Ketika awal pembentukan Rom, empayar ini menjadikan kepercayaan dewa-dewi sebagai agama rasmi mereka. Tuhan-tuhan yang disembah oleh orang Rom kebanyakannya dipengaruhi oleh mitologi Yunani.

 

Empayar Rom masih lagi mengamalkan kebebasan beragama tetapi dengan syarat harus bersifat rom-centric. Jika kepercayaan itu menyalahi konsep ketuhanan masyarakat Rom, pasti akan segera dihapuskan. Hal inilah yang berlaku ketika mula-mula kristian memasuki Empayar Rom.

 

Buktinya, Jesus Christ telah dihukum bunuh oleh wakil Empayar Rom di Jerusalem atas dakwaan cuba menyebarkan agama baru. Kematian Jesus Christ langsung tidak melemahkan semangat pengikutnya untuk terus menyebarkan agama kristian dalam Empayar Rom. Lama kelamaan, semakin ramai orang Rom yang memeluk agama kristian.

 

Situasi ini menyebabkan penguasa Rom tergugat dan cuba untuk menghapuskan pengaruh kristian dalam empayar. Bagi menakut-nakutkan rakyat Rom, pihak penguasa di beberapa wilayah telah bertindak menyiksa penganut kristian. Namun seksaan itu langsung tidak menyebabkan penyebaran agama Kristian terhenti.

 

Maharaja Nero cuba menghapuskan agama kristian lantaran ketidakmampuan pegawainya di peringkat wilayah mengatasi masalah tersebut. Maharaja Nero menjadikan penganut kristian sebagai kambing hitam kepada peristiwa Great Fire of Rome. Penganut kristian dibunuh tanpa apa-apa bicara.

 

Lama kelamaan, penentangan terhadap agama Kristian semakin berkurangan tetapi penyiksaan tetap dilakukan oleh Maharaja Decius secara tidak langsung. Baginda telah mengarah setiap kota yang bernaung di bawah Empayar Rom, perlu melakukan ritual korban. Di sini penganut Kristian sering kali menjadi korban atas nama agama pagan Empayar Rom.

 

Penganut Kristian mula mendapat sedikit kebebasan apabila Constantine menaiki takhta menggantikan Diocletion. Constantine telah menggubal satu undang-undang baru yang benarkan sekalian rakyat Rom termasuklah penganut kristian untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan bebas.

 

Selepas sahaja era Constantine, maharaja Rom yang lain mula berikan banyak kelonggaran kepada penganut agama kristian. Kemuncaknya, Maharaja Theodosius I telah menjadikan kristian sebagai agama rasmi Empayar Rom. Baginda juga bersama-sama Gratian, dan Valentinian II yang bertanggungjawab membentuk kepercayaan kristian berdasarkan Holy Trinity. Selepas itu agama pagan masyarakat Rom semakin dilupakan dan agama kristian berkembang pesat sehingga ke hari ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Cepat beli di PBAKL dengan diskaun menarik nanti. Kalau tak sempat, boleh juga di shopee: https://bit.ly/KitabTamadunRom


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply