Pada suatu hari, Syam’un Petrus dan Yohanes tiba ke negeri Antakiah setelah berjalan jauh. Mereka turut dibantu oleh seorang lagi pendakwah yang bernama Baulus. Kota Antakiah atau Antioch merupakan sebuah kota lama yang terletak di tebing kiri Sungai Orontes.

Kisah ini boleh dijumpai dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir bagi Surah Yaasin.

Utusan Nabi Isa tersebut bertemu dengan Habib Si Tukang Kayu. Dia mengajak ketiga-tiga mereka datang ke rumahnya. Apabila sampai di tempatnya, mereka mendapati anak Habib menderita suatu penyakit berat. Mereka cuba merawat penyakitnya. Dengan izin Allah, anak Habib yang sakit menjadi sihat. Peristiwa itu membuatkan Habib insaf dan langsung beriman kepada Allah yang Maha Esa.

Seterusnya, ketiga-tiga pendakwah itu bertemu dengan penduduk Antakiah.

“Sungguh, kami telah diutuskan kepada engkau agar beriman kepada Allah.”

“Engkau tidak lain hanyalah manusia seperti kami, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun. Engkau tidak lain hanyalah pembohong!”

“Allah mengetahui bahawa kami memang diutuskan untuk berdakwah kepadamu. Tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-Nya dengan jelas lagi nyata.”

“Sungguh, kami merasa malang dengan kedatanganmu. Jika engkau tidak berhenti, kami pasti akan merejammu! Engkau akan merasakan penyeksaan yang tidak terperi sakitnya!”

“Malang yang menimpa engkau itu akibat daripada kekufuran engkau! Apakah patut engkau mahu menyeksa kami kerana peringatan dan nasihat yang kami berikan? Engkau sudah melampau!”

Tiba-tiba, Habib Si Tukang Kayu datang dari hujung kota dengan berlari. Dia segera datang kepada penduduk Antakiah untuk membela ketiga-tiga utusan Nabi Isa.

Habib melaung, “Hai kaumku, ikutlah utusan-utusan itu! Ikutlah mereka yang tidak meminta sebarang balasan, sedang mereka juga mendapat petunjuk!”

Rakyat Antakiah menyoal, “Adakah engkau sudah beriman dengan mereka?”

Habib membalas, “Ya. Mengapa tidak aku menyembah Tuhan yang telah menciptakanku? Dan kita semua akan pulang kepada-Nya. Apakah patut aku menyembah Tuhan selain Allah? Kalau Allah yang Maha Pemurah berkehendak menimpakan bahaya kepadaku, maka tiada siapa yang mampu membantu atau menyelamatkanku. Kalau aku memilih untuk syirik, tentulah aku akan tersesat. Sungguh, aku telah beriman dengan Tuhan engkau semua yang sebenar, maka dengarkanlah nasihatku.”

Tanpa banyak bertanya, penduduk Antakiah mencekup dan membelasah Habib. Lebih teruk, mereka mengutip batu dan merejamnya sehingga mati. Allah mengangkat roh Habib naik ke langit. Dia mendapat ganjaran mati syahid dan masuk ke syurga tanpa hisab.

“Masuklah ke syurga,” firman Allah kepadanya.

“Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui,” ujar Habib Si Tukang Kayu.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Ramai orang yang masuk Islam kerana puisi Jalaluddin Rumi! Kenali sufi agung ini dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA.
Klik: https://shp.ee/d0udx7m


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply