Pembukaan restoran McDonald’s pertama di Moscow mungkin perkara biasa pada mata marhaen. Tetapi bagi sejarawan, peristiwa tersebut sememangnya tajam. Bukan setakat kerajaan Soviet terpaksa beralah pada Barat…
rakyat Soviet pula berpusu-pusu ingin membeli sampai sanggup beratur panjang (klik untuk baca kisah McDonald’s pertama dalam negara Soviet).

Ia merupakan kemenangan halus bagi pihak Barat. Sejak hari itu, McDonald’s tumbuh macam kulat selepas hujan dalam negara-negara bekas Soviet. Tahun lalu, McDonald’s mendapat perolehan global sebanyak AS$23.2 bilion. 9 peratus datang daripada Rusia dan Ukraine.

Masuk saja Mac 2022, semuanya berubah. Persaingan sihat menjadi isu moral kerana peperαηgan antara Rusia dan Ukraine. Banyak syarikat mengangkat kaki keluar daripada Rusia atas dua sebab: 1) enggan berurusan dengan kerajaan Vladimir Putin dan 2) matawang Ruble sudah tidak relevan kerana setiap hari menjunam.

Dua faktor ini memberi implikasi besar terhadap McDonald’s yang tidak boleh angkat kaki begitu saja. Kalau sengaja kekal dalam Rusia, silap haribulan syarikat akan diboikot di Barat pula. Jadi mereka mengambil langkah sihat: tutup semua cawangan buat sementara.

Respon Rusia Yang Memijak Undang-Undang

Politik Rusia mudah difahami. Vladimir Putin berkuasa secara mutlak. Tetapi beliau takkan banyak berbicara. Dengan cara ini, beliau kekal suci.

Idea baik dipuji. Idea buruk ditolak untuk jadi bola tanggung ahli-ahli politik lain. Jadi Putin boleh menguji sesuatu cadangan, meskipun haram di sisi undang-undang.

Kalau berjaya, berjayalah. Kalau gagal, “bukan salah Putin.” Sesiapa yang layan politik Rusia memang faham wayang pentadbiran ini.

Dua minggu lalu, wayang dibuka untuk Speaker Dewan Parlimen iaitu Vyacheslav Volodin. Beliau mengeluarkan kenyataan gila: “kita patut hαpuskan McDonald’s. Ganti setiap cawangan dengan jenama tempatan iaitu Uncle Vanya!” (Whalen, 2022).

Perkara biasalah kalau ambil alih cawangan. KFC ambil alih McDonald’s. Texas Chicken ambil alih Burger King. Cuma bukan ini yang berlaku di Rusia.

Volodin sebenarnya sedang merencanakan sebuah rαmpαsan McDonald’s. Bukan cawangan Uncle Vanya pergi buka di cawangan McDonald’s. Sebaliknya, Uncle Vanya menyerap McDonald’s secara haram dengan logo lebih kurang sama.

Pendaftaran Uncle Vanya Dengan Harta Intelek McDonald’s.

Bukan setakat logo saja sama. Semuanya sama: jenis burger, jenis set, jenis air… semuanya sama (Marca, 2022). Cuba faham begini: anda buka restoran Markonah dengan logo McDonald’s dan jual Big Mac. Ikut bahasa diplomasi, perkara ini adalah “trademark squatting”.

Memang salah di sisi undang-undang. Tetapi semua orang tahu Rusia punya “undang-undang, kanda yang bikin… itu semua boleh padam.”

Rαmpαsan Uncle Vanya menunjukkan macam mana kronisme bersarang dalam ekonomi Rusia. Dan tidak pelik pun – sebab Putin sudah tidak popular dalam kalangan orang-orang oligarki kaya raya Rusia. Jadi ini cara terbaik untuk mengekalkan populariti. Bukan McDonald’s saja disasarkan.

Rusia dijangka akan merαmpαs sistem perniagaan Barat sebanyak mungkin. Selepas Uncle Vanya dan BikMak (Big Mac), sekarang timbul pula Starducks di Crimea.

Menakjubkan kalau bayang balik. Barat dan Rusia membina hubungan perniagaan selama 30 tahun. Hubungan ini rαηαp dalam masa seminggu sahaja. Mungkin ada yang tertanya-tanya: takkan Rusia boleh ambil alih macam itu saja?

Boleh sebenarnya.

Tetapi buat masa sekarang, Rusia bagaikan “tidak wujud” pada mata Barat. Jadi Rusia boleh buat apa-apa sahaja. Cuma kalau satu hari Rusia ingin “kembali wujud”, isu ini mesti bangkit balik.

RUJUKAN:

Marca. (2022, Mac 20). Russia’s (ditapiskan) response to the closure of McDonald’s restaurants.

Whalen, J. (2022, Mac 10). Russia considers nationalizing Western businesses that have closed over Ukraine (ditapiskan). The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply