Selamat datang ke Pulau Soan, yang terletak kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari Daerah Wando, Wilayah Jeolla Selatan. Inilah satu-satunya tempat di Korea yang seluruh kawasannya mengibarkan bendera kebangsaan setiap hari, tanpa gagal!

 

Pulau Soan adalah pangkalan asas untuk para pejuang kemerdekaan ketika era penjajahan Jepun. Dua puluh orang dari pulau itu telah dikurniakan Order of Merit untuk Yayasan Kebangsaan di sana, yang mempunyai bilangan penerima yang paling ramai di negara ini.

 

Apabila seorang penduduk dimasukkan ke dalam penjara semasa gerakan kemerdekaan, penduduk kampung yang lain memilih untuk tidak melindungi diri dengan selimut walaupun pada musim sejuk. Ini adalah sebagai solidariti mereka menyokong pejuang kemerdekaan.

 

Hwang Yeong-woo, pengerusi Projek Peringatan Pergerakan Anti-Jepun Soan, berkata, “Saya mendapat idea untuk penduduk menghias pulau ini dengan bendera kebangsaan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa Soan adalah kuil anti-Jepun.”

 

Pulau Soan terletak dalam laluan dari Mokpo ke Pulau Jeju, dan penduduknya tidak begitu terdedah kepada dunia luar. Pada tahun 1900-an, pulau itu menubuhkan sekolah dan memulakan pendidikan baru, memupuk ramai perintis yang mendorong masyarakat melancarkan gerakan anti-Jepun yang sistematik.

 

Pada tahun 1905, patriot Lee Jun-ha menyusup masuk ke dalam rumah api yang didirikan oleh orang Jepun dan membunuh empat orang Jepun, mencetuskan perjuangan untuk kemerdekaan. Pada tahun 1920-an, lebih daripada 800 penduduk telah dilabelkan sebagai sebagai penyerang anti-Jepun dan berada di bawah kawalan Jepun.

 

Sekolah Soan, sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan pada tahun 1923, adalah lokasi anti-Jepun yang mengajar semangat anti-Jepun dengan berprinsip tidak memasang bendera kebangsaan Jepun dalam kawasan sekolah mereka.

 

Pada hari ini, setiap kali menjelangnya Hari Kemerdekaan, semua kampung di pulau itu penuh dengan bendera kebangsaan Korea. Di jalan raya dan kampung dari Pelabuhan Soan hingga ke pejabat kampung, bendera dikibarkan tinggi.

 

Tiang bendera 25 meter yang diletakkan di Taman Peringatan Pergerakan Anti-Jepun Soan juga mempunyai bendera berkibar tinggi. Penduduk termasuk kanak-kanak yang berkumpul di taman juga mempunyai bendera di tangan mereka. Kesemua mereka mengibarkan bendera negara dan menjerit “Hore,” mengimbau erti kemerdekaan daripada Jepun berpuluh tahun lalu.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.