“Sisa daging pada ketiga-tiga rangka m4yat telah reput sepenuhnya, tetapi tulangnya kekal utuh, dan dalam ketiga-tiga kes, rambut masing-masing masih lembut dan berkilau.” Kata-kata ini adalah dari laporan rasmi pertama yang diterbitkan oleh ahli arkeologi China mengenai kerja-kerja ekskavasi di tapak Pemakaman Dingling di Beijing antara tahun 1956 dan 1957.

Laporan yang diterbitkan pada tahun 1958 itu memetik penemuan “barang perhiasan seperti emas dan batu jed yang tidak terkira banyaknya, dan ratusan gulungan kain sutera” — harta peninggalan Dinasti Ming yang cukup besar untuk menggemparkan dunia arkeologi luar dari China, dan membakar imaginasi mereka yang sudah lama tertarik minat terhadap penghuni di dalam kvbur tersebut, iaitu Maharaja Wanli, maharaja Dinasti Ming yang paling lama memerintah.

Pada tahun 1572, setelah kem4tian Maharaja Longqing, Zhu Yijun yang baru berusia 10 tahun menaiki takhta sebagai maharaja ke-14 Dinasti Ming. Wanli adalah nama gelaran takhtanya, yang mencerminkan maksud ‘keabadian’, sesuatu yang sering diimpikan oleh setiap pemerintah China untuk dirinya dan empayarnya semenjak era Qin Shi Huang Di mendirikan Dinasti Qin lagi.

Di atas takhta, maharaja yang masih remaja itu akan membesar menjadi seorang pemuda dengan keinginan untuk berkuasa mutlak tetapi cita-citanya agak terhad dan terhalang, dengan kewujudan seorang setiausaha penasihat agung yang sangat berkuasa, Zhang Juzheng.

Pada asalnya, Zhang Juzheng juga merupakan guru kepada maharaja Wanli yang sangat tegas. Sebagai remaja, Maharaja Wanli juga memiliki sifat anak muda yang lebih suka berseronok, tidak serius, dan ini kadang kala menyebabkan Zhang cepat naik marah. Ini menyebabkan Wanli sangat takut hingga berdendam kepada Zhang.

Ketika Maharaja Wanli masih lagi seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Zhang Juzheng telah dilantik sebagai Menteri negara yang dipimpinnya sendiri. Di bawah arahan Zhang Juzheng, maharaja Wanli perlu belajar membaca dengan tekun hingga mencapai kemajuan akademik.

Zhang Juzheng bukan sekadar berperanan mendidik maharaja, beliau juga bertindak sebagai penguasa de facto Dinasti Ming. Zhang memiliki kemampuan untuk memerintah hanya berdasarkan dedikasi politiknya. Namun, satu-satunya perkara buruk yang gagal diukur dan dijangka olehnya adalah tahap kebencian Maharaja Wanli terhadap gaya pentadbirannya yang diktator.

Zhang meninggal pada tahun 1582, setelah satu dekad tempoh pemerintahan Wanli. Maharaja Wanli sanggup menunggu selama dua tahun sebelum melunaskan dendamnya terhadap tempat persemadian Zhang, selepas kem4tian Zhang, musuh-musuh politiknya segera menyebarkan dakwaan salah laku Zhang semasa hidup, antaranya adalah rasuah, menggelapkan harta haram, serta bermain politik berpaksi.

Rentetan tuduhan-tuduhan ini, dengan segera Maharaja Wanli memerintahkan agar ahli keluarganya dihukum m4ti, segala harta dan aset keluarga Zhang dirampas hingga ramai ahli keluarganya yang lain m4ti kelaparan, dan anak sulung Zhang m4ti kerana membvnuh diri.

Zhang sendiri turut ‘didakwa dan dijatuhkan hukuman m4ti’ walaupun dia memang sudah m4ti, ia dilaksanakan atas alasan melakukan perbuatan jenayah di atas tanah kerajaan, mengugut dan menakut-nakutkan sesama pegawai dan memonopoli kuasa, lalu dia dilucutkan kesemua gelaran kehormatannya.  .

Walaupun dengan semua tuduhan ini terhadap Zhang, berkat serangkaian reformasi yang dia mulakan dan dilaksanakan melalui cara pentadbiran kuku besi ternyata telah berjaya meningkatkan kekuatan ketenteraan negara Ming dan menambahkan kekayaan kerajaan.

Sekiranya Wanli menyangkakan dengan berfantasi bahawa setelah kem4tian Zhang sebagai dianggap sebagai kem4tian seorang musuh negara yang akhirnya menandakan dia telah memperoleh kuasa mutlak untuk memerintah dengan bebas, tidak lama lagi dia akan menyedari betapa besarnya kesilapan percaturannya sendiri.

Isu Pewarisan

Masalah yang berlanjutan sepanjang tempoh pemerintahannya banyak tertumpu kepada isu memilih pewaris takhtanya, putera mahkota. Sementara pilihan peribadi maharaja sendiri adalah putera ketiganya, golongan biroktat istana dan ibunya berpihak kepada anak sulungnya. Pergelutan politik ini berlanjutan selama hampir 30 tahun dan hasilnya amat sia-sia akibat sikap Maharaja Wanli sendiri.

Maharaja Wanli bertindak melakukan tindakan protes terhadap keluarganya, para menteri dan birokrat istana, dengan menolak untuk menghadiri persidangan harian di istana bersama para menterinya. Tetapi usahanya tetap sia-sia.

Pada tahun 1601, Changluo dipilih sebagai putera mahkota. Tetapi hanya pada tahun 1614, enam tahun sebelum kem4tian Wanli, Maharaja akhirnya memerintahkan agar putera ketiga yang disayanginya keluar dari Beijing, ibu kota Ming, ke wilayah lain yang berjarak ribuan kilometer untuk menjadi pentabdir wilayah itu, namun sudah tentu perintahnya itu bukanlah kehendak dirinya sendiri. Ia hanyalah plot birokrat istana untuk menghilangkan ancaman pember0ntakan.

Sejauh manakah hikayat ini, yang berlangsung selama hampir tiga dekad, mempengaruhi Maharaja Wanli?  Tidak ada sesiapa pun yang tahu, tetapi tindakan protes oleh maharaja mula berubah menjadi satu perkara kebiasaan.

Selama hampir 30 tahun sebelum dia meninggal dunia, Wanli menikmati kehidupan yang tenang dan berseronok bersama dengan ramai gundik istananya di Kota Terlarang, kediaman Maharaja yang besar bagi maharaja China dari awal abad ke-15. Dari pusat kekuasaan ini, dia memerintah negaranya yang luas hanya dengan dekri atau memberikan balasan bertulis kepada segala urusan negeri yang dikemukakan oleh menterinya untuk dipertimbangkan.

Maharaja Wanli sudah pastinya lemah dan memiliki kelalaian di dalam banyak hal, dengan sekurang-kurangnya hanya satu pengecualian: membina tempat persemadian terakhirnya.

Pembinaan ruang Pemakaman Dingling bermula pada tahun 1584 ketika dia baru berusia 22 tahun dan selepas dua tahun setelah kem4tian Zhang Juzheng, gurunya yang tegas. Zhang yang juga terkenal dengan sikap waspada dalam menentukan sesuatu perkara, mungkin akan membantah idea melaksanakan projek Makam Dingling itu jika dia masih hidup.

Ternyata, projek itu berjalan selama enam tahun, dengan jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan cukai negeri selama dua tahun berturut-turut. Makam, seluas 182,000 meter persegi, dirancang secara simetri.

Di sepanjang paksi tengah boleh ditemui laluan pintu masuk ke ruang makam yang besar yang merangkumi tiga halaman, menara batu dan akhirnya gundukan perkvburan di mana terletaknya ruang rahsia yang menyimpan tubuh Maharaja yang tidak bernyawa dan hanya tinggal rangka. Setiap monumen binaan disitu diletakkan menghadap ke arah tenggara.

Apa yang melindungi segala isi dalamannya adalah tembok luar yang sejak sekian lama menjadi asas sudah mula runtuh. Walaupun dengan kehendak seorang maharaja, makam besar itu tidak terlepas dari rosak ditelan masa.

Hu Hansheng, sejarawan yang berkepakaran khusus dalam kajian tentang Makam Diraja Ming mengatakan kerosakan berskala besar pertama kali menimpa makam diraja adalah pada tahun 1644, ketika sebuah pasukan tentera yang dipimpin oleh ketua pember0ntakan petani, Li Zicheng memasuki Beijing.

Belum sempat istana kayu makam dij4rah dan dibakar, Maharaja Chongzhen, maharaja terakhir Dinasti Ming, telah membvnuh diri dengan mengg4ntung dirinya di sebatang pokok dalam taman diraja.

“Ia berlaku pada 54 tahun setelah makam Dingling siap dibina dan 24 tahun setelah kem4tian Maharaja Wanli.”

Namun pemimpin pember0ntak Li Zicheng gagal merampas kuasa dan tampuk pemerintahan. Bangsa Manchu, kaum nomad dari timur laut China, telah mengalahkan pasukan tenteranya tidak lama kemudian sebelum menjajah bangsa Han dengan menubuhkan Dinasti Qing (1644-1911), dinasti feudal terakhir China, maka Dinasti Ming boleh dianggap sebagai dinasti feudal terakhir bangsa Han.

Walaupun agak bertentangan dengan kepercayaan umum, pemerintah Dinasti Qing dikatakan seringkali menunjukkan kepekaan nilai sensitiviti yang tinggi apabila melibatkan soal kerajaan pendahulu mereka, Dinasti Ming. Menurut Hu Hansheng, makam-makam nenek moyang keluarga diraja pemerintah Ming yang dimusnahkan pada tahun 1644 telah dibina kembali, walaupun pada skala yang kecil.

Apabila tiba waktunya Dinasti Qing sendiri pula digulingkan oleh revolusi pada dua setengah abad kemudian, Makam Dingling sekali lagi menjadi mangsa pencabulan nilai manusiawi dan menjadi sasaran penj4rahan terutamanya selepas Parti Komunis China menjatuhkan dan menghalau kerajaan Republik China ke Taiwan sebelum komunis menubuhkan Republik Rakyat China.

Hari ini satu-satunya struktur tanah yang dapat ditelusuri sejak abad ke-16 dan sebahagian besarnya tetap utuh adalah menara batu yang melindungi kawasan kvburan di belakangnya.  (Semua binaan dan patung kayu yang dahulu diletakkan di dalam halaman sudah hilang, satu-satunya sisa yang masih ada ialah tiang asas.

Bahkan menara batu juga sedang ‘ditelan’ oleh alam semulajadi mengikut peredaran masa. Pokok-pokok telah berakar di antara bongkah batu yang membentuk dinding dan memanjangkan batang dan rantingnya hampir mendatar, selari dengan tanah.

Namun, sekujur tubuh tanpa nyawa yang berada di bawah tanah iaitu jenazah Maharaja Wanli sendiri sudah ‘tidak peduli’ dengan apa yang berlaku di dunia kehidupan ini.

Sehinggalah memasuki tahun 1956, apabila segala kacau bilau terutamanya per4ng saudara yang paling teruk dalam sejarah China kontemporari kian reda. Pada bulan Mei tahun itu, kerja-kerja ekskavasi dan menggali Makam Dingling bermula. Setahun kemudian pasukan ekskavasi memasuki ruang makam Maharaja Wanli dan keranda miliknya dan dua permaisuri dibuka.

Tidak lama kemudian tercetus satu kempen sosial “Revolusi Budaya”, gerakan politik yang berpusat pada ideologi Komunisme dari sekte Maoisme yang bermula dari tahun 1966 hingga 1976. Ketika itu sangat ramai ahli sejarah dan ahli arkeologi terkenal yang terlibat dalam kerja-kerja ekskavasi Makam Dingling telah dianiaya, bahkan ada yang terbvnuh.

Ternyata, seorang Maharaja yang sudah lama m4ti, juga tidak kebal dari pergolakan zaman moden ini. Pada tahun 1966, pasukan Pengawal Merah yang ditubuhkan sebagai menyahut seruan Parti Komunis China untuk melaksanakan Revolusi Budaya telah menceroboh Makam Dingling. rangka m4yat Maharaja Wanli bersama dengan permaisurinya, digali dan dibawa keluar dari lubang perkvburan masing-masing sebelum akhirnya dibakar menjadi abu selepas beberapa keping foto rangkanya dirakam.

Kemudian, orang ramai mula bercakap mengenai hujan lebat yang berlaku pada hari sisa m4yat Maharaja Wanli dibakar. Tetapi bagi Yang Shi, isteri Zhao Qichang, anggota utama pasukan ekskavasi, mereka yang berbincang mengenai kejadian seperti itu percaya bahawa itu adalah petanda kemarahan maharaja yang dibayangkan secara imaginasi dan bukan berdasarkan realiti.

Ini kerana realitinya adalah: “Beberapa tahun selepas itu, suami saya dan beberapa lagi yang lain kembali ke lokasi di mana pembakaran itu berlaku bagi mencari sebarang sisa cebisan yang mungkin ditinggalkan dari m4yat Maharaja Wanli, tetapi kami gagal.”

Ketika Maharaja Wanli pertama kali memutuskan untuk membina sebuah kompleks pemakaman yang besar dan teragung untuk dirinya sendiri, dia meminta pendapat dari ketua-ketua pegawai di istana. Salah seorang darinya menjawab: “Dengan Makam Zhaoling yang jaraknya tidak jauh, mungkin tidak sopan untuk membina sesuatu yang lebih agung daripada itu.”

Zhaoling adalah kompleks pemakaman yang menempatkan bapa Maharaja Wanli, iaitu Maharaja Longqing, yang hanya mampu menduduki takhta selama lima tahun sebelum meninggal dunia.

Tetapi Wanli enggan menerima pendapat itu.  Apa yang bermain difikirannya adalah makam datuknya, Maharaja Jiajing yang dibina dengan amat megah. Maharaja Jiajing memerintah selama 44 tahun, empat tahun kurang berbanding Wanli.

Namun perbandingan itu tidak berakhir di situ sahaja, kedua-dua maharaja ini terkenal kerana mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah , ditambah dengan gaya hidup mewah berlebihan yang menunjukkan kedua-duanya telah mengikut jalan yang kecewa dan bakal memusnahkan diri sendiri.

Yang Shi mengatakan gaya hidup Maharaja Wanli yang seolah-olah kecewa terhadap kehidupan telah menyebabkan Wu Han, seorang sejarawan terkemuka di sebalik tabir projek ekskavasi itu, meminta dilakukan pemeriksaan secara saintifik terhadap sisa rangka Maharaja untuk mengenalpasti apakah dia pernah dijangkiti penyakit kelamin, namun ia tidak pernah dilakukan.

Pembela Wanli selalu berhujah bahawa Maharaja, walaupun dengan semua sikap yang menyakitkan hati, suka merajuk dan protes, namun Wanli adalah seorang lelaki yang genius dalam ilmu ketenteraan. Antara tahun 1592 dan 1598, dia mengirim angkatan tenteranya ke Korea, untuk melindungi kerajaan yang bernaung di bawah empayarnya itu dari ser4ngan Jepun di bawah perintah Toyotomi Hideyoshi.

Kemenangan tentera Ming bukan sahaja menyelamatkan Korea, tetapi juga menyumbang kepada kejatuhan pemerintahan Toyotomi, 17 tahun setelah kem4tian Toyotomi Hideyoshi. Wanli dipercayai secara peribadi mengarahkan kempen, dengan mengeluarkan titah dan dekri maharaja, dan sudah tentu dia memerintah jauh dari dalam istana di Kota Larangan.

Namun, penyelamat maharaja, yang sepatutnya dianggap sebagai wira, telah lama dipersalahkan atas kecelaruan empayarnya sendiri. Nampaknya pemerintahannya yang panjang dan penuh dengan kelalaian telah memakan habis semua tenaga terakhir yang ditinggalkan hasil dari pemerintahan keturunannya lebih dari 200 tahun sebelum itu.

Menurut arkib sejarah rasmi Ming, oleh kerana situasi yang kacau bilau setelah kem4tiannya pada tahun 1620, keranda Wanli dan permaisuri terpaksa menunggu selama berbulan-bulan sebelum dibawa ke kompleks pemakaman yang telah dibina maharaja itu untuk dirinya tiga dekad sebelumnya.

Ketika pasukan ekskavasi akhirnya memasuki ruang perkvburan bawah tanah itu pada tahun 1957, mereka menemui beberapa kotak/peti kayu pengebumian yang terletak betul-betul di sebelah keranda si m4ti.

Di atasnya terdapat tanda yang ditinggalkan oleh tali yang pernah digunakan oleh pengangkut untuk mengikat dada. Dalam beberapa kes, tongkat kayu yang digunakan untuk dibawa hanya ditinggalkan begitu saja di sana. Ini menandakan upacara pengebumian Maharaja Wanli telah dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Siapa sangka, seorang Maharaja yang memakai gelaran ‘Wanli’ yang membawa kepada cerminan maksud, “kekal” atau “kehidupan abadi”, hari ini abu m4yatnya pun tiada.

RUJUKAN:

Ray Huang. (1981). 1587, a year of no significance: the Ming dynasty in decline


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.