Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan tindakan Israil yang melanggari perjanjian gencatan senjata antara pihak Filistin dan Israil. Tindakan ini telah mendapat kecaman dari seluruh dunia atas pelanggaran ini. Sebenarnya, peristiwa ini sama seperti tindakan seorang petinggi Salib pada era Perang Salib dahulu. Hanya disebabkan dirinya, akhirnya Jurusalem jatuh ke tangan Salahuddin Ayyubi. Pada awalnya, telah termetrai sebuah perjanian damai antara pihak Jurusalem dan Salahuddin Ayyubi. Bagi pihak Jurusalem, mereka diwakili oleh Raja Baldwin IV. Raja Baldwin IV merupakan seorang raja yang bijak dan juga memenangi beberapa siri peperangan dengan Salahuddin Al-Ayyubi seperti Pertempuran Montsigard.
Namun, tidak berapa lama selepas itu, Baldwin IV mangkat dan meninggalkan takhta Jurusalem kosong. Baldwin pergi tanpa meninggalkan pewaris. Queen Sibyllia kemudiannya menikah dengan seorang bangsawan Perancis yang bernama Guy Lusignan telah menaiki takhta Jurusalem. Guy Lusignan secara automatiknya menjadi Raja Jurusalem yang baharu. Guy Lusignan ini merupakan seorang yang berasal dari Eropah yang bertentangan ideologinya dengan sebuah puak yang berasal dari Timur Tengah. Justeru, baginya kekerasan adalah kaedah terbaik bagi menewaskan musuhnya.
Perkara ini sependapat dengan seorang Pemuka dari Kerak De Chevaliers iaitu Reynald Chatilion. Reynald kemudiannya telah menyerang kafilah Arab dan pedagang serta jemaah Haji dari Mesir yang melalui Kerak.
Tindakan ini sampai ke pengetahuan Salahuddin Ayyubi. Dan jelas ini adalah pelanggaran perjanjian damai antara Kerajaan Ayyubiyah dan Kerajaan Salib. Salahuddib Ayyubi melihat ini peluangnya bagi menewaskan dan menakluk Jurusalem. Salahuddin Ayyubi kemudiannya memimpin bala tentera dari Mesir kemudiannya menakluk beberapa kota dan akhirnya pasukan Salib ini bertemu di Medan Hattin. Berlaku sebuah pertempuran yang dahsyat antara kedua pihak ini dan akhirnya pasukan Salahuddin Ayyubi memenangi pertempuran ini sekaligus membuka ruang untuknya menakluk Baitul Maqdis.




No comments yet