Dahulu, bumi pernah dihuni oleh haiwan berstatus gergasi. Salah satunya ialah dinosaur jenis sauropod, sejenis dinosaur herbivor yang mempunyai saiz badan yang besar dan panjang. Hari ini, gergasi yang menghuni dunia berada di lautan iaitu ikan paus biru. Tetapi mengapa ikan paus biru mempunyai saiz badan yang besar?

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz ikan paus terutama paus biru. Pertama, pilihan haiwan yang membentuk diet mereka. Kedua, kaitan antara evolusi mereka dengan peningkatan kadar air laut yang kaya dengan nutrien dari dasar laut.

Ikan paus balin pertama berevolusi dengan menjadikan plankton sebagai dietnya. Tetapi bagi keturunan ikan paus lain yang dipanggil rorqual, ia menggunakan strategi makan yang dipanggil makan secara menerpa (lunge feeding). Menerusi strategi ini, ia membolehkan ikan paus jenis ini mensasarkan haiwan mangsa berbeza seperti kumpulan ikan kecil dan kril.

Tetapi bagi menjayakan strategi ini, ikan paus perlu mempunyai mulut dan badan yang besar, Strategi yang bermula sejak tujuh hingga 10 juta tahun lalu turut dibantu peningkatan kadar air laut yang kaya dengan mineral sekitar lima juta tahun lalu. Dengan bilangan haiwan mangsa yang banyak, ia dianggap resepi sempurna untuk ikan paus rorqual mencapai saiz yang besar.

Namun begitu, ia masih tidak menjelaskan mengapa ikan paus biru bersaiz amat besar. Ikan paus biru boleh mencecah 100 kaki panjang dan berat lebih 100 tan. Sementara ikan paus kedua terbesar di dunia, ikan paus sirip hanya berukuran 80 kaki panjang dan berat 60 tan.

Semua ini berpunca daripada kesan strategi makan secara menerpa (lunge feeding). Sesetengah ikan paus rorqual mula mensasarkan kumpulan ikan kecil. Ada pula memberi fokus kepada plankton. Ada juga yang bersikap fleksibel dari segi diet dan menjadi pemangsa yang bersifat oportunis.

Bagi ikan paus biru, bezanya haiwan ini dengan ikan paus lain ialah diet kril mereka. Kril sememangnya banyak tetapi ia hanya boleh diakses di kawasan perairan tertentu seperti kawasan laut kutub. Bagi mengakses kawasan perairan sebegini, ikan paus biru memerlukan pergerakan yang ekstrem dan rizab tenaga yang banyak. Ini diterjemahkan dalam bentuk badan yang besar dan kaki sirip yang kecil tetapi dinamik dalam air.

Saiz ini dimanfaatkan oleh ikan paus biru bagi mendapatkan kril tanpa sebarang masalah. Ini kerana bagi mendapatkan kril menerusi strategi makan secara menerpa (lunge feeding), ia perlu dibuat secara mengejut dan pada kelajuan pantas. Ia turut disokong dengan lemaknya yang mengandungi rizab tenaga yang banyak.

Tetapi ia kini mengundang masalah baru terutama dalam isu perubahan iklim. Dengan suhu laut yang semakin panas dan aktiviti pemburuan ikan paus, kelibat ikan paus gergasi seperti ikan paus biru semakin sukar dilihat.

Benar, akibat isu ini, spesies hidupan dari haiwan hinggalah tumbuhan sudah mula beradaptasi. Tetapi bagi ikan paus biru, satu-satunya adaptasi mereka ialah mencapai saiz yang lebih besar sekaligus keperluan makanannya juga semakin bertambah. Dengan situasi laut hari ini yang dilihat tidak lestari, mungkinkah ini era terakhir gergasi yang disaksikan manusia?

RUJUKAN

Keen, E. M. (2020, 31 Julai). Why Are Blue Whales So Gigantic?. Scientific American.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply