Saya kira sudah masanya saya mencelah dalam isu rogol yang diperbangkitkan sejak dua tiga hari ini. Namun saya lebih gemar mengulas dari segi cabang ilmu criminology. Sebelum kita pergi lebih jauh ingin saya tegaskan sebenarnya kita harus mempunyai pemahaman yang bahawa “ROGOL” dan “PUNCA ROGOL” adalah dua perkara yang berbeza yang memerlukan dua cabang ilmu yang berbeza untuk memahami kedua perkara ini. Apabila kedua perkara ini dianalisis dengan cabang ilmu yang salah maka pelbagai salah faham boleh timbul.

“ROGOL” buat dalam konteks masa sekarang merupakan satu perbuatan jenayah. Namun pernahkan anda terfikir apakah cabang ilmu yang akan menentukan sesuatu perkara itu jenayah atau tidak? Dan mengapa sesuatu perkara yang dianggap jenayah disesuatu tempat manakala di tempat lain pula perkara yang sama dianggap tidak salah dalam konteks yang lebih luas? Cabang ilmu yang sering digunakan untuk menentukan sesuatu perkara ialah jenayah ialah cabang ilmu agama, moral dan falsafah. Oleh kerana setiap tempat dan kelompok masyarakat mempunyai agama, moral dan falsafah yang berbeza maka tafsiran terhadap adakah sesuatu itu merupakan perbuatan jenayah juga akan berbeza. Namun satu persamaan yang ada ialah apabila kita cuba menentukan sesuatu perkara itu hitam atau putih maka ketiga cabang ilmu ini akan digunapakai. Kita sedia maklum melalui pentafsiran ilmu agama dan moral jenayah rogol akan jatuh dibawah ketegori hitam iaitu jenayah. Sekurangnya itu hujah yang digunapakai untuk konteks moden. Ilmu agama dan moral biarpun mungkin berbeza mengikut konteks masyarakat setempat namun persetujuan sejagat berjaya dicapai merentasi agama dan doktorin moral yang berbeza yang bahawa “ROGOL” itu satu jenayah.

“PUNCA ROGOL” pula bagaimana? Setelah rogol diklasifikasikan sebagai hitam ataupun dalam kata lain merupakan satu perbuatan jenayah maka dalam kebanyakkan masanya kita tidak boleh menggunakan cabang ilmu agama, moral dan falsafah lagi untuk menentukan punca. Ataupun frasa yang lebih tepat ialah kita tidak boleh menggunakan cabang ilmu tersebut dalam konteks hitam putih kerana apa yang ingin kita tentukan buat masa sekarang ialah “penyebab kepada kenapanya berlaku jenayah tersebut” dan bukan sama ada ianya jenayah atau tidak semata. Agama Islam juga mempunyai cabang criminology yang tersendiri. Atas sebab itu saya menjadi sedikit takut apabila melihat masyarakat Islam Malaysia tanpa segan silu dan perasaan takut menyatakan pendapat peribadi mereka sendiri yang bahawa sesuatu itu merupakan punca rogol tanpa asas ilmu criminology baik criminology barat mahupun Islam.

Apabila kita berbicara tentang punca kebanyakkan masanya kita akan mengambil kira pelbagai faktor dan rata-rata dari faktor itu merupakan perkara yang jatuh dalam klasifikasi kelabu. Kelabu disini bermakna kita tidak boleh menilai perkara itu betul atau salah disebabkan situasi tertentu. Maka untuk menyelesaikan isu ini cabang ilmu criminology perlu digunakan. Ilmu criminology secara asasnya merupakan cabang ilmu yang mengkaji sifat, tahap, pengurusan, penyebab, kawalan, kesan dan akibat dan akhir sekali pencegahan jenayah.

Didalam criminology ini juga terdapat pelbagai mazhab pemikiran dan doktorin yang tersendiri sama ada mazhab Classical, Positivist atau Chicago. Saya tidak begitu mahir untuk mengulas cabang ilmu criminology Islam secara jelas. Mungkin admin Pekan akan mengulas lebih lanjut tentang cabang ini nanti kerana kepakaran beliau memang dalam bidang agama.

Secara asasnya untuk seseorang itu disabitkan jenayah melalui pemahaman criminology ianya akan berpaksikan kepada satu frasa latin iaitu “actus non facit reum nisi mens sit rea”. Secara kasarnya frasa tersebut bermaksud “sesuatu perbuatan tidak akan menjadikan seseorang itu bersalah melainkan pemikiran mereka itu juga salah”. Dua elemen hadir dalam frasa ini iaitu actus reus (perbuatan) dan mens rea (pemikiran atau niat). Perbuatan yang salah dengan pemikiran yang salah ataupun perbuatan yang jahat dengan pemikiran yang jahat ialah asas kepada kepada sesuatu sabitan jenayah. Elemen niat juga turut digunakan dalam cabang criminology Islam. Sesuatu perbuatan biarpun dipersetujui jahat namun tanpa niat ianya tidak boleh disama dengan perbuatan jahat dengan niat.

Apabila berbicara tentang punca jenayah rogol, dari segi criminology, elemen actus reus dan mens rea juga diperlukan untuk menjadikan ia sabitan yang sah. Di Malaysia konteks yang digunakan sebagai definisi rogol secara mudahnya ialah apabila berlakunya penatrasi organ seks secara paksa. Namun jika ianya melibatkan mangsa yang dibawah umur ianya masih lagi akan dikira sebagai jenayah rogol biarpun dengan kerelaan mangsa. Itu hitam putih yang telah dipersetujui dari segi perundangan. Perkara juga turut diterangkan didalam seksyen 375 Kanun Keseksaan. Namun hakikat yang perlu diterima oleh rakyat Malaysia ialah punca kepada jenayah rogol adalah berbeza mengikut kes. Tidak ada satu sebab yang dipersetujui yang bahawa hanya satu sebab itu sahaja yang boleh menyebabkan rogol. Walau apapun kepercayaan anda tentang “PUNCA ROGOL” perkara pertama yang perlu anda terima ialah anda tidak betul dan juga tidak salah dari segi criminology.

Sebagai contoh, isu pemakaian mangsa rogol boleh menjadi punca namun dalam masa yang sama ianya juga bukan punca. Ini kerana bergantung kepada kes dan mentaliti perogol sama ada dalam keadaan tersebut adakah mentaliti itu boleh menimbulkan mens rea (niat). Dalam realiti sebenar ada perogol yang mungkin akan terangsang dengan pakaian yang seksi, namun dalam masa yang sama ada juga perogol yang bernafsu dengan wanita bertudung dan berniqab. Fetish ataupun kegilaan seks terhadap wanita bertudung adalah perkara yang wujud hingga ianya menjadi fokus dalam bebarapa artikel akhbar di luar Malaysia.

Malah seorang pelakon video lucah iaitu “Mia Khalifa” juga menjadi popular menerusi video lucah beliau dimanakan beliau memakai tudung didalam video tersebut. Video lucah bertudung didalam beberapa artikel akhbar dikatakan amat mendapat sambutan sehingga ia dikata menghasilkan genre lucah yang baru yang dimana majoriti penontonnya terdiri dari kaum lelaki Islam. Di Malaysia perkara ini juga telah lama berlaku sewaktu era video 3GP dan kini merebak kepada tumblr yang menjadi lubuk kepada video lucah angkara terma dan syarat tumblr yang terlampau longgar dalam perihal kandungan 18SX. Maka kini biarpun bertudung bergantung kepada mentaliti perogol jika ianya cukup untuk menimbulkan mens rea (niat) dan kemudiaanya disusuli actus reus (perbuatan) maka ianya cukup untuk dijatuhkan sabitan jenayah kepada perogol.

Setelah mens rea dan actus reus ditentukan apa pula peringkat seterusnya dalam criminology? Langkah seterusnya ialah prevention. Pada tahap ini criminology seolah kembali semula kepada cabang ilmu agama, moral dan falsafah. Bergantung kepada cabang ilmu mana yang digunakan satu hukuman akan dijatuhkan sebagai pengajaran kepada masyarakat dan pesalah. Hukuman itu berbeza mengikut agama, moral dan falsafah setempat. Jika dari segi ilmu falsafah kemanusiaan misalnya sesetengah tempat mungkin akan mengenakan hukuman mati sebagai amaran kepada masyarakat, namun sesetengah tempat yang menolak hukuman mati mungkin akan mengenakan penjara dan pemerhatian seumur hidup sahaja.

Sekiranya anda masih membaca artikel ini setakat ini maka saya ucapkan tahniah kepada anda! Ini membuktikan anda merupakan “A cut above the rest” dari majoriti rakyat Malaysia yang seolah alergik dengan artikel panjang dan gemar membuat persepsi berasaskan tajuk.

Apa yang saya ceritakan diatas hanyalah asas kepada criminology dan juga criminal law. Jika ingin diceritakan secara penuh ianya merupakan satu diskusi yang cukup panjang yang mungkin memakan masa bertahun. Namun cukuplah setakat ini kerana niat saya sekadar ingin menerangkan tentang perspektif ringkas criminology untuk pemahaman likers TP.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

Leave A Reply