Islam merupakan agama yang sangat menekankan keadilan untuk semua pihak. Baik Islam atau bukan Islam, kedua dua golongan ini diberikan perlindungan dan keadilan yang sewajarnya dalam pentadbiran dan pemerintahan negara Islam. Hal ini juga dapat dilihat dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang menekankan kehidupan keberagaman pelbagai kaum dan hidup dalam keadaan yang harmoni antara sesama masyarakat dalam negara.

Pada peringkat awal, dakwah Rasulullah SAW telah bermula di Kota Makkah. Namun, tentangan demi tentangan diterima oleh Rasulullah SAW telah menyebabkan turunnya perintah untuk Rasulullah SAW supaya berhijrah ke sebuah tempat baharu yang menerima dakwahnya Rasulullah SAW.

Beberapa wakil dari sebuah kota yang terletak di utara Madinah telah bertemu dengan Rasulullah SAW dalam beberapa sesi perjumpaan yang dikenali sebagai Bai’ah Aqabah dan hal ini membuahkan hasil apabila penduduk Yathrib mengalu-alukan kedatangan baginda bagi berdakwah ke bumi Yathrib. Perancangan disusun dan perjalanan diatur bagi meniti perjalanan yang mengubah sejarah Islam buat selamanya.

Rasulullah SAW tiba di bumi Madinah pada 12 Rabi’ul Awwal. Setibanya baginda di Madinah, sebuah tempat telah dipilih oleh Rasulullah SAW bagi membangunkan sebuah pusat yang mengumpulkan umat Islam. Sebuah tempat yang menjadi pusat kepada pemerintahan, pusat ekonomi dan nadi negara Islam Madinah.

Pemilihan tanah ini juga melalui kaedah yang unik, dimana unta Baginda dibiarkan berjalan tanpa dituntun oleh sesiapa. Unta ini terus berjalan melalui perkampungan Bani Malik Ibn Najjar. Akhirnya, unta ini berhenti disebuah tapak milik dua anak yatim iaitu Sahl dan Suhail. Keduanya ialah anak Amr dan berada dalam asuhan Muaz bin Afra’.

Tapak kepada tanah ini merupakan sebuah tanah tempat pengeringan kurma. Ketika unta tersebut tiba di tanah itu, unta Baginda Nabi SAW pun duduk. Nabi SAW kemudiannya bertanya tentang tanah ini dan penduduk Madinah menyatakan bahawa tanah ini merupakan miliknya dua anak yatim dari golongan Ansar.

Sahl dan Suhail dengan hati yang gembira menawarkan tanah ini kepada baginda Nabi SAW dengan percuma.

Namun, Rasulullah SAW menolak pemberian ini dengan keras dan Baginda SAW kemudiannya membayar tanah ini kepada anak yatim tersebut dengan nilai 10 Dinar emas.

Sebenarnya, Rasulullah SAW boleh sahaja mendapatkan tanah ini dengan percuma tetapi inilah cerminan Akhlak Rasulullah SAW dalam kepimpinan dan kebajikan. Baginda boleh sahaja mendapatkan tanah ini secara percuma tetapi baginda memilih untuk membayarnya demi Umat Islam dan seterusnya menjadi tauladan kepada umat Islam bahawa untuk membina asas keagamaan mestilah melalui jalan yang betul dan bukan melalui jalan yang salah seperti perampasan secara paksa.

Tindakan baginda Nabi SAW ini juga menjadi penghujahan kepada seluruh manusia bahawa sebarang tindakan perampasan tanah secara haram adalah tidak dibenarkan dalam Agama meskipun untuk tujuan beragama sekalipun.

Usai urusan pembelian tanah ini, baginda SAW kemudiannya membangunkan masjid ini bersama sama dengan umat Islam di Madinah. Bahkan, baginda SAW sendiri yang mengangkat batu bata bagi membangunkan masjid ini. Dalam ketika baginda SAW membangunkan masjid ini, baginda SAW berdoa:

اللَّهُمَّ لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَهْ . فَاغْفِرْ لِلْأَنْصَارِ وَالْمُهَاجِرَهْ
“Ya Allah! Tiada hidup kecuali kehidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajiran.”
Para sahabat juga turut serta dalam pembangunan masjid yang mulia ini dan mereka bersyair,
لَئِنْ قَعَدْنَا وَالنَّبِيُّ يَعْمَل
“Kalau kami duduk berehat sedangkan Nabi bekerja
لِذَاكَ مِنَّا العَمَلُ المضَلَّلYang demikian tindakan kami adalah perbuatan yang sesat”

Akhirnya, masjid ini kemudiannya siap melalui kerjasama antara umat Islam dan dari terbinanya masjid ini berdirilah asas negara Islam yang menjadi contoh kepada umat Islam sehingga kini. Masjid ini telah menjadi pusat segalanya bagi umat Islam di Madinah.

Di sinilah Rasulullah SAW membincangkan strategi perang bagi menghadapi pasukan Kafir Quraish di medan Uhud, di sini juga baginda SAW membincangkan dasar dasar ekonomi dan sosial negara Islam Madinah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.