Kalau korang peminat warna ungu, trivia ini khas untuk korang! Ada satu undang-undang ni, rakyat tamadun Rom diharamkan memakai pakaian berwarna ungu, terutamanya jenis ungu Tyrian. Hanya golongan bangsawan saja layak memakai warna pakaian ini.
Apa yang rakyat Rom buat sampai mereka dilarang memakai pakaian warna ungu?
Sebenarnya, ada sebab yang munasabah di sebalik larangan tersebut. Dulu, pewarna ungu Tyrian adalah pewarna yang begitu bernilai ketika fasa Rom memerintah seluruh Eropah. Pewarna ini biasa dibuat oleh orang Phoenicia, iaitu kaum asal Eropah yang tinggal di kawasan Levant (Palestin kini).
Kaum ini adalah yang pertama menghasilkan pewarna ungu sehingga mendapat nama ‘Phoenicia’ yang bermaksud ungu. Mula-mula, mereka kumpulkan spesis siput laut yang hanya terdapat di persisiran pantai Levant, iaitu Murex trunculus dan Buccinum lapillus.
Mengikut rekod, untuk menghasilkan pewarna ungu seberat 1.4 gram, mereka harus mengumpulkan siput laut sebanyak 12,000 ekor! Tambahan pula, berat pewarna ini cukup mewarnakan sehelai kain cukup untuk sehelai pakaian. Kerana kesukaran mendapat pewarna inilah, pewarna ungu sangat bernilai mengalahkan emas!
Di sinilah kerajaan Rom menegaskan pengharaman pewarna ungu kepada rakyat dan hanya golongan elit dan bangsawan saja yang pakai demi memelihara pewarna yang dianggap bernilai ketika itu.
Sampailah warna ungu dianggap sebagai warna rasmi diraja dan maharaja. Kalau nampak seseorang memakai kain ungu membaluti kain tradisional bernama toga, berkemungkinan besar sama ada dia itu bangsawan, ahli konsul, atau maharaja.
Sampai tahun 1204, pengharaman memakai pakaian ungu digugurkan seiring dengan kejatuhan empayar Byzantine melalui runtuhnya kota Konstantinopel (Istanbul). Kalau kita hidup di zaman empayar Rom, jangan haraplah kita dapat pakai pakaian ungu, melainkan kita ada darah diraja!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih