Korang dah pernah dengar kisah Ghulam? Dia seorang remaja yang berdakwah kepada Raja Himyar. Apa jadi?

Kisah ini boleh dijumpai dalam Kitab Tafsir Ibn Katsir.

Zu Nuwas menjatuhkan hukuman mati kepada Ghulam. Raja Himyar itu mengarahkan tenteranya supaya membawa Ghulam menaiki perahu dan mencampakkannya di tengah lautan. Namun, semasa di tengah lautan, ribut yang kencang datang melanda dan menghempas ke sampan mereka. Semua tentera raja mati lemas, sementara Ghulam terselamat.

Zu Nawas menyuruh agar Ghulam dicampak dari atas bukit. Tentera Himyar pun membawa Ghulam naik ke sebuah bukit. Apabila tiba di puncaknya, bukit tersebut bergoncang dengan kuat. Gempa bumi itu telah menjatuhkan semua tentera raja ke jurang bukit. Ghulam sahaja yang masih hidup dan turun dengan selamat dari atas puncaknya. Mereka tetap gagal untuk membunuh Ghulam meskipun dengan pelbagai cara.

Akhirnya, Ghulam mengatakan, “Oh Tubba’ Zu Nuwas, kalau tuanku hendak membunuhku, hendaklah tuanku mengumpulkan semua rakyat jelata. Ikatlah aku pada sebatang pokok. Lalu, ambillah busur dan panahlah aku dengan menjerit: ‘Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini!’ Kalau tuanku buat apa yang aku katakan, barulah tuanku dapat membunuhku.”

Zu Nuwas melakukan apa yang diminta oleh Ghulam. Semua rakyat Najran berkumpul di sebuah padang yang luas. Mereka melihat Ghulam diikat pada sebatang pokok. Di satu sudut, mereka melihat pula Tubba’ Zu Nawas sedang bersiap sedia menembak anak panah. Mereka semua berdebar-debar menyaksikan peristiwa itu.

“Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini!” Zu Nawas melaung kuat.

Anak panah yang dilancarkan pantas mengenai tubuh Ghulam. Serta merta, remaja itu pun mati syahid. Semua penduduk yang melihat kejadian itu merasa takjub. Bagaimana seorang remaja yang berkali-kali gagal dibunuh oleh Zu Nawas, akhirnya menemui ajal setelah raja itu menyebut nama Allah? Sudah tentu Allah adalah Tuhan yang sebenar! Mereka semua pun beriman kepada Allah yang disembah oleh Ghulam.

Tubba’ Zu Nuwas bertambah murka dengan agama Nabi Isa. Dia menangkap semua rakyat jelata yang berkumpul di padang tersebut. Raja Himyar itu mengarahkan tenteranya untuk menggali lubang yang besar. Bertimbun-timbun kayu api dikumpulkan dan dicampak ke dalam lubang berkenaan. Lantas, dinyalakanlah api yang marak dan tinggi menjulang.

Seramai 20,000 orang Yaman telah beriman kepada Allah yang Maha Esa. Kesemua mereka dipaksa untuk murtad. Jika ingkar, mereka akan ditolak ke dalam julangan api yang panas membakar. Ramai yang memilih untuk kekal beriman dengan agama Nabi Isa. Langsung, satu persatu manusia yang tidak berdosa dicampak ke dalam lubang api yang menyeksakan. Terdengar jeritan-jeritan manusia terpekik kesakitan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Ramai orang masuk Islam di tangan Rumi! Mari mengenal sufi cinta dalam RUMI: FIKSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/dfd7afo


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply