Kalau tanya soalan ini di Amerika Syarikat, jawapan mesti antara Donald Trump dan Joe Biden. Siapa yang undi Trump akan kata Biden. Siapa yang tidak undi Trump mesti kata Trump. Hanya segelintir akan cakap Barack Obama atau George W. Bush.

Hakikatnya bukan Bush, Obama atau Trump. Mereka ada baik buruk masing-masing. Tetapi antara semua penguasa Amerika Syarikat, ada seorang yang layak digelar paling teruk dalam sejarah.

Presiden ini mula berkuasa pada tahun 1857, ketika Amerika Syarikat sangat panas dengan polemik perhαmbααn. Pada ketika itu, Mahkamah Persekutuan sedang berbincang tentang kes Dred Scott.

Senang cakap, seorang hαmbα sedang cuba membebaskan diri. Suasana cacamarba ini mewarnai karier politik James Buchanan, yang ada buat campurtangan dalam Mahkamah Persekutuan (Baker, 2004).

Patutnya institusi presiden dan mahkamah tidak bercampur antara satu sama lain. Tetapi Buchanan pergi berbisik dengan salah seorang hakim mahkamah, supaya kes Dred Scott digagalkan.

Apabila hαmbα berkenaan tidak mendapat kebebasan, geng sebelah utara Amerika Syarikat pun benganglah. Mereka menunggang arus habis-habisan untuk mengkritik Buchanan.

Akan tetapi, kritikan sebegini hanya diterima sesama mereka sahaja. Geng sebelah Selatan sebenarnya bersetuju dengan pendirian Buchanan. Jadi geng Utara cari isu lain, yang datang bergolek dalam masa beberapa bulan.

Pentadbiran Buchanan mula bergelut dengan krisis ekonomi. Sebanyak 1,400 bank persekutuan rαnαp, termasuk 5,000 perniagaan yang menjadi tulang belakang pekerjaan negara.

Orang ramai beratur di luar Wall Street.

Ketika ini, geng Selatan senyum sambil menghisap paip kerana geng Utara saja yang banyak menjadi penganggur.

Sudahlah salah guna kuasa, kena krisis ekonomi pula. Masalah tidak terhenti di sini. Buchanan pergi berperαηg pula… bukan dengan negara lain, tetapi dengan negeri Utah yang mengamalkan mazhab pro-poligami.

Ketika ini, geng poligami (Latter-Day Saints) tidak suka dengan campurtangan persekutaun. Mereka banyak mengganggu urusan pegawai kerajaan. Jadi Buchanan datang dengan bαlα teηterα besar dalam satu operasi yang dipanggil “Kesilapan Buchanan” kerana:

  1. Buchanan tidak memberitahu yang Gabenor Utah akan diganti.
  2. Tiada siapa selidik jika Utah benar-benar berpaling tadah. Tanpa sebarang penyelidikan, Buchanan terus keluar berperαη
  3. Gagal menyediakan bekalan kepada anggota di medan.

Kedangkalan pentadbiran Buchanan menimbulkan persaingan dalam kalangan Parti Demokratik. Ramai ahli politik tidak berpuas hati dengannya. Antara adalah Stephen Douglas, yang digelar Gergasi Kecil.

Tubuh badan yang kecil tidak menjadi penghalang buat Douglas, kerana suaranya boleh merµntµhkan langit politik. Buchanan dan Douglas tidak peduli pasal hal kepartian. Dua-dua sama Demokrat tetapi mereka bertembung dalam isu Kansas pula.

Ya, selepas Utah – Buchanan pergi cari pasal di Kansas. Masalah Kansas berkaitan dengan hal perhαmbααn. Sebelum dibawa masuk ke Amerika Syarikat, wilayah Kansas mendapat hak pilihan: teruskan perhαmbααn atau tidak.

Hak ini membahagikan politik Kansas. Ada cakap teruskan. Ada yang cakap tidak. Pihak “terus” membentuk kerajaan berpusat di bandar Lecompton. Manakala pihak “henti” membentuk kerajaan di Topeka. Dua kerajaan dalam satu negeri. Dan Buchanan menyokong Lecompton (Donovan, 2004).

Lalu Buchanan melantik seorang pembesar bernama Robert Walker untuk meluluskan perlembagaan pro-perhαmbααn untuk Kansas. Walker pula pergi buat referendum bertanya secara terbuka.

Apabila bertanya sebegini, memang bercampurlah pendapat. Di sini sudah cukup untuk tahu tahap populariti Buchanan, yang mula tersisih hanya dengan sokongan Selatan sahaja.

Buchanan tahu yang keajaiban 1856 (tahun beliau menang pilihan raya) takkan berlaku. Sebelum ini, beliau menang pun kerana ada pertandingan tiga penjuru. Parti “American” menjadi pengganggu undi.

Dalam pilihan raya 1861, empat parti akan bertanding sekali: Republican, Southern Democratic, Constitutional Union dan Democratic. Maka beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding, diganti naibnya iaitu John Breckinridge yang tewas pada tangan Abraham Lincoln.

Lincoln menang saja, banyak negeri Selatan mengisytihar keluar daripada Amerika Syarikat… semuanya adalah angkara Buchanan yang tidak berjaya merapatkan saf sosial dalam negara. Kedangkalan pentadbiran Buchanan menjadi punca… beliau adalah Presiden paling teruk dalam sejarah.

RUJUKAN:

Baker, J. (2004). James Buchanan. Times Book. Halaman 85-86.

Donovan, S. (2004). James Buchanan. Twenty-First Century Books. Halaman 86.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.