Hari tu kecoh pasal abang Tesla kahwin satu lagi. Tapi korang pernah dengar tak cerita tentang seorang raja eropah yang nak kahwin satu lagi? King Henry VIII punya nekad tu sampai tak peduli bila Pope kafirkan baginda. Bak kata orang, cinta itu buta.
King Henry VIII telah berkahwin dengan Catherine of Aragon. Kerabat diraja itu merupakan puteri Ferdinand-Isabella. Dia juga ada adik beradik bernama Joanna. Joanna merupakan bonda kepada Raja Charles V, Maharaja Holy Roman Empire. Makna kata, kaum kerabat Henry VIII semuanya orang penting di eropah.
Maharaja Charles V adalah sepupu kepada isterinya, Catherine of Aragon.
Pada suatu hari, King Henry VIII jatuh cinta dengan Anne of Cleves. Walaupun baginda dah berkahwin dengan Catherine of Aragon, demi cinta itu semua dipersetankan. By hook or by crook baginda nak juga kahwin dengan Anne Boleyn of Cleves.
King Henry VIII masa tu bermazhab Kristian Roman Katolik. Kalau ikutkan, tindakan baginda mesti mendapat restu dari Pope Clement VII. Pada Januari 1531, Pope siap hantar surat larangan kepada baginda agar jangan berkahwin lagi. Kalau degil, baginda akan dikenakan excommunication. Hukuman ini akan menyebabkan baginda terputus hubungan dengan Gereja Katolik dan tidak layak untuk dimakamkan di perkuburan Katolik.
Henry VIII tetap berkeras untuk mempertahankan cintanya. Di mata baginda, Catherine telah gagal melahirkan zuriat buatnya. Sedangkan kekasihnya Anne Boleyn sudah pun mengandung ketika berhubungan sulit dengan baginda. Dengan nekad, Henry VIII mengahwini Anne secara sembunyi di Whitehall Palace.
Hukuman excommunication tidak menjadikan baginda miskin bahkan semakin kaya. Henry VIII mengambil semua tanah di England yang dahulunya milik Gereja dan mazhab Katolik pun diharamkan daripada beroperasi di situ.
Pada 1534, baginda mengisytiharkan dirinya dan kerabat diraja England sebagai ketua agama bagi Gereja England yang baru. Peristiwa ini menandakan tercetusnya mazhab Kristian Anglican.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih