Iran mempunyai sebilangan etnik yang kaya dengan sejarah. Sekitar 1,800 tahun lalu, bangsa ini mempunyai sebuah empayar diasaskan Ardashir I (224-241) melalui sebuah penyatuan besar. Susur galur terakhir Ardashir diuji dengan perpe.cahan dalaman, selepas keman.gkatan Khosrow II (590; 591-628).

Sepanjang tempoh ini, Khosrow mempunyai tiga orang isteri bernama Maria, Gordiya dan Shirin. Isteri sulungnya mempunyai dua orang anak, iaitu Kavad dan Buran. Kedua-dua anak ini berkahwin (sum.bang mahram) dan dikurniakan anak yang mempunyai pemerintahan singkat. Takhta bertukar-tukar tangan, akhirnya sampai pada Yazdegerd III (632-651).

Majlis Pertabalan Yazdegerd

Maharaja ini merangkul kuasa pada usia lapan tahun. Jadi pemerintahannya hanya terhad, dengan “raja sebenar” adalah golongan seperti ahli istana, anggota bangsawan dan komander per.ang.

Empayar ini sedang membendung sera.ngan puak Gokturk dan Khazar, sebelum mula berdepan dengan Arab yang bersatu di belakang Khulafa ar-Rashidin. Sepanjang pemerintahan, Yazdegerd hanya berundur dan berpindah antara kota kerana tewas pada tangan Rashidin.

Perte.mpµran al-Qadisiyyah hanya berlangsung selama tiga hari. Dalam masa 72 jam ini, Parsi kehilangan 22,000 anggota… dan Yazdegerd man.gkat pada tahun 651 dibµnµh seorang tukang tepung yang mahu barang perhiasannya (Kia, 2016).

Yazdegerd mempunyai empat orang anak yang tidak membawa legasinya. Salah seorang ialah Shahrbanu, yang didakwa berkahwin dengan Hussein bin Ali selepas ditangkap. Peroz III pula membawa adiknya Bahram lari ke lembah China, yang dikuasai Dinasti Tang.

Di sini, Peroz mendapat peluang untuk bersinar pada ketika tanah airnya dipegang Arab. Bahram gagal mendapatkan semula wilayah yang diambil Arab. Peroz pula pada awalnya berlindung di Pergunungan Pamir. Sejarah berbeza pendapat tentang nasib Peroz di bumi Tajikistan ini.

Ada yang berkata baginda dita.han sebagai tebµ.san, oleh pemimpin Western Turkic Khaganate. Sebelum ini, khaganate ini berkuasa secara mutlak. Tetapi ia jatuh pada Dinasti Tang pada tahun 657. Tang membenarkan mereka berkuasa seperti raja di wilayah sendiri. Tetapi mereka perlu bersumpah setia pada Tang.

Nasib Peroz di bumi Tajikistan buat sementara waktu berada dalam tangan pemimpin khaganate. Walau bagaimanapun, China mula mengukuhkan sempadan baratnya. Mengambil peluang, Peroz cuba mengenali kuasa kepimpinan China.

Empayar ini dipimpin daripada kota Chang’an. Maharajanya pada masa itu adalah Gaozong (649-683), yang pernah menerima surat daripada Peroz dulu. Tetapi pada masa itu, Gaozong terikat dengan peper.angan bersama bangsa Turki.

 

Gaozong

Jadi baginda enggan mencari pasal dengan Arab (BRILL, 2018). Peroz mungkin cuba mendapatkan bantuan China lagi. Akan tetapi, Peroz juga tahu yang pakatan Arab sudah menjadi kebal tambah pula dengan kebangkitan Bani Umayyah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa China takut pada Umayyah? Dalam dunia diplomasi, takut adalah perkara yang relatif. China amat berwaspada kerana Umayyah merupakan satu-satunya empayar yang menguasai tiga benua.

Raja terakhir yang menguasai tiga benua adalah Alexander the Great sendiri. Jadi China perlu mengatur diplomasi secara strategik, berjaga-jaga andainya Umayyah mula meletakkan mata pada wilayahnya pula.

Walau bagaimanapun, adanya Peroz sememangnya satu anugerah diplomasi. China mengiktiraf Peroz sebagai seorang raja (dalam buangan). Hubungan baik antara Gaozong dan Peroz memberi manfaat kepada pelarian Parsi, yang dibenarkan menetap di China.

Tetapi Peroz takkan sesekali mengambil semula takhta yang dipegang nenek moyangnya. Baginda perlu menelan pahit realiti, dengan kehidupan dalam kalangan barisan China. Ada pendapat yang menyatakan bahawa Peroz berjaya menjadi seorang pemimpin tinggi dalam angkatan keten.teraan Tang, sebelum diuji dengan sera.ngan Tibet.

Tugu Peroz III di China

Mata Peroz tersemat pada Parsi, ketika menjaga kedaulatan China. Baginda takkan berkuasa di Parsi, mangkat pada tahun 679 dengan seorang anak bernama Narsieh yang merakamkan kisahnya. Parsi kekal dalam pangkuan Arab, hinggalah kebangkitan Ghurid dan Seljuk yang menerima agama Islam.

Ini bermakna, Yazdegerd merupakan Raja Parsi terakhir yang beragama Majusi. Kerana Seljuk pada zaman kemuncaknya bertem.bµng dengan angkatan Byzantium dengan kisah agung yang mana Alp Arslan (1063-1072) memalukan Maharaja Romanos IV Diogenes (1068-1071).

Perbualan antara Arslan dan Romanos menunjukkan keagungan Seljuk pada masa itu:

“Apa kamu akan buat jika beta dibawa kepada kamu sebagai taha.nan?” tanya Arslan.

“Mungkin beta akan bµnµh kamu atau mengheret kamu sepanjang jalan Konstantinopel,” balas Romanos.

Arslan tidak tersinggung. Baginda bermain politik dengan cekap. “(Kalau begitu) hµkµman beta mesti jauh lebih berat. Beta ampunkan kamu, dan (pada hari ini) membebaskan kamu.”

Semasa dalam taha.nan, Romanos sudahpun digulingkan. Apabila pulang, baginda tidak diterima sebagai raja yang ditunggu-tunggu. Baginda diminta meletakkan jawatan sebagai Maharaja Byzantium.

Akur, baginda menyerahkan kuasa kepada John Doukas yang mengkh.ianati perjanjian. Doukas kemudian menghantar anggota untuk membutakan Romanos yang “melolong macam kerbau” semasa matanya dicµcµk.

Ternyata hµkµman Arslan jauh lebih berat. Bagi pembaca bukan bidang, baginda seorang pemaaf. Namun untuk pemerhati berpengalaman, baginda bermain realpolitik yang takkan mungkin difahami semua.

RUJUKAN:

BRILL. (2018). Yearbook of Chinese Theology 2018. Halaman 47.

Kia, M. (2016). The Persian Empire: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. Halaman 285.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.