akibatnya terjadilah Revolusi 1905 yang membawa reformasi dalam sistem pemerintahan dengan penubuhan Duma.

Namun, reformasi ini sedikit tidak merugikan para Warlord malah memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Kebencian para Warlord terhadap Tsar Nicholas II semakin memuncak ketika Perang Dunia I (1914-18). Hal demikian, disebabkan isterinya yang berbangsa Jerman Alexandra yang dianggap ejen kepada Jerman. Keadaan ditambah buruk lagi apabila Nicholas melantik isterinya sebagai pemangku kerajaan ketika baginda turun ke medan perang. Pelbagai usaha dilakukan oleh para Warlord untuk menjatuhkan Nicholas II termasuk menjadikan kisah hubungan Rasputin dengan Permaisuri Alexandra sebagai senjata untuk meniupkan kebencian rakyat kepada keluarga Tsar. Kemuncaknya Rasputin dibunuh, Tsar Nicholas II dijatuhkan dan keluarganya dibunuh.

Persoalannya, mengapa banyak daripada kerabat Romanov lain terselamat termasuk bondanya Marie Feodorovna. Sedangkan Kakak Iparnya Elisabeth yang juga isteri kepada pakciknya turut terbunuh. Hal ini kerana, mereka mendapat perlindungan daripada Warlord yang hanya menanamkan kebencian terhadap keluarga Nicholas dan isterinya yang dianggap ejen kepada Jerman. Hal demikian dapat dilihat apabila Raja George V yang merupakan sepupunya cuba untuk menyelamatkan keluarga Tsar tapi dibatalkan disaat akhir sebelum komunis melancarkan Kudeta pada bulan November 1917. Masalah yang sama turut berlaku di Sumatera Timur.

Revolusi Rakyat 1946 di Sumatera Timur bukanlah berpunca daripada gerakan komunis seperti yang digembar-gemburkan tetapi berpunca dari Warlord yang sudah sekian lamanya ingin merebut kuasa. Para Warlord ini, menjadi bengang apabila raja-raja Melayu Sumatera Timur menolak untuk bergabung dengan Republik Indonesia. Republik ini merupakan salah satu keberuntungan kepada para Warlord untuk meluaskan pengaruh kekuasaan di dalam Republik Indonesia. Maka terjadilah pembantaian terhadap keluarga raja-raja Melayu di Sumatera Timur akibat kebencian yang ditiupkan kepada rakyat terhadap mereka. Sehingga tokoh ternama seperti Amir Hamzah turut terkorban. Masalah ini turut terjadi di dalam sistem politik di Malaysia.

Jika kita lihat sejak pentadbiran Tun Dr Mahathir pada tahun 1980an lagi, kebencian terhadap raja-raja Melayu sudah mula ditiupkan oleh Warlord melalui krisis Perlembagaan. Hal demikian berlaku apabila raja-raja Melayu sudah mula mengkritik pentadbirannya yang dilihat terlalu autokratik. Maka, pelbagai sentimen kebencian terhadap raja-raja Melayu ditimbulkan seperti kononnya kerabat Johor samseng. Kebencian terhadap raja-raja Melayu ini ditiupkan lagi ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun 2018. Hal demikian, berlaku apabila Sultan Johor mula bersuara terhadap isu rasuah, sentimen pepecahan, ekonomi dan sikap kerajaan Pusat terhadap Johor. Maka, api kebencian cuba ditiupkan lagi terhadap kerabat Johor.

Kesimpulan yang ingin penulis sampaikan, kita dapat lihat bertapa kuatnya pengaruh Warlord terhadap sesuatu institusi pemerintahan negara. Jika raja atau sesuatu kerajaan dilihat gagal menjaga kepentingan para Warlord ini maka mereka akan berusaha untuk menjatuhkannya dengan hanya perlu meniupkan api kebencian terhadap raja-raja atau kerajaan kepada rakyat. Jika masalah ini gagal diselesaikan DS Anwar Ibrahim, justeru akan rosak sistem pemerintahan negara kita.

Kini YDPA & Raja-raja Melayu pula cuba ditiupkan oleh para Warlord ini. Bahaya paling besar kepada Institusi Raja-raja & pemerintahan negara kita bukan datang dari puak kiri atau gerakan anti raja seperti budak-budak Punk, Twitter atau Fahmi Reza. Mereka hanyalah simptom sahaja.

Tetapi, ancaman itu datang dari para Warlord yang memperkudakan institusi raja–raja & pemerintahan untuk kepentingan peribadi mereka sendiri. Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa bagaimana Umar Abdul Aziz, seorang khalifah yang terbilang digulingkan akibat tidak tunduk kepada Warlord seperti AL Hajjaj Ibn Yussuf AL Shaqafi.

Artikel kiriman Pekan Moden untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply