Tutup mata sekejap. Kosongkan minda. Lapangkan jiwa. Dan berimaginasi sebentar – apabila kalian buka mata kembali, kalian berada di zaman prasejarah sekitar 100,000 tahun dahulu. Pada masa itu, semua mercu tanda agung belum dibina. Piramid pun tidak wujud. Yang wujud hanya air, tanah dan pokok bersama manusia dan haiwan.

Tiada langsung konsep sewa. PTPTN pun tiada. Ayam tidak perlu disembunyi dibawah timbunan nasi. Tetapi berani jamin mesti ada perempuan kena tinggal macam kalian yang sedang baca… dan ada lelaki kena friendzone. Itu lumrah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jadi apa aktiviti harian kalian?

Dunia pada waktu ini sudah lama masuk dalam Zaman Batu Tengah, ketika era Paleolitik yang serba menca.bar.

Manusia di sekeliling pula sangat cekap dalam bab kemahiran berfikir. Semua mampu merancang, mengatur strategi (untuk mencapai matlamat) dan berinovasi bagi kemudahan sendiri (McBrearty & Brooks, 2000).

Hidup bermuafakat membawa berkat.

Dari segi budaya pula, manusia mengamalkan seni yang hebat. Wanita sungguh lengkap dengan perhiasan diri yang dianggap berdarjat pada masa itu. Emas belum memiliki nilai lagi. Jadi wanita-wanita ketika itu membµrµ kemewahan lain.

Pertama sekali, tempat tinggal memang sangat penting untuk berteduh daripada ben.cana, binatang, cuaca dan orang kebin.a.tangan. Ini akan jadi aktiviti harian kalian. Kalau belum bina rumah, kena bina dulu menggunakan peralatan batu atau tulang bagi membangunkan sebuah pondok atau khemah.

Pondok zaman dulu.

Mesti ada yang fikir – kenapa pondok? Kenapa khemah? Kerana manusia zaman Paleolitik memang suka berpindah-randah ikut peluang ekonomi (samalah macam hari ini). Cuma dulu orang lebih mencari makanan. Haiwan selalu bermigrasi. Industri tanaman masih belum diamalkan secara meluas. Jadi bukan semua orang tahu.

Sekadar pengetahuan, amalan pertanian bermula sekitar 23,000 tahun lalu (Beaumont, 2015). Pertanian mengambil masa sangat lama untuk menjadi sebuah industri umum. Jadi sekitar 100,000 tahun lalu, majoriti besar tidak pandai bertani… mereka hanya tahu bercµcµk tanam (tetapi terkejut tengok tanaman tidak menjadi kerana musim salah misalnya).

Jadi mereka ikut migrasi haiwan dan akan berjumpa dengan suku atau keluarga lain. Ada masanya dua suku ini akan berganding… dan ada masanya akan berper.ang.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kalau berganding, memang kena bahagi hasillah. Mana boleh ambil seorang. Dan memang selalu mereka akan berganding, sebab bukan senang nak lawan dengan gajah mammoth misalnya. Daging gajah mammoth ini pula kena masak betul-betul, bukan macam daging kerbau liar atau pelanduk (Zhang, 2019).

Hasil hutan pun kena pungut untuk mewarnai rasa, contohnya buah beri, kacang dan biji (seed). Kalau pandai, mereka akan menjala ikan sebagai sumber protein.

Selain daripada makanan, orang prasejarah juga menunjukkan budaya pendewaan tertentu. Ramai menggunakan bahan semulajadi seperti ochre yang dicampur air dan lemak untuk melukis. Seni lukis menjadi “diari hidup”, mungkin sebagai tanda komunikasi.

Membesarkan anak dalam gua.

Ada kajian menyatakan mereka akan memulakan api dalam gua terlebih dahulu. Api akan mengurangkan bekalan oksigen gua. Apabila kekurangan oksigen, mereka pun akan mengelamun macam-macam tetapi dalam keadaan sedar. Inilah masa mereka akan melukis (Pettitt, 2021).

Sesi lukisan yang mungkin ada unsur pendewaan.

Inilah amalan semasa zaman prasejarah dulu. Memang lasak dan berfizikal, dengan jangka hay.at lebih singkat untuk dibandingkan dengan hari ini. Sesiapa yang hidup sampai 50 tahun dikira darjat tinggi, bagaikan pemimpin 90 tahun hari ini (oops).

RUJUKAN:

Beaumont, P. (2015, Julai 24). Archaelogists find possible evidence of earliest human agriculture. The Guardian.

McBrearty, S., & Brooks, A. (2000). The (ditapiskan) that wasn’t: A new interpretation of the origin of modern human behavior. Journal of Human Evolution 39 (5): 453-563.

Pettitt, P. (2021, April 20). Prehistoric cave painters might have been ‘high’ on oxygen deprivation – new study. The Conversation.

Zhang, S. (2019, Disember 24). What happens to meat when you freeze it for 35,000 years? The Atlantic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.