Cuba bayangkan, korang travel sana sini, mesti nak cari makanan halal atau produk halal kan (bagi yang Muslim). Tapi at least mesti ada kedai jual makanan atau produk halal di rak-rak produk mereka. Tapi ada satu negara ni, memang anti betul mereka, sampai tahap buat larangan lagi dekat satu bandar mereka.
Di India sekarang tengah berlaku perdebatan hangat mengenai produk halal, sama ada dari makanan, ubat-ubatan, kosmetik hingga barangan harian lain. Sehingga ada yang menganggapnya bukan sekadar soal makanan, tetapi isu sosial dan identiti.
Isu ini semakin menjadi tajuk hangat selepas kerajaan negeri Uttar Pradesh mengharamkan penjualan produk yang mempunyai sijil halal dalam negeri itu, kecuali untuk tujuan eksport. Kemudian menjadi hangat lagi setelah kes beberapa pelajar dari Delhi University menuduh dan meminta produk Halal dikeluarkan dari kedai kampus mereka.
Pada November 2023, kerajaan Uttar Pradesh di bawah Ketua Menteri Yogi Adityanath mengumumkan larangan terhadap pengeluaran, simpanan, pengedaran dan penjualan produk-produk yang diperakui halal di seluruh negeri tersebut. Produk makanan serta barangan lain seperti minyak, gula, roti, dan beberapa produk kosmetik yang menampilkan logo “halal certified” kini tidak dibenarkan diperjual-belikan di kawasan tersebut, kecuali barangan yang dikeluarkan untuk tujuan eksport.
Kerajaan mereka berpendapat bahawa sistem pensijilan halal, yang beroperasi di luar Food Safety and Standards Authority of India (FSSAI), menyebabkan kekeliruan tentang kualiti makanan serta memberi peluang kepada entiti tertentu untuk mengeksploitasi sentimen agama demi keuntungan komersial. Beberapa agensi pensijilan halal juga didakwa mengeluarkan sijil secara “palsu” untuk memperluas pasaran mereka.
Langkah ini mencetuskan kontroversi besar. Pihak yang menyokong larangan menyifatkan bahawa pensijilan halal yang berleluasa, termasuk pada produk vegetarian yang telah diberi “keistimewaan tidak wajar” kepada barangan tertentu dan mungkin merugikan pengguna bukan Muslim yang terpaksa membeli produk halal walaupun tidak mengamalkan diet tersebut. Macam golongan kurang kemampuan dekat sana lah.
Sebaliknya, pertubuhan yang terlibat dalam pensijilan halal seperti Jamiat Ulama-i-Hind Halal Trust menegaskan bahawa pensijilan mereka mengikuti piawai halal yang diiktiraf untuk pasaran eksport serta untuk memberi keyakinan kepada pengguna Muslim mengenai kepatuhan produk terhadap undang-undang Islam.
Selain itu, terdapat juga reaksi keras daripada beberapa kumpulan sosial yang memprotes kehadiran produk halal di tempat-tempat seperti kampus Delhi University. Laporan media sosial menunjukkan sekumpulan aktivis dan pelajar yang memasuki beberapa kedai di kampus yang menjual makanan bersijil halal dan menuduh pengurus kedai “menyokong keganasan” atau “menyebarkan budaya asing”, walaupun tuduhan itu tidak disokong bukti rasmi.
Di universiti yang sama juga, isu jualan produk halal telah mencetuskan debat identiti di kalangan pelajar.
Sesetengah pelajar dan kumpulan merasa bahawa kehadiran label halal menggambarkan “sekatan identiti agama” di ruang awam yang sepatutnya neutral. Tuduhan terhadap kedai halal termasuk dakwaan bahawa ia menyokong ideologi tertentu tanpa asas kukuh, sehingga ada tuntutan supaya produk halal ditarik dari kedai dalam kampus.
Namun, ramai juga pelajar menegaskan bahawa hak pengguna untuk memilih makanan sesuai dengan kepercayaan mereka, sama ada halal, vegetarian, atau jenama lain, harus dihormati dalam masyarakat berbilang budaya dan agama seperti India. Pandangan ini menekankan bahawa pendekatan inklusif lebih penting daripada larangan yang boleh menimbulkan ketegangan sosial.
Isu pensijilan halal dan larangan produk halal di Uttar Pradesh ini bukan sahaja memberi kesan secara tempatan, ia turut menimbulkan fenomena yang lebih luas di seluruh dunia di mana teori konspirasi mengenai halal sering kali timbul, seperti dakwaan bahawa sijil halal adalah langkah untuk Islamisasi atau menyokong keganasan.
Dakwaan ini telah dibantah oleh banyak pemerhati kerana tiada bukti yang menyokongnya.
Isu produk halal di India, terutama di Uttar Pradesh dan dalam lingkungan pelajar universiti seperti Delhi
University, kini mencerminkan lebih daripada sekadar pilihan makanan, ia menjadi simbol perdebatan tentang agama, identiti, undang-undang dan hak pengguna.
Larangan produk halal di Uttar Pradesh adalah langkah bermotifkan undang-undang makanan menurut kerajaan negeri, tetapi perdebatan di kampus menunjukkan bahawa masalah ini turut berkait rapat dengan emosi dan persepsi sosial. Dalam masyarakat yang majmuk, sepatutnya ada ruang untuk membuat pilihan sambil memastikan hak semua pihak dihormati dan perbincangan dilakukan secara matang dan berdasarkan fakta.
Tulah, mereka ni dari politik sampai ke rakyat termakan hasutan “islamophobia”. Bila diorang cakap kita ni ekstremis, diorang macam tak cermin diri sendiri je, lagi-lagi parti satu tu yang memang secara terbuka membenci Islam, dahla street food diorang macam level mendekatkan diri dengan Tuhan. Macam aku, mungkin aku susah nak jejak kaki ke negara ni buat masa sekarang, mungkin la mungkin.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




