Semua negara di dunia ini mempunyai norma identiti sendiri yang sangat unik. Bukan senang untuk mengubah norma ini, kerana batu asasnya diletak pemimpin-pemimpin terdahulu berdasarkan mentaliti masyarakat semasa. Ada satu cara saja kalau ingin ubah norma ini.

Kena mula daripada anak muda. Sebab itu apa yang anak muda cakap, jangan ambil mudah. Lambat-laun, memang akan terjadi jua. Kerana generasi sedia ada akan menjadi tua dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika generasi muda mengambil alih.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Itulah nasib Kesatuan Soviet yang dibubarkan sampai hari ini tiada harapan untuk bertaut kembali. Padahal Boris Yeltsin dan Leonid Kravchuk sendiri gagal begitu teruk.

Sekalipun Rusia dan Ukraine hidup susah gila dulu, Vladimir Putin tetap berkata, “orang yang tiada rasa sedih apabila Soviet bubar tidak berhati perut; orang yang mahu kembalikan Soviet pula tidak berakal.”

Kemiskinan Rusia.

Inilah norma. Dan norma Mesir dari dulu sampailah sekarang adalah sebuah kuasa berlandaskan keten.teraan. Jadi apabila Mohamed Morsi menubuhkan kerajaan, norma identiti Mesir sudah terganggu.

43 hari selepas menjadi Presiden Mesir, beliau telah mengalu-alukan bakal penggantinya dalam Kabinet Kerajaan (Al-Jazeera, 2012).

Memang Morsi banyak buat silap. Tetapi Abdel Fattah el-Sisi bukan satu kesilapan. Beliau memang sesuai untuk jawatan Menteri Pertahanan.

Senyum dulu, simpul kemudian.

Namun Morsi mengangkat el-Sisi pada ketika pihaknya tidak cukup “jambatan” dengan bidangkuasa keten.teraan sedia ada. Dalam bahasa politik, tidak cukup reconciliatory efforts.

Beliau membuka Parlimen Mesir yang asalnya ditutup pihak keten.teraan. Beliau menukar Perlembagaan Mesir.

Kesilapan-kesilapan kecil ini terkumpul sebelum mele.tµs besar selepas Morsi mengisytiharkan dirinya berkuasa tanpa had sampai orang Mesir bersetuju dengan ungkapan Firaun dibuat Mohamed ElBaradei (Birnbaum, 2012).

Akhirnya semua tahu apa yang berlaku. el-Sisi menjadi penguasa. Morsi sudah tiada. Norma lama pun kembali. Dan perangai suka sµmbat orang dalam pen.jara bermaha.rajalela semula.

Pucuk kepimpinan pihak yang dianggap mµsµh pun dijatuhi hµkµman bµnµh (Al-Jazeera, 2021).

Apabila Scarlett Johansson Berdehem

Kerajaan Abdel Fattah el-Sisi bukan sekadar mengambil tindakan undang-undang terhadap mµsµh-mµsµh politik negara. Organisasi bukan kerajaan terkena tempias juga. Mesir mempunyai sebuah organisasi digelar Inisiatif Mesir Untuk Hak Peribadi (EIPR).

Pihak berkuasa telah member.kas beberapa ahli kanan organisasi ini untuk dibawa ke muka pengadilan kerana “menyertai kumpulan kegan.asan dan menyebarkan berita palsu.” (Reuters, 2020).

Memang ini kerenah Mesir: siapa yang rasa tidak sehaluan, letak tuduhan kega.nasan. Habis cerita.

Dua orang paling atas dalam EIPR adalah Mohamed Basheer dan Gasser Abdel Razak. Baru beberapa minggu yang lalu, mereka mengadakan sebuah mesyuarat dengan duta-duta penting Eropah untuk berbincang tentang isu hak asasi manusia. EIPR berpendapat mesyuarat inilah punca mereka diber.kas.

Namun secara tiba-tiba, semua tah.anan EIPR dilepaskan Mesir. Mereka dibenarkan keluar daripada Penj.ara Tora dan pulang ke rumah masing-masing. Dan pihak EIPR mengucapkan terima kasih kepada seorang warga Amerika Syarikat yang bernama Scarlett Johansson (Shawkat, 2020).

Rupanya pelakon wanita paling mahal di dunia ini ada bersuara baru-baru ini. Beliau bersama sebilangan golongan Hollywood mengecam tindakan kerajaan Mesir, sekali gus menarik tali halus yang mempengaruhi dunia secara soft power.

Jutaan warga Mesir mengambil berat tentang kisah EIPR apabila pelakon Avengers ini bising. Nama Johansson tular habis di Mesir, sambil ada segelintir yang totok pada kerajaan mengkritik (tindakan Johansson).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Apa yang berlaku di sini membuktikan satu perkara: soft power memang kuat… sampai kerajaan yang berkµkµ besi pun boleh tunduk dan patuh.

RUJUKAN:

Al-Jazeera. (2012, Ogos 12). Egypt’s president asserts authority over (ditapiskan).

Al-Jazeera (2021, Jun 14). Egypt upholds (ditapiskan) penalty for 12 Muslim Brotherhood members.

Birnbaum, M. (2012, November 22). Egypt’s President Morsi takes sweeping new powers. The Washington Post.

Reuters. (2020, November 21). U.N., several countries denounce (ditapiskan) of Egyptian activists.

Shawkat, A. (2020, Disember 4). Egypt frees civil rights leaders in “extremely odd” move, and many are thanking Scarlett Johansson. CBS News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.