Aku sedikit terlewat menghabiskan episod bersiri Kampung People di Youtube TV3. Power jugakla cerita ni hampir semua episodnya trending dan mendapat hampir sejuta tontonan. Episode ni menjadi drama kedua TV3 yang Berjaya mendapat sambutan hangat di laman Youtube TV3 selepas drama 7 Hari Mencintaimu yang ditayangkan pada 2016.

Drama ini boleh dikatakan cukup sempurna buat saya. Plotnya tidak begitu berat dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Semua watak dimainkan dengan baik. Watak yang paling menonjol dalam drama ini tentunya Mona (Elly Mazlein) dan Laila (Riena Diana) yang menggunakan slang kebaratan dengan yakin dalam setiap dialog sehingga sudah menjadi trademark bagi filem ni. “Absolutely correction!”.  Kampung People menyuntik begitu banyak nilai-nilai positif melalui situasi yang boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian.

Kampung People bermula dengan kisah akauntan bernama Razif (Rashidi Ishak), yang terperangkap dalam perbuatan jenayah majikannya Tuan Suhaimi (Namron). Untuk menyelamatkan diri dan keluarganya, mereka terpaksa menyamar sebagai orang kampung dan diberi nama dan identiti palsu. Mereka perlu sembunyi daripada Tuan Suhaimi sehingga hari perbicaraannya.

Sebaik saja sampai di kampung, mereka teruskan hidup dengan identiti dan suasana baru untuk terus bertahan. Keluarga yang sudah biasa hidup dalam kemewahan ini berhadapan dengan situasi yang sukar bila terpaksa melakukan semua perkara tanpa bantuan bibik.

Drama ini makin menarik apabila empat beranak ini bergaul dengan masyarakat kampung. Pada mulanya agak susah untuk Razif mulakan tanaman jagung sebab geng surau  asyik ajak “minum dulu!”. Kalau tak ikut, mulalah Tok Penghulu (TP), Tok Imam dan lain-lain merajuk.

Dah sarapan sampai nak dekat tengah hari. Bila dah sampai tengah hari baru nak start kerja, nak makan tengah hari pula. Akibat dah selalu sangat lepak, barulah perasan yang banyak masa dah terbuang dan kerja tak jalan-jalan. Itulah sebenarnya tabiat masyarakat kita. Masa perlu kita rancang dengan baik, kerja penting kena siapkan dulu, lepas tu baru lepak!

Imej dari : facebook.com/kakimuvee

Gelagat geng surau memang mencuit hati tapi banyak mencerminkan peribadi dalam masyarakat Melayu. Antaranya sikap yang suka membanding-bandingkan, pengurusan dana surau yang tidak telus, dan penguasaan asas ilmu agama yang lemah.

Orang Melayu memang sinonim dengan hidup bermasyarakat. Namun, dengan gaya hidup moden sekarang membuatkan kita lupa untuk hidup berjiran. Ada yang tak campur orang, ada juga yang memilih dalam bergaul. Nak bergaul dengan orang yang setaraf saja. Geng dan persatuan sebenarnya penting sebagai tempat untuk kita bersosial dan melakukan perkara berfaedah bersama. Mereka jugalah tempat kita meminta pertolongan semasa kecemasan.

Ramai juga penonton yang kagum dengan idea pengarah yang menyelitkan scene Razif dan Mona yang menceritakan hari masing-masing sebelum tidur. Ini adalah salah satu tabiat baik yang perlu dipraktikkan bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Daripada sepasang suami isteri yang hampir bercerai, mereka menjadi rapat semula kerana lebih kerap berkomunikasi dan berkongsi masalah.

Imej dari : facebook.com/kakimuvee

Cinta tak berbalas memang cukup memeritkan. Hampir seminggu Laila frust dengan Jaafar. Razif yang tak tahan melihat anaknya mood swing mendekati Laila dan pujuk dengan baik. Kata-kata semangat dan bahu untuk menangis turut diberikan sehingga Laila rasa lebih lega. Memang sukar untuk anak remaja berkongsi masalah.Tak kira berapa usia anak-anak, mereka masih perlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa.

Lepas frust bercinta, Badrullah menjadi penghibur Laila. (Imej dari : facebook.com/kakimuvee)

Watak Badrul Bisu juga menjadi penyeri drama ini. Walaupun dia tak boleh bercakap dan sering diabaikan dalam geng surau, namun dia adalah seorang pendengar yang baik buat keluarga Razif. Dia dilihat sebagai petunjuk yang baik bagi menyelesaikan masalah-masalah  yang keluarga Razif hadapi.

Kehidupan mereka sekeluarga di kampung menjadikan mereka semakin rapat dan lebih berkemahiran dibandingkan pada permulaan cerita. Akhirnya, asalkan mereka ada antara satu sama lain, tak kira di mana mereka tinggal, pasti akan hidup bahagia.

Imej dari : facebook.com/kakimuvee

Rata-rata penonton memberikan komen positif pada episod akhir drama ini dan sudah mula merindui keluarga Razif dan orang-orang Kampung Sinaran Baru. Ramai yang mahukan drama ini berterusan melalui episod istimewa raya atau musim kedua bagi Kampung People. Ternyata drama yang menaruhkan genre kekeluargaan ini dapat menarik banyak peminat dan membuktikan bahawa penonton suka pada genre yang berbeza berbanding kisah cinta yang selalu dimainkan pada slot drama. Tahniah kepada pengarah,pelakon dan krew drama Kampung People!

RUJUKAN:

Sarat Unsur Kekeluargaan & Jenaka, Ini 5 Sebab Kampung People Trending Setiap Episod! https://ohbulan.com/sarat-unsur-kekeluargaan-jenaka-ini-5-sebab-kampung-people-trending-setiap-episod/

‘Kampung People’ and re-examining the urban-rural divide. https://www.malaymail.com/news/opinion/2020/01/19/kampung-people-and-re-examining-the-urban-rural-divide/1829408


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pencinta sastera dan perfileman tempatan dan antarabangsa. Mempunyai minat yang mendalam pada kesenian, sejarah dan tradisi lokal. Tak akan berhenti menulis selagi masih ada budaya dan seni nusantara yang belum dibicarakan.

Comments are closed.