Seingat saya, ilmu tentang penggunaan kemenyan di Alam Melayu ini benar-benar saya perolehi dari lapangan. Saya masih belum jumpa lagi sumber rujukan bertulis.

1) Semasa saya melawat tukang membuat keris di selatan Thailand, beliau memberitahu saya bahawa antara sebab keris diasapkan dengan kemenyan selepas dicuci dengan limau ialah supaya air limau yang melekat pada bilah keris itu cepat kering selain untuk mewangikan keris.

Ini mengelakkan keris berkarat. Di samping itu, kemenyan yang mempunyai getah boleh membalut racun-racun yang disapu pada keris. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti karat.

2) Semasa saya menjejak tinggalan sejarah dan budaya di Kerinci, seorang tua memberitahu saya bahawa pada zaman dahulu di Kerinci, dinding masjid dan rumah akan kerap diasap dengan kemenyan untuk mencegah dari anai-anai. Kemudiannya asap kemenyan diletakkan di ruangan untuk menghalau nyamuk dan mewangikan ruangan. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti serangga.

3) Seorang pengamal perubatan tradisional pula pernah memberitahu saya bahawa tabib zaman dahulu akan membakar kemenyan ketika menjalankan rawatan supaya fikiran pesakit menjadi tenang memandangkan kemenyan adalah antara bahan pewangi pada ketika itu. Makanya, kemenyan digunakan sebagai aroma terapi.

Namun apabila sebahagian manusia menyalah gunakan asap kemenyan bagi tujuan khurafat dan tahyul, maka penggunaan kemenyan dalam masyarakat Melayu disalah ertikan. Dengan itu, kemenyan adalah antara mangsa ‘pukul rata’ atau generalisasi oleh masyarakat moden.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.