Puisi-puisi Rumi bukan sahaja bacaan untuk orang yang dilamun cinta atau patah hati. Tahukah anda, ada seorang profesor dari Perancis yang memeluk Islam setelah membaca Rumi!

Apa yang membuka pintu hatinya?

Eva de Vitray-Meyerovitch ialah seorang pentadbir dan pakar pengkaji Sains kemanusiaan The French National Centre for Scientific Research (CNRS). Pada tahun 1987, beliau telah mendapat gelaran Doctor Honoris Causa daripada Universiti Seljuk. Dilahirkan di Boulogne, Perancis.

Bersekolah dengan latar belakang Kristian Katolik dan berkahwin dengan seorang Yahudi. Siapa sangka, ketika beliau sedang menelaah buku-buku di perpustakaan Universiti Sorbonne, mencari penyelesaian tentang krisis nihilisme pasca-Renaissance daripada teks Kristian klasik, dia terjumpa sebuah esei tulisan Muhammad Iqbal yang merumuskan aspirasi Rumi.

Dia membacanya dengan khusyuk. Eva tertanya-tanya, sebenarnya apakah yang Rumi maksudkan? Falsafah Yunani? Atau adakah Rumi sedang mengutarakan kebenaran? Kata-kata Rumi telah menimbulkan kekaguman dalam hati Eva.

Eva terus mengkaji dan meneliti setiap perbahasan Rumi. Kebenaran agama Islam menerpa di hadapannya. Meskipun begitu, tidak mudah baginya untuk menerima kenyataan kerana sepanjang hidupnya dia berada dalam lingkungan Kristian Katolik dan tidak memperoleh sebarang maklumat yang baik tentang Islam. Dia berasa sangsi dan hatinya berbelah bahagi.

Akhirnya dia pun berdoa, “Oh Tuhanku! Tolonglah ajarkan aku apa yang harus aku lakukan. Hantarkan kepadaku petanda!”

Ternyata bahawa Allah Taala memakbulkan doanya. Petanda yang dipinta hadir dalam bentuk mimpi. Eva melihat dirinya di dalam kubur dengan batu nisan bertuliskan kalimat “Hawa”. Dia hairan bagaimana dia dikuburkan sedangkan dalam masa yang sama, dia melihat keadaan kuburnya sendiri. Mimpi ini diingatinya dengan sangat jelas.

Sebaik bangkit daripada tidur, dia berkata, “Baiklah, engkau mahukan tanda bukan? Tandanya ialah engkau akan disemadikan sebagai orang Muslim,” bisiknya. Seterusnya dia pun memeluk Islam dan memakai nama Hawa.

15 tahun kemudian, dia melawat Istanbul buat pertama kali. Seorang sufi yang beliau kenali di UNESCO membawanya ke sebuah Semahana.48 Di situ, beliau terkejut besar kerana menjumpai sebuah kubur seperti yang pernah dilihat dalam mimpinya. Hawa tergamam, terdiam kaku.

Kemudian dia bertanya, gerangan kubur siapakah ini? Jawab temannya, inilah kubur seorang wanita sufi Mevleviyye. Peristiwa ini membangunkan hasratnya untuk menyertai Tarekat Maulawiyyah dan menjadi pengikut Maulana Jalaluddin Rumi yang sejati.

Tahukah anda, Rumi ada sebut teori fizik nukleur?

Eva turut kagum dengan ilmu pengetahuan Rumi yang memperkatakan teori fizik nuklear seawal abad ke-13. Rumi mengatakan: “Jika engkau membelah zarah (atom), engkau akan menjumpai alam semesta”. Rumi mengingatkan kita agar berhati-hati kerana pembelahan atom ini akan meletuskan api yang boleh memusnahkan dunia. Secara ringkasnya, begitulah bom nukleur terhasil daripada pembelahan atom.

Selain itu, Rumi telah memperkatakan tentang sembilan planet dalam sistem suria di zamannya. Lebih mengejutkan kerana saintis barat hanya dapat membuktikan fakta ini pada tahun 1930. Rumi memberitahu kita bahawa planet bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya.

Eva turut menerima panggilan telefon daripada sarjana, profesor, penulis dan jurnalis yang mengatakan: “Saya telah memeluk Islam dengan jasa Rumi.”

Sebelum meninggal dunia, Eva atau Ms Hawwa mewasiatkan Dr. Abdullah Ozturk untuk memastikan dia dimakamkan berdekatan Rumi. Pada Julai 1999, hasrat Eva tercapai apabila jenazahnya dikuburkan di tanah perkuburan Ucler, berdekatan makam Rumi.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy

Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply