Rasanya semua kenal siapa saja Arthur, kan? Raja lagenda yang begitu terkenal dalam kisah kota Camelot.

 

Ia sangat popular sampai menjadi sumber untuk menghasilkan filem atau drama seperti King Arthur: Legend of The Sword (2017), dan Arthur and Merlin: Knights of Camelot (2020). Tak lupa juga drama bersiri Merlin (2008) iaitu drama kegemaran saya!

 

Kita imbas kembali kisah lagenda raja Arthur ini. Arthur ialah anak luar nikah hasil hubungan ayahnya Raja Uther dan Permaisuri Ygern dari Cornwell. Raja Uther ketika itu pemerintah kota Camelot.

 

Semasa Arthur meningkat dewasa, raja Uther mencabar kepada sesiapa yang berani mencabut pedang yang tertusuk di batu besar itu. Siapa yang berjaya cabutkan, dialah pemerintah kota Camelot seterusnya.

 

Ramai satria cuba nasib untuk cabutkan pedang tersebut tapi tidak berjaya. Sampai giliran Arthur, dia berjaya mencabut pedang itu dengan mudah. Maka, Arthur dilantik menjadi raja baru menggantikan ayahandanya.

 

Pedang yang Arthur cabut itu terus menjadi senjata yang menemaninya sehinggalah rosak semasa bertempur. Dikatakan pedang rosak itu digantikan dengan pedang baru bernama Excalibur, iaitu pedang pemberian lembaga misteri bernama ‘Lady of The Lake’.

 

Raja Arthur ialah raja yang adil dan bijaksana, mentadbir kota Camelot dengan baik. Bersama baginda ialah seorang permaisuri yang jelita bernama Guinevere, serta menubuhkan pasukan satira elit bernama Kesatria Meja Bulat (Knight of The Round Table).

 

Pasukan kesatria ini mempunyai satria yang terbaik dan bertanggungjawab sebagai penasihat. Antara satria yang terkenal dalam kisah lagenda Raja Arthur ialah Lancelot, Percival, dan Galahad.

 

Pernah pasukan kesatria ini ditugaskan untuk mencari Cawan Suci (Holy Grail), iaitu cawan yang pernah digunakan oleh Nabi Isa AS sebelum kematiannya, menurut kepercayaan penganut Kristian.

 

Selepas misi pencairan, hanya tiga orang satria saja yang kembali iaitu Galahad, Percival, dan Bors. Mereka telah berjaya menghantar Cawan Suci ke Jerusalem, Palestin.

 

Pada akhir hayat Raja Arthur, baginda mendapati permaisurinya curang dan melakukan hubungan intim dengan satria kepercayaannya iaitu Lancelot. Dalam waktu yang sama, puteranya bernama Mordred mencabar untuk merampas takhta Camelot. Kemudian tercetusnya perang saudara antara antara ayah dan anak.

 

Dipendekkan cerita, Raja Arthur akhirnya menang setelah membunuh puteranya. Tapi nasi sudah menjadi bubur, keadaan kota Camelot yang penuh dengan darah tentera yang terkorban begitu menghampakan Arthur.

 

Baginda kemudian pergi ke sebuah pulau bernama Avalon dan tidur dalam masa yang sangat panjang. Arthur akan bangun jika suatu masa Britain berada dalam keadaan yang terdesak. Inilah pengakhiran kisah lagenda Raja Arthur.

 

Para sejarawan dan arkeologi Britain sekarang mencari-cari kebenaran Raja Arthur ini. Buat masa sekarang, Raja Arthur dikatakan adalah pahlawan yang menyatukan seluruh warga Britain menghalau penjajah Anglo-Saxon pada tahun 490-an melalui manuskrip History of the Britons yang ditulis oleh paderi Nennius.

 

Tapi nama pahlawan dalam catatan itu tidak diketahui dan tidak ada rujukan utama selain manuskrip itu kerana hampir tiada rekod tentang era kegelapan kepulauan Britain.

 

Pasal kota Camelot pula, pengkaji menemui calon utama iaitu Istana Tintagel di Cornwall dan Istana Viroconium di tengah Britain. Kedua-dua istana itu berkaitan dengan Raja Arthur, di mana Istana Tintagel adalah istana Raja Uther dan Istana Viroconium menepati ciri-ciri kota Camelot yang mempunyai dinding kubu.

 

Tapi, dua istana ini tak cukup untuk dianggap sebagai kota Camelot kerana Arthur dalam catatan Nennius itu mempunyai banyak kota dan istana untuk dipertahankan dari serangan Anglo-Saxon.

 

Jadi, kita tinggal tunggu masa saja untuk pengkaji sana bongkarkan kebenaran raja kota Camelot yang lagenda ini!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply