Pada tahun 1974, seorang petani bernama Yang Zhifa sibuk menggali sebuah perigi untuk ladang buahnya. Siapa sangka, apabila penyodoknya terkena kepala as.ka.r yang diperbuat daripada tanah liat, ia mendedahkan satu rahsia yang tidak diketahui dunia selama ribuan tahun. Rahsia itu ialah tempat persemadian terakhir maharaja pertama dalam sejarah China, Qin Shi Huang.

Selepas penemuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, kerja-kerja ekskavasi selama berbulan-bulan mendedahkan betapa besarnya skala kompleks makam baginda. Ia berkeluasan 25 batu persegi dengan empat lubang yang diekskavasi mengandungi ten.te.ra dan pegawai mengikut lubang tertentu. Lubang pertama menempatkan unit infantri dengan lubang kedua mengandungi unit pema.n.ah, kereta kuda, infantri dan kavalri sebagai mewakili perkhemahan ten.te.ra.

Manakala lubang ketiga pula menempatkan patung-patung terracota berstatus pegawai-pegawai berpangkat tinggi. Bagaimanapun, lubang keempat tidak mengandungi satu pun patung terracota. Ramai sejarawan dan ahli arkeologi berspekulasi lubang tersebut tidak sempat diisi dengan patung terracota berikutan kemangkatan Shi Huang.

Setakat ini, terdapat 2,000 patung ten.te.ra terracota yang berjaya diekskavasi dari kompleks berkenaan. Bagaimanapun, dengan mengamati skala kompleks makam Shi Huang, ramai pakar arkeologi percaya lebih banyak artifak termasuk patung terracota akan ditemui. Ini kerana mereka percaya 2,000 patung yang ditemui hanyalah sebahagian daripada 8,000 ten.te.ra terracota yang ditanam bersama baginda.

Menariknya, jika diamati dengan teliti patung-patung ini, ia kelihatan berbeza antara satu sama lain. Setiap patung mempunyai air muka dan kostum yang berbeza bagi mewakili kedudukan mereka dalam ten.te.ra. Tetapi itu hanya sekelumit daripada pencapaian para pembina makam Shi Huang sendiri.

Mengikut teks Shiji yang dikarang cendekiawan China, Sima Qian, kompleks makam Shi Huang mula dibina sebelum baginda bergelar maharaja China pertama lagi. Dalam teks yang sama, lebih 700,000 orang dikerah dari seluruh negara untuk membantu menyiapkan kompleks. Ini termasuk menggali ruang menempatkan patung terracota, mengalihkan aliran sungai dan menghasilkan semua isi kandungan diperlukan untuk kompleks berkenaan.

Penghasilan patung terracota merupakan satu cabaran besar dari segi artistik dan logistik. Ini kerana setiap patung berukuran enam kaki tinggi dan mempunyai berat 450 paun. Menariknya, jika diamati dengan lebih teliti, setiap patung terracota yang dihasilkan oleh golongan artisan amat realistik dari kostum hinggalah penampilan fizikal mereka. Sehingga hari ini, ramai saintis berusaha menghasilkan semula formula patung terracota tetapi semua cubaan berakhir dengan kegagalan.

Jadi, bagaimana ia dapat dihasilkan dengan teliti dan dalam jumlah yang besar? Pakar-pakar arkeologi berpandangan patung-patung ini dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan artisan berbeza dengan setiap kumpulan diketuai oleh seorang pakar. Patung akan dihasilkan secara satu persatu di mana ia kemudian dicat dan diletakkan dalam ruangan makam.

Rajah 1: Contoh patung terracota dengan warna asal. Sumber: Robert Burch/Alamy/Cordon Press

Perkara sama turut terpakai untuk sen.ja.ta-sen.ja.ta patung terracota di mana ia dihasilkan oleh pembuat sen.ja.ta berbeza. Selepas ia siap dihasilkan, ia akan dihantar dan diletakkan kepada as.ka.r terracota. Mungkin ada menganggap ini sebagai menyusahkan tetapi sekiranya berlaku masalah, mereka boleh diaktifkan untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Rajah 2: Contoh patung terracota yang siap. Ilustrasi oleh William Borrego.

Selepas berjaya menyatukan China pada 221 SM, salah satu keinginan Qin Shi Huang ialah mendapatkan posyen yang boleh memanjangkan usia baginda. Justeru, semasa tempoh pemerintahan baginda, ramai duta China dihantar ke luar negara dengan harapan mendapatkan resepi posyen tersebut. Malah, anekdot kisah ini turut menjadi inspirasi filem ketigaThe Mummy iaitu The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor dengan Jet Li memegang peranan sebagai Shi Huang.

Rajah 3: Poster filem The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor.

Ketika ini, belum ada sebarang rancangan untuk mengekskavasi makam Maharaja Shi Huang. Untuk menghasilkan makam berkenaan, pekerja-pekerja perlu menggali sedalam 100 kaki sebelum menghasilkan makam khas untuk baginda. Selepas itu, ia ditutup dengan timbunan tanah berbentuk piramid setinggi lebih 165 kaki.

Bagaimanapun, isi kandungan sebenar makam masih belum diketahui sehingga hari ini. Mengikut teks Shiji, ma.ya.t baginda dilindungi oleh pelbagai jenis perangkap dan sungai merkuri bagi menghalang penceroboh dari menceroboh makam berkenaan. Melihat kepada semua ini, ini menunjukkan Shi Huang ingin kekal sebagai pemerintah baik di alam dunia mahupun di alam kubur.

Selepas semua ten.te.ra terracota diletakkan dalam ruang yang dikhaskan, semua laluan makam dipasang rasuk kayu besar dan ditutup dengan permaidani yang diperbuat daripada mensiang. Setelah itu, ia akan ditimbun dengan jumlah tanah yang besar sekaligus memastikan lokasi makam kekal menjadi rahsia sampai bila-bila.

Begitupun, kompleks makam impian baginda mula teran.ca.m susulan kejatuhan Dinasti Qin dan digantikan dengan Dinasti Han. Dan dalam kekecohan peralihan dinasti itu, wujud bukti kompleks ini mengalami kerosakan akibat keba.ka.ran dan masalah banjir. Kini, pengkaji arkeologi berusaha menyelamatkan patung-patung ini daripada mus.na.h dimamah usia akibat pendedahan kepada udara.

RUJUKAN:

Martinon-Torres, M. (2021). How were China’s legions of terra-cotta warriors made? Experts have pieced it together. National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.