Baba Vanga, nama yang biasa didengar bila kita sebut pasal ramalan. Baba Vanga atau nama sebenarnya Vangeliya Pandeva Gushterova seorang yang buta dan berasal dari Rusia ni dikatakan ada kuasa mistik meramal masa depan.
Tapi kita sebagai Muslim haram nak percaya benda karut marut gini. Ambil tahu dah cukup.
Apa benda yang Baba Vanga ni pernah ramal?
Paling terbaru, dia ramalkan Presiden Rusia Vladimir Putin akan dibunuh tahun depan.
Selain tu, dia jugak buat ramalan yang negara-negara besar akan buat senjata pemusnah dan buat serangan senjata biologi.
Bukan tu je, serangan pengganas pun katanya akan berlaku di Eropah.
Krisis ekonomi besar akan landa dunia. Siap berlaku peralihan kuasa ekonomi dari barat ke timur.
Dan ada beberapa lagi ramalan lain dia yang katanya akan berlaku tahun depan seperti bencana alam luar biasa dan serangan siber yang sasarkan infrastruktur kritikal.
Setakat ni, apa yang si Baba Vanga ni pernah ramal tepat ialah kematian Puteri Diana, kejatuhan Soviet Union, kejadian 9/11 dan Brexit.
Baba Vanga ni dah lama dan meninggal pada 1996. Tapi ramalan dia masih diperkatakan sampai harini.
Ingat, percaya pada ramalan ni ialah dosa besar yang akan membawa kepada khurafat dan mensyirikkan Allah. Jadi, dengar boleh percaya jangan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pernah tak korang terbayang apa jadi kalau korang jumpa seseorang yang kononnya sebagai penyelamat umat dari kiamat. Adakah korang percaya atau tidak?
Nak tau pengakhirannya? Dapatkan The Arrival dengan segera!
Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply