Ini satu lagi kisah di Olimpik Paris. Ada seorang profesor dalam bidang Pengajian Kebudayaan dari Australia terpilih untuk menyertai breakdance di Olimpik Paris 2024, namun, ia bukanlah seperti yang diharapkan!

Rachel Gunn dari Australia, seorang pensyarah di Universiti Macquarie, yang ada PhD dalam Pengajian Kebudayaan. Yang kelakarnya, bidang tarian ini ditulis dalam resume dia sebagai bidang yang ingin dia kaji.

Gunn melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris selepas memenangi Kejohanan QMS Oceania di Sydney, Australia, dan dinamakan sebagai b-girl (penari breakdance) peringkat teratas oleh Australian Breaking Association pada 2020 dan 2021.

Sekejap, bila pula Olimpik ada acara breakdance?

Breaking (breakdance) ini telah diperkenalkan pada Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris sebagai sukan pilihan (sementara). Tapi, ia tidak akan dimasukkan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2028 di Los Angeles yang akan datang.

Keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menambahkan sukan pilihan breakdance ini ke dalam senarai rasmi Sukan Olimpik kononnya sebagai satu percubaan mereka untuk menarik perhatian penonton yang lebih muda.

Besarlah harapan IOC ini agar ramai remaja dan kanak-kanak di seluruh dunia akan terinspirasi daripada acara ini dan menggalakkan mereka untuk menyertainya nanti. Tapi, jika dilihat prestasi penari seperti Rachel Gunn ini, entahlah berapa ramai sahaja yang akan dapat inspirasi.

Teruk sangatkah tarian Gunn ini?

Ya, persembahan breakdance yang dipersembahkannya gagal menyamai tahap kemahiran lawannya dan setiap perlawanannya tak mampu untuk memperoleh satu mata pun.

Persembahan tariannya buat juri garu kepala, malah ramai yang jadikan persembahan itu sebagai bahan meme di media sosial gara-gara ia tidak sehebat yang disangkakan. Seorang peserta lain pula berikan komen yang dia kasihankan RayGun, tapi gerak tarinya memang mengarut!

Tapi, lain pula pandangan yang diberi oleh RayGun, iaitu nama pentas yang digunakan oleh Rachel Gunn. Katanya, dia bukanlah mahu menewaskan gerak tari hebat peserta lain, dan cuma mahu menunjukkan kreativiti dalam persembahannya.

Satu lagi, cara pemakaian RayGun juga menimbulkan rasa pelik dalam kalangan peserta dan peminat acara ini. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa membenarkan para peserta memakai pakaian seragam mereka, yang perlu diserahkan sebelum pertandingan. Gunn adalah satu-satunya atlet yang memakai pakaian sukan yang mewakili negaranya.

Apa pun, Gunn tetap bangga kerana dapat tunjukkan kreativitinya melalui tarian breakdance itu. Mungkin inilah yang dimaksudkan dalam buku Same As Ever, iaitu apabila kita terlalu mencuba, tertarik dengan kerumitan, tindakan ini boleh memakan diri sendiri. Ya, seperti aksi RayGun ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply