Ruangan nikmat yang selama ini melindungi Dinasti Chakri nampaknya semakin luntur. Jika dahulu, rakyat Thailand hanya bangkit menentang kerajaan sahaja. Kemelut politik sudah disulami dalam jiwa rakyat.

Tetapi sejak Februari 2020, tanpa henti rakyat menyuarakan bantahan bukan sahaja terhadap kerajaan. Benar, rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Thailand.

Kali ini Raja Maha Vajiralongkorn menghadapi sebuah arus yang tidak pernah berlaku sepanjang pemerintahan tujuh dekad bapanya, Bhumibol Adulyadej.

Buat julung kalinya, Thailand yang tidak jemu dengan kemelut politik menghadapi bantahan terhadap sistem beraja dan kerajaan. Semasa berdemonstrasi, rakyat Thailand dilihat menggunakan isyarat agak aneh.

Ditutup jari kelingking dan ibu jari, hanya tiga jari selebihnya ditunjuk dengan tangan tegak di atas.

Isyarat tiga jari ini sepertimana diketahui berasal daripada siri pasca-apokalips Hunger Games, tulisan Suzanne Collins antara 2008 hingga 2010. Siri ini mendapat adaptasi perfileman bermula tahun 2012.

Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth membintangi keempat-empat filem ini. Dari sinilah isyarat tangan ini menjadi popular.

Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) melayangkan isyarat.

Dalam sebuah dunia yang fiksyen Hunger Games, isyarat ini juga digelar “District 12 Gesture” yang digunakan rakyat Thailand sebagai manifestasi penentangan terhadap negara.

Sejak tahun 2014 lagi, rakyat menunjukkan isyarat sedemikian untuk megabsahkan demokrasi, sekali gus mencabar pucuk ket3nt3raan dalam kalangan penguasa kerajaan.

Rejim ket3nt3raan tesebut telah mengambil alih tampuk pemerintahan melalui sebuah r4mp4san kuasa.

Jeneral Prayut Chan-ocha kemudian menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk berfungsi sebagai kerajaan buat sementara dulu. Ucapan-ucapan beliau pun kaya dengan retorik, seperti mengembalikan kebahagiaan rakyat tetapi sebaliknya pula berlaku.

Prayut mengisytiharkan beliau berkuasa untuk menutup media (Bloomberg, 2015). Apabila ditanya cara kerajaan mengendalikan wartawan yang tidak mengikut citarasa kerajaan, beliau dengan selamba (dan jenaka) membalas, “kami mungkin akan menjatuhkan hvkvman m4t1.” (Reuters, 2020).

Malah dasar ekonomi Prayut pun tidak begitu memberangsangkan

Jadi seperti dalam Hunger Games, Isyarat Daerah 12 digunakan sebagai tanda penghargaan dan perpisahan kepada orang tersayang telah bertukar menjadi simbol asas sebuah kebangkitan terhadap penguasa-penguasa mutlak yang dipelihara kuasa ket3nt3raan.

Situasi Hunger Games kelihatan sama seperti Thailand, yang rakyatnya menggunakan Isyarat Daerah 12 untuk menentang kuasa.

Thailand pun dikhabarkan mempunyai pecahan ekonomi tidak adil. Yang kaya semakin kaya; yang miskin kian miskin. Dan para jeneral tanpa henti bertindak mengikut tekak sendiri.

Sejak tahun 2014, rakyat yang pro-demokrasi menggunakan helah bijak untuk memintas larangan berkumpul. Ada yang mengagihkan roti pun dalam sebuah riadah tidak dirancang (perhimpunan). Ada yang membaca novel.

Tetapi Isyarat Daerah 12 yang kekal mewarnai politik domestik Thailand. Walaupun angka positif Covid-19 di Thailand tidak tinggi, balanya masih menghentam ekonomi. Jadi isyarat ini megah melambangkan apa-apa jua kecaman tidak berbunyi terhadap kerajaan.

Tiga jari yang ditunjukkan kerana jurang antara miskin dan kaya. Sangat mengejukan walau bagaimanapun apabila isyarat ini dilayangkan terhadap monarki.

Dulu kala apabila ahli monarki berada di sesuatu tempat, tiada siapa dibenarkan menghampiri kawasan tersebut.

Semua mesti berhenti dan kalau wajib melutut. Sekarang bukan sembah hormat yang menghiasi kesetiaan rakyat.

Kerajaan Thailand perlu berhati-hati dengan isyarat. Dari dulu lagi, isyarat melambangkan kesatuan dan penyatuan.

Bulan bintang menyatukan pembaca syahadah. S4l1b menyatukan penganut-penganut Kristian. Bintang menyatukan kaum Yahudi. Isyarat tangan boleh mengubah segala-galanya.

RUJUKAN:

Bloomberg. (2015, Februari 19). In latest outburst, Thailand’s Prayuth reminds reporters of his powers. The Straits Times.

Reuters. (2020, Mac 25). Thai PM Prayuth warns media, says has power to execute reporters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.