Pulau Reims yang terletak di utara bandar Greifswald, Jerman mungkin pulau biasa bagi ramai orang. Tetapi tidak ramai tahu, pulau ini dikawal ketat dari segi keselamatan. Di sinilah, tempat tinggal musuh kecil tetapi menakutkan manusia seperti Ebola, Nipah, influenza, Yersinia pestis, rabies dan demam Rift Valley.

Pulau ini menempatkan kompleks makmal Institut Frederick Loeffler (FLI) berstatus biokeselamatan tahap-4. Makmal ini merupakan salah satu daripada 59 buah makmal di seluruh dunia yang dibenarkan menjalankan eksperimen berkenaan patogen penyakit berjangkit untuk tujuan saintifik. Ini termasuk penyakit zoonotik yang boleh melompat dari satu spesies ke satu spesies yang lain.

Di sini, saintis akan menyuntik haiwan makmal dengan patogen tertentu bagi melihat bagaimana ia berlaku, cara ia tersebar dan bagaimana mengekang perkara tersebut daripada berlaku. Selain FLI, dua lagi makmal yang diberi kebenaran menjalankan ujikaji patogen pada haiwan ialah makmal di Winnipeg, Canada dan Geelong, Australia.

Tahap keselamatan pulau sangat ketat di mana orang awam tidak dibenarkan mendekati seluruh pulau ini. Ia hanya boleh diakses menerusi sebuah jambatan sahaja.

Di sesetengah tempat berisiko rendah, kawasan ini menempatkan makmal saintifik normal dan kediaman bagi para penyelidik. Tetapi jika mereka mahu mengakses kawasan berisiko tinggi, mereka perlu menukar pakaian dan disembur pembunuh kuman sebelum masuk atau keluar.

Apabila berada dalam bangunan dengan tahap keselamatan tinggi, penyelidik perlu memakai sut perlindungan HAZMAT dan dibekalkan udara yang ditapis melalui hos. Ini menyebabkan sut mengembang seperti belon tetapi menghalang patogen daripada masuk sekiranya sut terkoyak.

Bangunan ini terlindung daripada dunia luar, dilengkapi dengan beberapa kunci udara dan sentiasa berada di bawah tekanan negatif. Ini bagi memastikan udara sentiasa mengalir dalam bangunan dan tidak keluar. Jika air atau udara dilepaskan daripada bangunan sebegini, ia hanya akan dilepaskan selepas disaring dan menjalani proses pensterilan yang ketat.

FLI diasaskan oleh Frederick Loeffler pada 1910 dengan tujuan mengkaji penyakit kaki dan mulut – penyakit yang biasanya menyerang haiwan-haiwan ternakan. Selepas menjadi pelopor kajian berkenaan pada abad ke-20, FLI mengembangkan portfolionya dengan mengkaji penyakit berjangkit yang menjangkiti haiwan dan manusia.

Ini termasuk Ebola, Nipah, Yersinia pestis dan SARS-CoV-2, virus yang bertanggungjawab mencetuskan Covid-19. Selain itu, FLI turut mengkaji penyakit-penyakit yang dianggap unik kepada haiwan tertentu seperti ikan, lebah dan moluska.

Kajian penyakit zoonotik sememangnya berisiko. Tetapi dengan kemunculan Covid-19, ia mengingatkan manusia tentang risiko penyakit berjangkit dan keperluan memahami bagaimana ia boleh melompat dari satu spesies ke satu spesies yang lain. Dengan memahami faktor yang mempengaruhi kadar jangkitan patogen dari haiwan kepada manusia, ia dapat mengenalpasti ancaman terbaru kepada kesihatan global pada masa akan datang.

RUJUKAN

Hale, T. (2022, 15 Mac), What Happens On “Plague Island”, Home To The World’s Deadliest Viruses?. IFLScience.

Sumber gambar: Studio Verde/Shutterstock


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply