Sebelum ini, bangsa Yahudi pernah dihukum Tuhan kerana membunuh Nabi-Nabi. Kerajaan bangsa Amaliqah yang gagah perkasa telah merampas Baitulmuqaddis dari tangan mereka.
Siapa Thalut yang memimpin mereka?
Raja Talut asalnya seorang lelaki miskin yang dipilih Tuhan untuk memimpin Bani Israil yang sedang terusir. Nabi Samuel menabalkannya sebagai pemimpin yang paling layak. Pada awalnya, orang Yahudi tak boleh terima Talut sebab dia dari keturunan Bunyamin, bukan berdarah bangsawan seperti keturunan Yahudza.
Namun, apabila peti Tabut dipulangkan ke pangkuan mereka melalui bantuan malaikat, barulah mereka berjanji setia dengan Raja Talut. Tapi, trick diorang masih tak habis lagi!
Bani Israil buat perangai apa lagi?
Pada hari yang ditentukan, ketumbukan tentera Bani Israil mara ke kota Baitulmuqaddis untuk memerangi bangsa Amaliqah. Jumlah mereka seramai 80,000 orang.
Raja Thalut menguji kaumnya: “Sungguh Allah akan mengujimu dengan sebatang sungai. Sesiapa di antara engkau yang meminum airnya maka bukanlah dari kalangan pengikutku. Sesiapa yang tidak meminumnya pula dialah pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya.”
Mereka bergerak ke Baitulmuqaddis dalam keadaan panas terik dan kehausan. Seperti yang dikhabarkan, pasukan tentera Thalut pun tiba ke sebatang sungai. Ketika inilah nilai keimanan dan pengorbanan Bani Israil diuji.
Sebahagian besar daripada mereka telah mengabaikan arahan Raja Thalut. Seramai kira-kira 76,000 orang terus meminum air sungai itu sepuas hati. Hanya sejumlah tidak lebih 310 orang yang mengikuti perintah Raja Thalut untuk minum sekadar satu ceduk telapak tangan.
“Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”, keluh sebahagian besar mereka.
“Berapa ramai golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar,” jawab segelintir kecil tentera Thalut yang setia.
Raja Thalut bersama saki baki tenteranya yang beriman tetap meneruskan perjalanan menuju medan peperangan. Mereka sama-sama berdoa: “Oh Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”
Peperangan dengan bangsa Amaliqah berlangsung di depan sebuah istana. Ketika inilah terjadi peristiwa bersejarah apabila Nabi Daud membunuh Raja Jalut yang memimpin bangsa Amaliqah. Baginda melastik tiga ketul batu yang tepat memecahkan kepala Jalut. Saki baki bangsa Amaliqah pun kalah dan melarikaj diri.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kisah Raja Talut dan Nabi Daud juga terakam dalam wahyu al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kenali junjungan mulia dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://bit.ly/MuhammadDakwahDiplomasi
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih