Deepsea Challenger ialah sebuah kapal selam yang dibina Archeron Project untuk satu tujuan. Ia mesti boleh tenggelam ke dasar laut paling dalam, iaitu Challenger Deep.

Terletak berhampiran sebuah kepulauan, Jurang Mariana ialah sebuah lokasi di Lautan Pasifik yang mempunyai sebuah lekukan dasar laut bagaikan parit.

Jurang Mariana yang berbentuk sabit.

Di Mariana, lekukan ini dijangka mempunyai kedalaman antara 10,984 meter hingga 11,034 meter.

Jelas sekali Gunung Everest pun berkurangan dua kilometer – jadi andainya dipindahkan ke sini, puncak gunung ini mempunyai dua kilometer air di atasnya.

Memahami perbandingan Everest, Mariana dan Challenger.

Di dasar Challenger Deep, semuanya berlainan. Tekanan di dalam dasar ini ialah lapan tan bagi setiap inci. Cahaya Matahari pula terhad antara 200 hingga 1,000 meter dalam air.

Jadi ketiadaan cahaya di kawasan ini bermakna suhu Challenger Deep berada antara -1ºC hingga 4ºC (Fox-Skelly, 2015).

Memang dangkal untuk membandingkan tek4n4n dan suhu Challenger Deep dengan tahap tertinggi boleh seorang manusia harungi.

Senang kata, seorang manusia sekalipun dibekalkan oksigen secukupnya dan ditenggelamkan akan ‘hilang’ sebelum sampai di Challenger Deep.

Tetapi ini tidak bermakna laut dalam tiada kehidupan langsung. Deepsea Challenger bantu merungkaikan misteri yang tersembunyi di Challenger Deep.

Salah seorang pernah memandu kapal selam ini ialah James Cameron, seorang pengarah yang membuat Titanic dan Avatar.

Cameron yang merupakan penggiat laut.

Selepas tujuh tahun dalam perancangan, Cameron akhirnya tiba di titik lautan paling dalam (Broad, 2012).

Sebenarnya sebelum Deepsea Challenger dan James Cameron lagi, Challenger Deep dikenalpasti mempunyai kehidupan.

Ekspedisi pada tahun 1960 mendedahkan kehidupan di dasar laut ini ialah ikan flatfish bersaiz 12 inci dan udang.

Ikan flatfish yang sememangnya begitu (bukan berenang secara sisi).

Tetapi ekspedisi-ekspedisi susulan mempertikaikan kewujudan flatfish di dasar ini, kerana kekangan teknologi mungkin mencetuskan kekeliruan.

Terutamanya ekspedisi dibuat Cameron, yang mendapati banyak spesis gamat di Challenger Deep (Sample, 2011).

Gambar hiasan – gamat.

Pihak Jepun berasa ingin tahu tentang komposisi tanah di dasar laut ini. Jadi mereka menggunakan kapal selam Kaikö untuk mengumpulkan sampel lumpur yang mempunyai organisme-organisme halus tersendiri (Woods, 2009). Antara organisme tersebut ialah amoeba yang serba besar.

Purata saiz amoeba sukar dilihat dengan mata kasar pun, berkemungkinan paling besar dalam 1 milimeter. Tetapi di Jurang Mariana yang besar, amoeba boleh tumbuh sebesar empat inci pun (Live Science, 2011).

Amoeba dasar laut.

Inilah kecenderungan yang digelar “deep sea gigantism” dimana haiwan di dasar laut dalam ini jauh lebih besar daripada jenis sama di darat (atau laut biasa).

Sotong misalnya kecil di laut biasa. Tetapi realiti di laut dalam memang berlainan, kerana ada saja sotong bersaiz sembilan meter pun tetapi tersembunyi di sebalik suhu dan tek4n4n tinggi ini.

Tiada beza pun dengan Challenger Deep yang kaya dari segi mikroorganisme, tersembunyi di sebalik batu (Choi, 2013).

Merata-rata tempat ada mikroorganisme, yang berkemampuan untuk hidup meskipun dalam keadaan serba sukar. Tetapi dunia ini masih lagi boleh disentuh manusia.

Ada pihak mencadangkan untuk buat Jurang Mariana sebagai lokasi pelvpvsan nuklear pun – tetapi masih haram di sisi undang-undang antarabangsa.

Gambar Tambahan:

Blobfish di dasar laut… dan blobfish setelah dikeluarkan (ker0s4kan tisu).
Pandangan sisi blobfish.

RUJUKAN:

Broad, W.J. (2012, Mac 25). Filmmaker in Submarine Voyages to Bottom of Sea. The New York Times.

Choi, C.Q. (2013, Mac 17). Microbes Thrive in Deepest Spot on Earth. Live Science.

Fox-Skelly, J. (215, Januari 29). What does it take to live at the bottom of the ocean? BBC.

Live Science. (2011, Oktober 21). Giant Amoebas Discovered in Deepest Ocean Trench.

Sample, I. (2011, Januari 18). James Cameron dives deep for Avatar. The Guardian.

Woods, M. (2009). Seven Natural Wonders of the Arctic, Antarctica and the Oceans. Twenty-First Century Books. Halaman 13.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.