Kita sering membaca kisah-kisah kejayaan sesuatu jenama atau syarikat selama bertahun-tahun lamanya. Tapi, apa pula cerita di sebalik jenama popular yang akhirnya gagal ini? Adakah kerana pengasas atau CEO mereka?
Ini cerita tentang satu jenama yang sangat terkenal pada era 70-an sehingga 90-an, iaitu Kodak. Sesiapa yang lahir ketika era ini sangat mengenali jenama ini melalui pelbagai kamera serta produk imej fotografi yang mereka keluarkan.
Namun, pada hari ini, jenama ini sudah dilupakan terus dalam pasaran. Syarikat Kodak memfailkan perlindungan kebankrapan pada 2012, keluar dari perniagaan warisan dan menjual patennya, meskipun sebelum ini pernah menjadi salah satu syarikat paling berkuasa di dunia.
Ada banyak isu seputar kegagalan syarikat ini bertahan, dan ada yang menyalahkan teknologi sebagai punca syarikat ini menjadi semakin terkebelakang serta dilupakan. Tapi, hakikatnya, teknologi bukanlah isu utama kejatuhannya.
Malah, pada tahun 1975, seorang jurutera Kodak telah berjaya mencipta kamera digital pertama mereka. Malangnya, pihak pengurusan Kodak melihat ini sebagai suatu ‘bahaya’ untuk model perniagaannya dan tidak meneruskan ciptaan itu lagi.
Menariknya, idea Kodak ini telah diambil oleh Canon dan Sony dan memperkenalkan kamera digital pada tahun 1980-an. Kodak bertindak balas 10 tahun kemudian. Kamera Advantixnya menawarkan pratonton menggunakan teknologi digital, dan punyai filem untuk merakam foto yang boleh dicetak oleh Kodak. Namun, ia tetap gagal.
Melakukan sesuatu dan melakukan perkara yang betul adalah perkara yang berbeza. Dalam kes kejatuhan Kodak, banyak pendapat menyatakan bahawa peneraju dan pemimpinnya gagal untuk beralih ke model perniagaan lain.
Perkara yang dilakukan oleh Kodak hanyalah menukar teknologi. Tetapi kali ini, keseluruhan model perniagaan perlu dirombak. Isu utama di sebalik kegagalan ini adalah ketidakmampuan pemimpinnya untuk bertindak balas dengan fotografi digital.
Perniagaan yang lama seperti Kodak, untuk menyesuaikannya dengan fotografi digital, mereka perlu sedar bahawa mereka bukan sekadar perniagaan percetakan foto. Tapi mereka ialah syarikat yang ‘bercerita’ (storytelling) melalui produk yang mereka tawarkan.
Kodak kekal sebagai kisah sedih tentang potensi yang hilang. Jenama ikonik ini mempunyai peluang untuk membuat peralihan. Sebaliknya ia menjadi mangsa kepada letusan perubahan yang ada. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh pemilik syarikat lain melalui kisah Kodak ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih