Bagi mana-mana bandar besar yang penting, baik di zaman silam mahupun moden, titik pertahanan merupakan perkara yang amat dititikberatkan. Hal ini tidak terkecuali bagi kota Konstantinople (kini Istanbul) yang merupakan salah sebuah kota teragung dunia yang sejak sekian lama berperanan sebagai pusat tamadun barat.
Konstantinopel memegang kedudukan sebagai ibu kota empayar selama hampir enam belas abad lamanya dan sepanjang tempoh tersebut, ia menjadi panggung bagi pelbagai peristiwa agung yang berlaku dalam sejarah manusia.
Akan tetapi, bagaimana kota yang sebegini penting mampu menggagahi zaman tanpa pernah tumbang? Rahsianya terletak pada kedudukan strategik yang dimiliki oleh Konstantinpel itu sendiri, di mana satu-satunya ruang yang boleh dimanfaatkan oleh musuh hanyalah sempadan laut sahaja.
Walau bagaimanapun, titik lemah ini diatasi oleh Konstantinopel dengan meletakkan rantai besi gergasi di Tanduk Emas bagi tujuan menghalang kemasukan kapal-kapal musuh. Rantai besi gergasi yang menjadi tajuk perkongsian kali ini berhasil melindungi Konstantinopel dari pencerobohan demi pencerobohan oleh pihak luar, sehinggalah pada akhirnya ia tumbang jua di tangan Uthmaniyah pada tahun 1453 M.
TANDUK EMAS KONSTANTINOPEL: KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
Pertempuran laut dan teknologi ketenteraan laut sejak sekian lama menyaksikan berlakunya pembaharuan demi pembaharuan dalam aspek persenjataan mahupun strategi. Dalam dunia klasik, kewujudan armada yang ampuh kebiasaannya memberikan kelebihan yang penting buat sesebuah empayar.
Hal ini kerana ia membolehkan sesebuah kota atau empayar itu melakukan kepungan dan sekatan dari laut, di samping melakukan s3r4ngan-s3r4ngan berjarak jauh. Bagi Konstantinopel, s3r4ngan sedemikian boleh menghadirkan mimpi ngeri buat pemerintah mahupun warga kotanya lantaran ia berada hampir dengan Tanduk Emas.
Tandun Emas, atau masyarakat Yunani memanggilnya sebagai Chrysokeras, merupakan sebuah muara yang mempertemukan antara Selat Bosforus dan Laut Marmara. Ia berukuran 7.5 km (4.66 batu) panjang, dan 750 meter (2,460 kaki) lebar di titiknya yang paling lebar. Kedalaman maksimumnya pula adalah 35 meter (115 kaki). Tanduk Emas membentuk sebuah pelabuhan dan penampan semula jadi yang banyak berjasa dalam mempertahankan kota Konstantinopel dari s3r4ngan-s3r4ngan musuh.
Tanduk Emas sememangnya kaya dengan sejarah bahkan sejak sebelum kemunculan Byzantium dan Konstantinopel lagi. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa Tanduk Emas sudah pun menjadi laluan perairan yang sibuk seawal tahun 6700 SM, di mana banyak petempatan purba ditemui di sekitarnya. Bagaimanapun, ia hanya mengalami perkembangan pesat sekitar kurun ke-7 SM.
Pada tahun 2008, sewaktu kerja-kerja pembinaan terowong Marmary dan stesen bawah tanah Yenikapi sedang dijalankan, ahli-ahli arkeologi menjumpai sebuah petempatan dan tapak perkuburan Neolitik yang menganjakkan lagi usia kota itu hingga ke tahun 6500 SM. Namun sekali lagi, Tanduk Emas hanya mengecapi kedudukan sebagai laluan perairan yang pesat pada kurun ke-7 SM. Sebahagian sejarahwan berpendapat ‘Emas’ pada nama Tanduk Emas itu merujuk kepada kekayaan melimpah-ruah yang ia curahkan buat kota-kota di kawasan sekitar sebagai hasil kedudukannya yang strategik.
RANTAI BESI GERGASI KONSTANTINOPEL
Walau bagaimanapun, sebagaimana yang diperlihatkan oleh sejarah, Tanduk Emas bukan hanya digunakan untuk tujuan perdagangan. Akan tetapi, ia juga merupakan titik lemah Konstantinopel yang sentiasa terdedah kepada ancaman musuh. Andai ia tidak ditangani, perairan tersebut dengan mudah akan dapat dikuasai oleh armada musuh sekaligus meny3r4ng bahagian belakang kota yang terdedah.
Untuk menghalang keadaan ini berlaku, Byzantine mengamalkan satu kaedah pertahanan dengan meletakkan rantai besi gergasi di laluan masuk ke Tanduk Emas bagi menghalang kemasukan kapal-kapal musuh. Rantai ini boleh digulung dan ditegangkan pada masa-masa tertentu. Ia direntangkan dari Menara Eugenius hingga ke Menara Besar (Megalos Pyrgos) yang terletak di seberang.
Pada waktu itu, pembuatan rantai yang sedemikian besar dan kukuh dianggap sebagai satu pekerjaan yang mencabar dan pencapaian kejuruteraan yang ulung. Rantai besi gergasi Konstantinopel diperbuat daripada ratusan mata rantai besi. Jika ia direnggangkan sepenuhnya, rantau tersebut boleh mencapai ukuran panjang 750 meter (0.46 batu).
Sehingga kini, berlaku perdebatan hangat dalam membicarakan berat dan ukuran sebenar setiap mata rantai. Sebahagian rantai besi yang terselamat mempunyai mata-mata rantai yang beratnya mencecah antara 12 hingga 15 kg (26-33 paun). Setiap satunya berukuran 50 cm (20 inci) panjang dan 5 cm (2 inci) tebal.
Memerincikan tentang rantai besi gergasi ini, George Sphrantzes, seorang sejarahwan Byzantine yang menyaksikan peristiwa Kejatuhan Konstantinopel mencatatkan, “… rantai tersebut sangat berat… maharaja memerintahkan agar rantai besi gergasi itu diletakkan di pintu masuk pelabuhan.”
Sambil itu, ada juga sumber lain yang mendakwa setiap mata rantai yang membentuk rantai besi tersebut berukuran 1 meter (3.2 kaki) panjang. Walaupun umum berpandangan bahawa berat sebenar setiap mata rantai itu adalah lebih setengah tan (kira-kira 1102 paun), ia masih belum dibuktikan.
Semasa rantai besi tersebut tidak digunakan, ia digulung sehingga membentuk 9 lengkung katenari. Katenari adalah lengkungan yang terbentuk akibat berat rantai itu sendiri. Lendutan-lendutan tersebut terhasil daripada kehadiran 10 titik yang menyokong rantai besi tersebut: dua di menara (Menara Eugenius dan) Menara Besar, dan lapan yang lain di ponton-ponton berbentuk pyramid yang terletak di sepanjang Tanjung Emas.
Ponton-ponton tersebut diperbuat daripada batang pokok yang diikat menggunakan plat-plat besi. Tapak setiap ponton ini berukuran 20 x 15 meter (65 x 49 kaki). Di kedua-dua buah menara itu pula, rantai besi gergasi ini dikendalikan menerusi sebuah sistem roda dan takal yang kompleks.
ARMADA UMAYYAH CUBA MELEPASI HALANGAN RANTAI BESI KONSTANTINOPEL
Berkurun-kurun sebelum berlakunya peristiwa Kejatuhan Konstantinopel, rantai besi gergasi ini terbukti sebagai antara elemen pertahanan terpenting di Mediterranean. Pada tempoh 717 dan 718 Masehi, tentera Arab-Muslim dari Kekhalifahan Umayyah melancarkan s3r4ngan ke atas Konstantinopel.
Armada yang besar ini sememangnya memberikan ancaman terhadap kedudukan Byzantine yang ketika itu diperintah oleh Maharaja Leo III. Bagaimanapun, beliau mempunyai helah yang tersendiri bagi mengalahkan armada tersebut dan tentunya, rantai besi Konstantinopel memainkan peranan yang cukup penting dalam perancangannya tersebut.
Sekitar tanggal 3 September 717 M, armada Arab memasuki serokan (inlet) Tanduk Emas tanpa menerima sebarang penentangan memandangkan rantai besi gergasi Konstantinopel ketika itu telah pun digulung sesuai dengan muslihat Leo III.
Sebaik sahaja mereka memasuki radius pertahanan kota, tiupan angin dan arus air menarik kapal-kapal Umayyah menghampiri tembok kota. Pada saat-saat itulah Leo memerintahkan supaya rantai besi dinaikkan dan s3r4ngan Api Yunani dilancarkan.
Akibat dis3r4ng secara mengejut tanpa dapat melarikan diri, pasukan tentera Arab tidak lagi mempunyai pilihan. Ramai dalam kalangan mereka terbakar dek Api Yunani dan ada pula yang lemas di Tanduk Emas bersama kapal-kapal yang tenggelam. Sementara itu, kapal-kapal yang terselamat dari jilatan Api Yunani pula cuba untuk mengundurkan diri. Namun, rantai besi gergasi menghalang pergerakan mereka sekaligus meninggalkan kapal-kapal itu dengan hanya satu pilihan; iaitu dimamah lautan api.
Bagi peminat sastera fantasi moden, mereka tentunya akan menyedari persamaan antara peristiwa bersejarah ini dengan novel-novel masyhur, A Song of Ice and Fire. Sememangnya, pengarang karya tersebut, George R.R. Martin, mengambil inspirasi daripada pertahanan kota Konstantinopel dalam menghasilkan babak pertempuran fiksyen beliau, ‘Pertempuran Teluk Blackwater’.
Dalam babak tersebut, King Stannis Baratheon menghantar seluruh armadanya memasuki serokan sempit Teluk Blackwater. Namun sebaik sahaja ia berada hampir dengan tembok kota, armada tersebut dimusnahkan oleh senjata pembakar sama seperti Api Yunani. Mengikuti skrip yang sama, armada yang sedang dijilat api itu juga tidak dapat berundur dek dihalang oleh rantai besi gergasi yang dicipta khusus oleh Tyrion Lannister.
MELEPASI RANTAI BESI GERGASI KONSTANTINOPEL
Bagi musuh-musuh Empayar Byzantine, rantai besi gergasi Konstantinopel merupakan antara halangan utama bagi mereka. Sejarah menyaksikan betapa rantai besi ini berkali-kali menggagalkan cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menakluki Konstantinopel. Bagaimanapun, berlaku juga keadaan di mana rantai besi ini seolah-olah tiada fungsi.
Sekitar tahun 940an, Igor dari Kievan Rus melancarkan s3r4ngan besar-besaran ke atas Konstantinopel. Dalam s3r4ngan tersebut, beliau menumpahkan sepenuh kekuatan pada armada p3r4ngnya dan sememangnya, warga Rus berdarah Viking unggul sebagai pahlawan-pahlawan laut yang handal. Apa yang menarik dalam kempen ini, Igor tidak membawa armadanya mengharungi lautan dan bertembung dengan halangan rantai besi gergasi. Sebaliknya, beliau memindahkan kapal-kapal p3r4ngnya melalui jalan darat.
Memindahkan kapal dengan cara sebegini (disebut sebagai portaging) merupakan taktikal p3r4ng yang lazim digunakan oleh Rus; di mana mereka akan menarik kapal-kapal p3r4ng di atas batang-batang pokok yang disusun di atas daratan.
Taktikal ini bertujuan menghindari laluan-laluan laut yang berbahaya atau bagi melakukan s3r4ngan ke atas musuh secara mengejut. Dalam kempen kali ini, taktikal tersebut berjaya memberikan kelebihan yang besar buat Igor apabila beliau berjaya menghindari rintangan rantai besi gergasi Konstantinopel.
Namun malangnya, Igor tidak berjaya menakluki Konstantinopel. Armadanya yang besar itu kalah teruk di tangan kapal-kapal kecil milik Byzantine yang sengaja dibakar lalu menghentam pihak musuh tepat di bahagian paling sempit di Tanduk Emas. Sejak mengalami kekalahan pahit tersebut, Igor tidak pernah lagi bangkit.
Sementara itu, sewaktu penaklukan Konstantinopel oleh Uthmaniyah pada tahun 1453 M, rantai gergasi sempat memainkan peranan yang penting di mana ia dengan jayanya menyekat kemaraan armada p3r4ng Uthmaniyah yang dihantar oleh Sultan Mehmet II. Hentaman demi hentaman yang cuba dilakukan oleh kapal-kapal Turki itu tidak mampu mengapa-apakan rantai tersebut.
Sebaliknya, mereka pula yang menjadi mangsa bedilan pasukan pertahanan Konstantinopel yang dilancarkan dari tiga arah. Setelah berkali-kali cubaan untuk melepasi sekatan rantai itu gagal, Sultan Mehmet II mengambil pendekatan lain di mana pada tempoh antara 21 dan 22 April 1453 M, tujuh puluh buah kapal p3r4ng Uthmaniyah dipindahkan melalui jalan darat sekaligus melepasi sekatan rantai besi Konstantinopel. Taktikal ini memberi impak yang besar sehingga mengakibatkan kota agung itu tumbang jua pada tanggal 29 Mei 1453 M.
KONSTANTINOPEL – KEJATUHAN BAGI BARAT, PEMBUKAAN BAGI TIMUR
Konstantinopel dianggap sebagai permata bagi Tamadun Barat dan sejak sekian lama, ia merupakan antara kota teragung di dunia, justeru mempertahankannya bukanlah suatu kerja yang mudah.
Barisan panglima dan juruteranya perlu sentiasa mengerah tenaga dan memerah idea baru bagi melindunginya, dan sebagai hasil, lahirlah rantai besi gergasi Konstantinopel yang merentangi Tanduk Emas sebagai sebuah elemen pertahanan ampuh yang gagah mengharungi s3r4ngan demi s3r4ngan merentas kurun.
Namun, rantai besi gergasi ini masih belum memadai tatkala Konstantinopel dihadapkan dengan gempuran Uthmaniyah yang datang dari segenap arah sederap kudrah.
TERJEMAHAN:
Aleksa Vuckovic. (26 September 2020). Great Chain of the Golden Horn: Constantinople’s Impenetrable Barrier. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/constantinoples-great-chain-0014317
—-
Kalau anda berminat membaca sejarah berkaitan dengan Uthmaniyyah, kami nak cadangkan anda membeli buku terbaru keluaran kami iaitu Uthmaniyyah Di Hujung Jari yang diterbitkan bersama dengan kombo Soviet Di Hujung Jari. Beli kombo di sini (<–klik untuk membeli) dapat harga pos percuma!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih